September 02, 2016

PIZZA DAGING DAN SALAMI YANG LEMBUT


SELAMAT PETANG SEMUA...
Pizza!!!! hari ni sue buat pizza untuk brunch. Teringin pula nak makan pizza dan lama juga rasanya tak buat. Last sue makan pizza time di malaysia 4 bulan lepas. Kali ni sue nak share pizza base ala pezzo gitu tapi tak 100% ye.. dah cakap awal ala pezzo ye tak? Insyallah ianya memenuhi citarasa dan rotinya kekal lembut walaupun dan sejuk.

Resepi sue masih guna resepi yang selalu sue gunakan cuma caranya sedikit berbeza. Kalau base biasa kita uli dan tunggu naik kan tapi tidak pada base kali ini. Selepas di uli sue terus masukkan kedalam pizza pan bersama minyak untuk melembutkan doh. Tak payah di canai atau di perap supaya doh naik.

Alhamdulillah... Untuk makan family memang cun dan bergantung pada selera sendiri nak pelbagai bagaimana ye. Ini sue cuma kongsi tip base pizza dan kalau nak ikut resepi sos sue kongsi lagi resepinya... Jom...

Resepi sedia ada  DISINI


PIZZA DAGING DAN SALAMI
By: Sue Norrman
Doh pizza
(dapat 2 keping saiz 8")
250g tepung roti/ high protein
1/2 sdm gula
1 sdt garam
1/3 sdt bread softener
1/2 sdt instant yis
1/2 sdt baking powder
140ml air sejuk ais
1/2 sdm marjerin 

*Minyak untuk menerap doh

Cara
*Panaskan oven pada suhu 160-170 degrees*
1) Satukan semua bahan dan uli sehingga lembut selama 15-20 minit.
2) Kemudian bahagi kepada 2. Sapu pizza pan dengan 1/2 sdm minyak dan masukkan seketul doh pizza.
3) Tekan sedikit doh tadi dan masukkan lagi 1 sdm minyak. Tekan lagi doh dengan jari bersama minyak tadi supaya sebati dan sampai memenuhi pan dan lebih kan supaya doh dapat di lipat hujung.
4) Jangan tekan terlalu nipis ye, agak2 Insyallah doh akan membesar kalau minyak cukup.
5) Bila dan selesai sapu dengan sos pizza, tabur daging cincang yang telah di masak secukupnya dan tabur mozzarella. Diikuti cili benggala, buah zaitun yang di potong halus dan tabur lagi mozzarella dan susun salami.
6) Bakar selama 15 minit pertama menggunakan api bawah dan 5-10 min lagi menggunakan api atas bawah. Bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan dan cheese cair sepenuhnya.


TOPPING
Cili benggala secukupnya - hiris nipis
Buah zaitun hitam - hiris nipis
Salami secukupnya
Daging cincang 
Mozzarella secukupnya (sue guna pizza mix yang sedia di jual)


DAGING CINCANG
200g daging cincang
Sedikit bawang besar cincang - anggaran 1 sdm
1 sdt mixed herbs
1/2 sdt serbuk paprika - kalau tak ada abaikan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sdm minyak untuk menumis

Cara
1) Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning. 
2) Kemudian masukkan daging cincang dan tumis sehingga bertukar warna.
3) Masukkan mixed herbs dan perasa secukupnya. masak sehingga garing dan tutup api.


SOS PIZZA
2 sdm tomato puree
2 sdm sos tomato
1-2 sdt gula
Sedikit garam 
1 sdm minyak zaitun

>> Tumis kesemua bahan sos sehingga pecah minyak menggunaka api kecil. Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...