September 03, 2016

CLASSIC APPLE POT PIE


ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni sue tak masak apa pun hanya makan pie saja. Buah epal yang sue ambil belakang rumah dan banayak epal yang jatuh. Autumn dah tiba dan daun2 kebanyakan dah kuning dan luruh. Semalam jiran sue datang rumah hantar buah plum yang dia tanam dan sue suruh pula dia petik epal sendiri. Alhamdulillah dia sudi dan sue suruh bagi dengan anak2 dan jiran sebelah rumah dia juga. Kalau tak di ambil sayang dan yang jatuh pun cik tupai tak larat nak makan.

Pie ni sue buat dalam remikin je senang nak cedok dan makan bersama vanilla whiiping cream. Sedap juga mudah dan jimat masa tak payah nak menggiling doh. Resepi doh memang sue selalu guna untuk membuat pie yang manis ada di entri (PAI) tapi kali ni sue buat dalam pot begini jadi crumble dan rangup.

OK... sini sue sekadar nak kongsi dengan teman semua pokok epal yang tak seberapa tapi Alhamdulillah masih banyak mengeluarkan hasil walaupun dirinya  dah di mamah usia. Pokol epal ni bukan yang jenis cangkuk sebab tu ianya besar dan rendang... Jom ronda cuci mata..


Hihihi... Ni lah pokok epal tepi dan belakang rumah. Pokok yang depan tu hasilnya tak berapa banyak tapi buahnya besar2 dan manis. Manakala yang tengah boleh lah banyaknya dan jenis epal hijau. Tak tahu pulak nama epal2 ni. Yang pasti setiap epal memang ada nama tersendiri. Tepi rumah  ni juga lah tempat sue selalu duduk ambil angin dan relek tapi sekarang dah tak syok lagi pasal cuaca dah sejuk.



Tengok yang kat atas tanah tu hari2 banyak yang jatuh. Di belakang pokok epal tu ada pokok Plum dan hazelnut tapi tadi lupa nak snap. Insyallah nanti kalau ingat sue ambil gambar pokok hazelnut ye.



Kalau ada budak2 memang seronok lah mereka tinggal petik je kan. Memang bila dah buahnya membesar dahan pun jatuh. Tiap2 pagi sue akan sapu dan buang epal yang dah di makan tupai dan membersih supaya ianya tak terlalu banyak dan busuk. Sambil tu jalan2 cuci mata padahal tak ada yang specialnya pun hihi..




Zoom sikit >> tengok jelas ni lah rupanya... Pokok epal ni buahnya hijau dan kemerahan sedikit. Kalau tak tahu memang fikir belum cukup tua tapi sememang buahnya begitu. Buat ulam pitis rojak sedap weiii...




Yang ni pokok epal yang tengah dan buahnya begini lah. Kalau tak ambil ni memang malam anytime jatuh tu. Dah cukup tua dan boleh di petik dah.




Haaaaa..... Ini pulak yang sue ambil tuk buat pie dan ulam dengan pitis rojak. Nak berulam hari2 mana larat kan dan esok nak ambil lagi buat jus pula. 

So.... jom tengok resepi pula..
 


CLASSIC APPLE POT PIE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/4 sdt garam

(B)
170g mentega/ marjerin - cairkan


FILLING
2-3 biji epal merah/ hijau - buang kulit dan potong nipis (buang biji)
Raw sugar atau gula perang secukupnya.
Sedikit serbuk kayu manis


Cara
*Panaskan oven pada suhu 150 - 160 degrees. Sediakan remikin atau pai plate kecil 2-3 biji*

1) Satukan bahan A dan ketepikan.
2) Cairkankan bahan B dan tuang terus ke dalam bahan A.
3) Gaul sebati sehingga menjadi doh dan suam.


4) Ambil sedikit dan tekan dengan garpu sehingga rata untuk base.


 5) Masukkan epal secukunya (tabur) diikuti gula dan serbuk kulit kayu manis. 



 6) Tutup permukaan epal/ remikin dengan doh tadi seperti gambar di atas. Doh agak lembab dan sebaiknya guna garpu dan ianya seakan crumble.

7) Bakar selama 25 minit menggunakan api bawah dan tambah lagi 15 minit menggunakan api atas bawah sehingga keperangan dan masak. Bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!



KRAM




September 02, 2016

PIZZA DAGING DAN SALAMI YANG LEMBUT


SELAMAT PETANG SEMUA...
Pizza!!!! hari ni sue buat pizza untuk brunch. Teringin pula nak makan pizza dan lama juga rasanya tak buat. Last sue makan pizza time di malaysia 4 bulan lepas. Kali ni sue nak share pizza base ala pezzo gitu tapi tak 100% ye.. dah cakap awal ala pezzo ye tak? Insyallah ianya memenuhi citarasa dan rotinya kekal lembut walaupun dan sejuk.

Resepi sue masih guna resepi yang selalu sue gunakan cuma caranya sedikit berbeza. Kalau base biasa kita uli dan tunggu naik kan tapi tidak pada base kali ini. Selepas di uli sue terus masukkan kedalam pizza pan bersama minyak untuk melembutkan doh. Tak payah di canai atau di perap supaya doh naik.

Alhamdulillah... Untuk makan family memang cun dan bergantung pada selera sendiri nak pelbagai bagaimana ye. Ini sue cuma kongsi tip base pizza dan kalau nak ikut resepi sos sue kongsi lagi resepinya... Jom...

Resepi sedia ada  DISINI


PIZZA DAGING DAN SALAMI
By: Sue Norrman
Doh pizza
(dapat 2 keping saiz 8")
250g tepung roti/ high protein
1/2 sdm gula
1 sdt garam
1/3 sdt bread softener
1/2 sdt instant yis
1/2 sdt baking powder
140ml air sejuk ais
1/2 sdm marjerin 

*Minyak untuk menerap doh

Cara
*Panaskan oven pada suhu 160-170 degrees*
1) Satukan semua bahan dan uli sehingga lembut selama 15-20 minit.
2) Kemudian bahagi kepada 2. Sapu pizza pan dengan 1/2 sdm minyak dan masukkan seketul doh pizza.
3) Tekan sedikit doh tadi dan masukkan lagi 1 sdm minyak. Tekan lagi doh dengan jari bersama minyak tadi supaya sebati dan sampai memenuhi pan dan lebih kan supaya doh dapat di lipat hujung.
4) Jangan tekan terlalu nipis ye, agak2 Insyallah doh akan membesar kalau minyak cukup.
5) Bila dan selesai sapu dengan sos pizza, tabur daging cincang yang telah di masak secukupnya dan tabur mozzarella. Diikuti cili benggala, buah zaitun yang di potong halus dan tabur lagi mozzarella dan susun salami.
6) Bakar selama 15 minit pertama menggunakan api bawah dan 5-10 min lagi menggunakan api atas bawah. Bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan dan cheese cair sepenuhnya.


TOPPING
Cili benggala secukupnya - hiris nipis
Buah zaitun hitam - hiris nipis
Salami secukupnya
Daging cincang 
Mozzarella secukupnya (sue guna pizza mix yang sedia di jual)


DAGING CINCANG
200g daging cincang
Sedikit bawang besar cincang - anggaran 1 sdm
1 sdt mixed herbs
1/2 sdt serbuk paprika - kalau tak ada abaikan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sdm minyak untuk menumis

Cara
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning. 
2) Kemudian masukkan daging cincang dan tumis sehingga bertukar warna.
3) Masukkan mixed herbs dan perasa secukupnya. masak sehingga garing dan tutup api.


SOS PIZZA
2 sdm tomato puree
2 sdm sos tomato
1-2 sdt gula
Sedikit garam 
1 sdm minyak zaitun

>> Tumis kesemua bahan sos sehingga pecah minyak menggunaka api kecil. Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM



September 01, 2016

LEMON CHICKEN CHINESE STYLE SEDAP



ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Alhamdulillah sue kembali hari ini dengan mood nak makan hihihi.. seminggu menyepi oleh kerana mengemas rumah dan simpan mana yang tak perlu. Insyallah bulan depan sue balik malaysia lagi cuti panjang sehingga tahun depan. Semoga di beri kesihatan dan di permudahkan segalanya.

Hari ini mood nak masak kembali. Seminggu yang lalu sue cuma makan sandwish dengan nasi bubur saja. Tak lalu nak makan lebih lagi kalau sendirian di rumah. Menu hari ni sempoi je tapi sedap lebih lagi makan dengan nasi panas walla..

Resepi asal dari chef restoren sue dulu ketika masih di miri. Beliau berasal dari jambi Indonesia dan kehandalan memasak tidak dapat di sangkal lagi. Lama juga beliau kerja dengan sue dalam 3 tahun sehingga sue membuat keputasan nak bersara dan menumpuh sepenuhnya kepada anak2. Alhamdulillah dengan hati terbuka beliau menerimanya walaupun hakikat hatinya bersedih. Sue hantar balik dengan cara baik bagaimana kita ambil dia dengan cara baik dan saluran yang sah.

Beliau juga merupakan orang yang memperkenalkan menu "Flying Fish" yang menjadi menu utama dan sangat femes ketika itu and the only in town. Kesemua menu dan masakan beliau amat sue kagumi tak kira malay, chinese or thai cuisine. Banyak juga ilmu dan resepi yang sue dapat dan tapi memandangkan ketika itu masa banyak di luar so bila free sue akan ke dapur. Pada yang mengenali restoren sue pasti mereka tahu. So.. nak cerita tak habis kang jom tengok resepi dan sukatan sue agak2 ye tetapi bahan2 memang yang asli. Jommm...


LEMON CHICKEN CHINESE STYLE
By: Sue Norrman

Bahan-bahan 
(A)
2 ketul isi dada ayam - potong panjang kecil dan tos kering 
(anggaran sebesar jari manis)
1/2 sdt minyak bijan
Sedikit lada sulah
Sedikit garam
Sedikit gula

*Tepung jagung untuk membalut isi ayam.
*Minyak secukupnya untuk menggoreng.

(B)
400ml air masak
1 sdm plum sos
4-5 hirisan lemon
2 sdm madu
Garam secukup rasa
1 - 1 1/2 sdm gula(lebihkan biar manis dan rasanya sedap)
2 sdt tepung jagung + 2 sdm air - bancuh untuk memekatkan kuah 
(bergantung pada jenama tepung jagung)

(C)
1 sdt parutan kulit lemon
1 1/2 sdt pati sunquick (mandarin)


Cara
1) Gaul sebati bahan A kecuali yang bertanda (*)
2) Kemudian panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana sehingga panas dan  boleh menggolek isi ayam dalam tepung.
3) Golek kesemua isi ayam sehingga tepung bersalut penuh pada isi ayam.
4) Goreng isi ayam tadi sehingga ayam timbul dan letak atas tisu dapur supaya minyak meresap. Goreng sehingga habis tapi pastikan ketika menggoreng jangan masuk terlalu banyak. Cukup dalam 6-7 hirisan untuk sekali goreng. Bergantung pada saiz kuali yang di gunakan.
5) Didihkan bahan B dan rasakan secukupnya dan lebihkan manis sedikit. Bila dan cukup rasa angkat kulit limau dan tutup api.
6) Masukkan bahan C dan kacau sebati. Rasakan sekali lagi dan kepekatan kuah secukupnya. Kuah jangan terlalu pekat atau cair. Agak2 ye.
7) Masukkan ayam tadi ke dlaam mangkuk atau bekeas sedang besar dan tuang kuah lemon. gaul sebati dan masukkan kedalam pinggan. Taur sedikit bijan dan daun bawang kalau suka.

Note: Kuah lemaon di tuang untuk mengelakkan tepung pada ayam terlalu meresap dan kemabang. Ini menjadikan kuahnya kering.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...