Translate

Oktober 11, 2015

BRIYANI AYAM MASALA


Hari ni terlebih rajin sikit. Seminggu tak makan nasi bila nak makan terlebih pula. Briyani masala resepi ehsan dari isteri kawan suami Sue yang memang orang India. Rempah briyani memang asli dari india. 
Alhamdulillah.. memang sedap dengan aroma daun pudina dan ketumbar akan tetapi kejadian nasinya tidak berapa cantik kerana Sue menggunakan beras jasmin. Teknik yang berbeza dari nasi briyani biasa. Itulah kelebihan mereka ni. 
Cuma tairu Sue ganti dengan sour cream dan sampingan acar rampai dan telur goreng madu DISINI

BRIYANI AYAM MASALA
Resepi: Indian Family
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi
(Rendam sekejap dalam 20 minit. Buang air dan tuangkan air panas mendidih dan tutup selama 15-20 minit dan toskan)

(A)
2 ketul paha ayam - cuci dan potong 2 atau 3. Toskan.
3 sdt serbuk briyani  masala
2 sdt garam masala
1/2 sdt serbuk cili
3 sdm sour cream atau buttermilk 
1 sdm minyak zaitun
1 sdt serbuk kunyit
1/2 cawan daun mint yang sudah dipotong halus
1/2 cawan daun ketumbar yang sudah dipotong halus
1 biji lemon - parut kulitnya
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia - kisar halus
1 biji sedang bawang besar + 1 biji kecil bawang bombay - kisar halus
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
2 biji tomato - potong panjang
2 biji lobak merah - potong bulat 
1 sdm mango chutney

(B)
3-4 sdm minyak zaitun
1/2 biji bawang besar - potong panjang

(C)
Bawang goreng ikut suka
1/2 cawan kismis hitam
2-3 biji cili hijau

Cara
1) Satukan bahan (A) dan perap 2 jam dalam peti sejuk.
2) Tumis bahan (B) hingga kuning. Kemudian masukan bahan perapan tadi setengan bahagian. Tuang beras yang sudah di tos tadi dan tuang lagi lebihan bahan perapan. Tabur bahan (C) dan tutupkan periuk.
3) Kalau menggunakan periuk biasa, tutup periuk dengan aluminum foil dan masak mengguna api besar selama 10 minit (Seeloknya bawah periuk lapik dengan tudung tin supaya tidak hanggus) dan kecilkan api sehingga masak anggaran 30 minit.
4) Ketika memasak jangan buka tudung sehingga masak betul-betul. Bila dan masak bolehlah di carik sedikit supaya beras tidak patah.
5) Bolehlah di hidang bersama acar atau dhal mengikut selera masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM



Telur Goreng Madu Sedap


Telur goreng madu ni merupakan salah satu menu kesukaan anak-anak Sue. Biasanya Sue masak telur ni kalau ada masak briyani atau nasi minyak. Memang menu set yang sepadan dimakan bersama dengan nasi-nasi demikian dan bahan yang amat mudah jimat kos.

TELUR GORENG MADU
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
4-5 biji telur - rebus dan goreng
(Cucuk telur dengan garpu supaya tidak meletup bila digoreng) 

(A)
3 sdm sos tomato
1 sdm sos cili
2 sdm madu
Garam secukup rasa 
Air jika perlu

(B)
1 inci halia - kiasr halus
1 biji sedang bawang besar - kisar halus
3 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
Sedikit kulit kayu manis 
Minyak untuk menumis

Cara
1) Tumis bahan (B) hingga bawang masak dan pecah minyak.
2) Masukan bahan (A) dan tambah air jika perlu. Biarkan ianya mendidih dan pekat.
3) Bila dan pekat masukan telur, kacau sebati dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

3 LAYER GREEN TEA


Alhamdulillah...  demam green tea melanda di group MASAK APA HARI NI. Pelbagai citarasa dan idea yang menarik. Tidak di nafikan kita di sini pun jadi terikut. 
Alhamdulillah.. semalam Sue pergi Thai store nak beli barang dapur dan ternampak green tea dengan harga yang kurang lebih di malaysia dalam rm15@ 30kr termasuk gst dan import tax. 
Kali ni Sue buat 3 layer menggunakan sirap gula apong, gula merah dan gula melaka serta sedikit gula pasir. Memang nanti lepas di masak sirupn nya kan mendapat banyak dan bolehlah di sejukkan untuk kegunaan bila perlu. 
Kalau di sarawak 3 layer tea memang famous dan ada yang menggunakan sirap pandan. 



3 LAYER GREEN TEA
Resepi: Sue Norrman
Sumber: Facebook

Bahan sirap
50g gula pasir
50g gula merah
2 keping kecil gula melaka 
25g gula apong (Tak ada abaikan)
50-60ml air

Cara
1) Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masakan sehingga gula hancur sepenuhnya.
2) Tapis dan simpan dalam kontena dan boleh di simpan dalam peti sejuk.


Green Tea
 Bahan-bahan
3 sdt serbuk green tea
250ml air panas mendidih

Bahan sampingan 
Susu pekat manis
Susu cair carnation
Ais secukupnya

Cara
1) Letakan serbuk green tea dalam gelas tahan panas dan tuangkan air panas memdidih. rendan dalam 10-15 minit.
2) Tapiskan terlebih dahulu sebelum digunakan.
3)  Sediakan gelas, ambil 1sdm susu manis dan tuang kedalam gelas. Kemudian masukan lagi 1 sdm sirap gula dan diikuti ais batu dalam 4-5 ketul.
4) Tuang Green tea yang sudah di tapis tadi hingga 3/4 gelas dan tuang susu cair secukupnya.
5) Bila hendak minum kacau terlebih dahulu dengan sudu supaya ianya sebati. 

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Homemade Air Fanta Hijau Sedap


Tak tau nak kata apa.. Yang pasti air ni memang sedap dan rasa sebiji macam fanta F&N. Resepi asal dari group Masak Apa Hari Ni di Fb dan bila ketinggalan lupa nak save dan Sue cedok dari dapur KAK ITA MASAM MANIS. Cuma kuantiti Sue bahagi kepada enam bahagian memandang kami keluarga kecil duduk berdua sahaja. Tengok dari komen-komen teman group ada yang cadangkan tambah air aiskrim soda untuk mendapatkan soda. 
Untungnya duduk malaysia boleh dapat semua nya tapi Sue menggunakan Soda Stream, mesin untuk membuat soda yang sinonim untuk kami disini. mesin ni Sue beli 2 tahun lepas dan biasa buat untuk air sejuk biasa atau kordial lain. Bila disatukan dengan kordial fanta Walla.. Sedap!! 

HOMEMADE AIR FANTA SEDAP
Resepi: Haliza Baharum (FB)
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
3 kg gula pasir ~ boleh kurangkan jika tak suka manis
2 liter air
330 ml Oren Sunquick
1/2 botol pewarna hijau apple Star Brand
1/2 botol perasa pisang Star Brand
1 helai daun pandan di simpul

Cara
*Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air*
1)Tuangkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan air mendidih.
2)Masukkan Oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar.
3)Masukkan pula pewarna hijau.
4)Bila dah didih tutup api dan masukkan perasa pisang.
Biarkan sejuk

Untuk menghidang, tuangkan dalam jug atau gelas, tambahkan air sejuk jika manis
Masukkan ketulan ais.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...