Julai 02, 2017

Buttermilk Bun - Roti Inti Mentega Susu


Selamat Petang!!

Buttermilk bun atau roti mentega susu fresh dari oven. Lama benar tidak meroti dan rupa pun dah kelaut hihi.. Kalau di tempat kelahiran SN buttermilk ni memang sangat femes dan terkenal dengan roti mentega kuching. Siapa orang kuching terutama seangkatan dengan SN memang kenal roti mentega ni. Keenakannya tiada tandingan tapi sudah pasti mereka akan tetap mengekalkan rasa dan keenakan roti ini. Ianya dalam 2 corak, satu bentuk bujur sedikit dan satu bulat. Bila dah jauh begini semua rasa nak makan dan keinginan tu menggila.. huhhh tak mau lah rasa begini.

Walaupun tiada rupa yang penting rasa mau ada kan? Juga inti menjadikan ianya semakin enak. SN olah sendiri intinya manakala rotinya SN guna resepi yang di kongsikan oleh Tintinrayner di Instagram. Sebenarnya SN teramat suka membuat roti tapi lebih setengah tahun bercuti dan muscle mengeras sudah. Oleh kerana nak makan kita gagahi juga. Keluar dari oven sudah 3 ngap masuk mulut, tak sabar weii. Awal pagi dah SN uli doh sambil mengemop dan vakum lantai. mesin yang uli kita tunggu siap dan menebol aja. 

Dah sejuk semuanya SN pack siap siap dalam plastik kedap udara supaya ianya kekal lembut dan buat hidanag esok bersama EN. Alhamdulillah.. rotinya sangat lembut dan gebu seperti yang SN inginkan. Dengan aroma butterscoth hmmm menggoda sungguh... nak cuba tak? mai godek resepi!


BUTTERMILK BUN
By: Sue Norrman

Overnight doh
150g tepung roti/ high protein
150ml air suam + 1 sdt instant yis
  • Satukan air suam dan yis dan kacau sebati.
  • Tuang kedalam tepung dan kacau sebati.
  • Biarkan pada suhu ruanSatukan bahan Ag selama sejam dan kemudian tutup dengan sling palstik dan sejukan sekurang kurangnya 16 jam sebelum membuat roti.
  • Keluarkan dan rehat pada suhu ruang 30 minit dan boleh memulakan untuk membuat doh seterusnya.
Doh
(A)
250g tepung roti/ high protein
100g tepung gandum
8g instant yis
80g gula halus
1 biji telur
1 kuning telur

(B)
40ml susu cair - SN guna fresh milk

(C)
80g mentega
1 sdt garam halus

Sapuan
1 kuning telur
50ml susu cair

Cara
  1. Satukan bahan A ke dalam bread mesin atau mixer. Uli seketika dan masukan bahan B dan uli lagi.
  2. Kemudian masukan overnight doh tadi dan uli sebati dan rata.
  3. Masukan bahan C dan uli lagi sehingga elastik.
  4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganta bergantung pada suhu ruang. Sekurang kurangnya 45 - 1 jam.
  5. Bila doh dan naik tumbuk untuk membuang angain dan bulatkan. rehatkan 5 minit.
  6. Timbang 50g untuk setiap doh dan bulat bulatkan.
  7. Tekan/ giling sedikit jangan terlalu nipis sekadar cukup ruang untuk mengisi inti.
  8. Masukan inti dan tutup kembali dan susun ke dalam loyang yang telah di sapu dengan mentega atau minyak.
  9. Buat sehingga habis dan rehatkan lagi doh selama 45 minit dan tutup permukaan doh.
  10. Panaskan ketuhar pada suhu 180 celcius api bawah. Sapu aatas doh dengan bahan sapuan dan bakar selama 20 - 25 sehingga keperangan.
  11. Bila dah masak keluarkan dan sapu lagi dengan mentega supaya permukaan roti lembut dan cantik. 


INTI BUTTERMILK

Bahan bahan
100g mentega
1 sdm marjerin
50g gula aising
5 sdm susu manis
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla/ butter oil/ butterscotch
85g tepung gandum
2 sdm tepung susu

Cara
  1. Satukan mentega, marjerin, susu manis dan gula aising. Kacau sebati.
  2. Masukan kuning telur bersam perisa dan kacau lagi.
  3. Akhir sekali masukan tepung dan tepung susu. kacau sebati dan sejukan seketika dalm peti sejuk untuk memudahkan mengisi inti ke dalam doh.
Pesanan:- Kacau aduanan menggunakan senduk kayu sahaja untuk mengelakkan mentega kembang dan cair bila di bakar.


SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Crispy Cruncy Korean Chicken- Dakgangjeong


Assalamualaikum!!

Selamat petang semua... korean food again for today. Ceh wah mengada ngada ye tak? Memang tak pernah jemu dengan korean food ni terutama kimchi. Terliur nak makan kimchi tapi belum ada mood nak buat. Nanti lah bila mood mai kita rajin kan diri. Crispy chicken ni memang sangat sedap dan cukup makan sama nasi sahaja. SN bertambah nasi hihihi. Semalam daging hari ni ayam pula dan esok kita rest memasak cuma nak baking saja rasanya.

SN masih sendiri lagi Insyallah esok EN sampai rumah tengahari. Hari ni bertolak dari sana dengan keadaan yang sedih sangat. Baggage delayed so EN terpaksa beli baju, underwear dan stoking baru memandangkan semua dalam baggage yang sekarang status belum di pasti lagi. Pagi semalam EN balik ke airport untuk memastikan status baggage dan mereka masih belum dapat detail di mana missing baggage tu. Kesian tapi nak buat macam mana kan. Itu kesilapan mereka pasal tag baggage time checkin masih di simpan. Tak tahu lah mungkin kalau dah dapat mereka akan hantar balik ke Sweden. Nak hantar ke hotel pun tak guna EN akan terbang jam 11am waktu Houston. Walaupun tak ada apa yang penting hanya tools dan barang kerja tapi sayang juga. Kita doakan semoga dapat kembali dalam masa yang terdekat.

Hmmmmm... panjang cerita macam kankung pula melelatnya tapi SN pun sedih sebab pernah melalui situasi yang sama ketika trip bulan november dari Kuching ke Copenhagen tahun lepas. 2 baggage delayed time connecting di Abu Dhabi dan selepas 2 hari mereka hantar terus ke depan pintu. Alhamdulillah.. sedih juga sebabnya ration 46kg SN bawa dari Kuching. Ok... nanti kita cerita lagi ye. Resepi crunchy chicken ni SN ambil dari dapur MAANGCHI lagi. Rice syrup SN ganti dengan madu dan brown syrup. Sedikit wet sebab SN tak suka makan kalau ayam terlalu kering. Resepi mai kita tengok..


CRISPY CRUNCHY CHICKEN
By: Sue Norrman

Steps:

  1. Mix chicken with seasonings and cover in starch.
  2. Fry in hot oil for 7 to 8 minutes.
  3. Shake off, let sit, then fry for another 12 to 15 minutes.
  4. Coat in seasoning sauce.
  5. Sprinkle sesame seeds over top and serve immediately.

Ingredients

  • 3½ pounds chicken wings (about 1.6 kg), washed and drained
  • ½ teaspoon salt
  • ½ teaspoon ground black pepper
  • 1 teaspoon minced ginger
  • 2/3 cup potato starch or corn starch
  • ⅓ cup peanuts (optional)
  • 4 cloves garlic, minced
  • 3 to 4 large dried red chili peppers, seeded, cut crosswise into ⅓ inch pieces (optional)
  • ¼ cup soy sauce
  • ½ cup rice syrup or corn syrup
  • 1 tablespoon white vinegar
  • 1 tablespoon mustard (optional)
  • 1 tablespoon brown sugar
  • 1 tablespoon sesame seeds
  • Grapeseed oil (or vegetable oil, peanut oil)

Directions

  1. Cut off the tip of each wing and chop the wing in half. After this is done you should have about 3 pounds of chicken, with 24 to 26 pieces.
  2. Put the chicken in a bowl and mix with salt, ginger, and ground black pepper by hand.
  3. Put 2/3 cup potato starch in a bowl and dip each wing in the powder to coat it, one by one. Squeeze each wing to press the coating to it tightly.

 
Make the sweet, spicy, and sticky sauce:
  1. Heat a large non-stick skillet or wok over medium high heat. Add 2 tablespoons cooking oil, minced garlic, and the dried red chili pepper.
  2. Stir with a wooden spoon until fragrant for about 30 seconds.
  3. Add soy sauce, rice syrup, vinegar, and mustard sauce (optional). Stir with a wooden spoon and let it bubble for a few minutes.
  4. Add the brown sugar and continue stirring. Remove from the heat. Set aside.

Fry the chicken:
  1. Put 4 cups of cooking oil in a frying pan or pot and heat it up for 7 to 8 minutes over high heat.
  2. See if the oil’s ready by dipping a test wing into it. If the oil bubbles, it’s hot enough to start frying. Slide the coated wings one by one into the hot oil and cook for about 12 to 13 minutes, turning over a few times with tongs.
  3. Take the wings out of the oil and shake them off in a strainer. Turn off the heat, and let the wings sit for a few minutes.
  4. Reheat the oil and fry the wings again for another 12 to 15 minutes until they all look golden brown and feel super crunchy through the tongs. If your frying pan or pot is not large enough to fry all the chicken at once, divide it into batches like I do in the video. If you use a larger frying pot to cook them all at once, you’ll have to use more cooking oil.
 
Coat the fried chicken with the sauce:
  1. When the chicken is done, reheat the sauce until it bubbles.
  2. Add the hot chicken and mix well with a wooden spoon to coat.
  3. Remove from the heat and transfer the coated chicken to a large platter. Sprinkle some sesame seeds over top and serve immediately. This chicken won’t lose its crunchiness, even by the next day. You don’t need any dipping sauce, but it goes well with Baek-kimchi.

SELAMAT MENCUBA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...