Mei 28, 2017

ACAR BUAH SEDAP DAN MUDAH



Assalammualaikum!!

Alhamdulillah pada mu ya Allah kerana memberi kesihatan untuk menunai ibadat puasa lagi pada tahun ini. Semoga segala amal dan ibadat di terima di sisinya. Sebenarnya SN teramat rindu nak menulis dan berkongsi resepi pada semua tapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan dan SN berehat seketika di tanahair tercinta. Rasanya blog tak entri since september tahun lepas dan SN balik kampung pada awal Januari tahun ini.

Hari ini sudah 5 hari SN berada di Sweden dan masih jetlag lagi. Balik berdua dengan suami tapi kami berjumpa di Copenhagen pada hari selasa pasalnya suami dari Myanmar dan SN dari Kuching. Kini SN kembali sunyi dan sendirian di rumah memandangkan suami terpaksa terbang ke Houston pada hari jumaat atas urusan kerja yang tak dapat di elakkan. Insyallah jumaat minggu depan suami balik lagi dan berehat secukupnya.

OK..... panjang juga rasanya SN berceloteh ye.. so hari ini SN nak share resepi acar buah yang sedap dan mudah. Acar ni SN buat semalam untuk berbuka. Tak tahu nak masak apa dan  buntu apa sebenar yang nak di makan untuk berbuka. Bila selongkar freezer jumpa buah kering yang SN stok tahun lepas dan ini lah hasilnya. Dan memandangkan susah nak dapat buah manisan macam di Malaysia so SN guna buah kering sahaja yang senang nak dapat dari supermarket kami di sini. Walaupun simple tapi sedap lebih lagi makan dengan nasi panas memang bertambah juga di buatnya. So... jom kita tengok resepi nya ye!


ACAR BUAH
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Manisan secukupnya anggaran 1 kilo
(Manisan campuran ikut selera)
*SN guna campuran buah kering - aprikot, prune, aple, cranberry, kismis hitam/kuning, ceri merah/hijau saja. 

(A)
3 sudu makan cili giling - nak pedas tambah lebih

(B)
1 sdm serbuk kari babas (daging/ayam)

(C)
3 sudu makan sos cili
1 sdm cuka
Garam dan gula secukup rasa

Bahan hiris halus
3 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia

Bahan kisar
1 biji bawang bombay
3 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih
1 inci halia

Minyak secukupnya untuk menumis 
Air secukupnya
2 sdm bijan - goreng tanpa minyak


Cara 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali secukupnya kemudian masukkan bahan hiris dan tumis sehingga kuning.
  2. Kemudian masukkan bahan A dan kacau sehingga pecah minyak dan cili masak.
  3. Diikuti bahan kisar dan tumis lagi sehingga bawang masak secukupnya dengan api sederhana. Pastikan minyak lebih ye.
  4. Bila bawang dah kuning dan masak, masukkan bahan B dan kacau lagi selama 5-8 minit sehingga kari pecah minyak.
  5. Masukkan bahan C dan rasakan secukupnya. Kena lebih manis sikit dan kacau sekejap lagi sehingga gula cair.
  6. Masukkan air sedikit supaya tidak terlalu pekat dan kacau. Masukkan manisan/ buah kering tadi dan kacau sehingga sebati dan kuah menutupi manisan. Kalau masih pekat masukkan sedikit air lagi.
  7. Lanjutkan masak dalam 10-15 minit dan tutup api. Masukkan bijan dan gaul lagi sehingga sebati.
  8. Biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh di simpan di dalam botol kaca atau kontena kedap udara. Untuk tahan lama boleh di sejukan. 

P/S: Rasakan lagi kuah setelah di masukkan maniasan. Pastikan ianya lebih manis sedikit.

SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...