Ogos 24, 2015

CHICKEN & SPINACH PIZZA


Pizza ni Sue buat Lunch sabtu lepas. Lunch yang simple dan kenyang. Mozarella Sue guna yang fresh dan campur denngan cheddar parut. Biasa dari doh dan sos memang Sue buat sendiri dan menepati citarasa yang dikehendaki. 

Sementara mengguli doh sambil tu mendobi baju yang Suami bawa balik satu beg besar dari Jamaica. Kalau ditangguh jadi bertambah kerja dan semakin malas. kali ni Sue buat jeruk bawang instant yang digunakan untuk makan murtabak. Sedap juga disatukan dengan pizza buat sampingan..

 
PIZZA DOH 
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
 (A)
1/4 biji bawang besar- hiris nipis
1 sdm minyak zaitun 
Oregano secukupnya 

(B)
300g tepung roti
1 sdm gula pasir
1 sdm tepung susu
2 sdt instant yis
1 sdt baking powder
150-200 ml air
Sedikit garam
1/2 sdm mentega/marjerin*

Cara
1) Tumis bahan (A) hingga bawang layu dan ketepi hingga suam.
2) Satukan bahan (B)ke dalam bread maker kecuali (*) dan uli sebati dahulu.
3) Kemudian masukan bahan (A) tadi dan (*). Uli lagi hingga elastik.
4) Bila dah berhenti, rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda.
5) Bolehlah dibahagi ikut saiz yang diperlukan dan bulat-bulatkan dan giling. 
6) Sapu sedikit marjerin dalam loyang dan tabur tepung. Sebatikan tepung baru masukan doh yang digiling tadi.
7) Cucuk dengan garpu supaya tidak menggelembung bila dibakar nanti.
8) Rehatkan lagi dalam 20-25 minit sementara itu bolehlah menyiapkan sos untuk sapuan atas pizza.


SOS PIZZA

Bahan-bahan
1 biji tomato- kisar kasar/halus (Ikut suka)
2 sdm tomato puree
4 sdm tomato sos
1/2 sdt daun basil kering
1/2 sdt daun parsley kering
1-2 sdt gula
Gram secukupnya
Air sedikit - Jika perlu
1 sdt minyak zaitun/sayur 

Cara
1) Satukan kesemua bahan-bahan dan masak atas api hingga sebati. Kalau pekat boleh tambah air dan kuar hingga masak secukupnya.
2) Tutup api dan biarkan suam baru digunakan.

 
BAHAN TABURAN 
(A) 
1/2 ketul dada ayam (isi) - potong dadu
Sedikit lada hitam kasar
Garam secukup rasa
Serbuk paprika sedikit 
*Tumis sehingga ayam masak dan biarkan suam baru digunakan*

(B)
Daun bayam secukupnya
Mozarella dan cheddar parut secukupnya
(Sue guna fresh mozarella dan cheddar)

Cara
*Panas oven pada suhu 200 degrees api atas bawah*
1) Sapu pizza pastry dengan sos pizza, tabur bahan-bahan semua dan bolehlah dibakar selama 15-20 minit dan keluarkan dari oven.
2) Bolehkan dimakan ketika masih suam.

*kalau dohnya tidak di letak topping, bolehlah dibakar dalam 10 minit dan bila sejuk boleh di frozen*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



WHOLEMEAL BUN


Assalammualaikum.. wholemeal bun ni sue buat hari jumaat lepas bila suami cakap nak makan fresh bun sampai rumah. Simple bun yang biasa dijual di supermarket dan tidak menggunakan bahan-bahan macam roti di Malaysia. Beginilah roti breakfast disini. Resepi Sue guna basic simple bun cuma campuran tepung wholemeal je. Sue buat adunan sedikit untuk 2-3 kali makan. Nanti buat banyak simpan lama dah tak sedap.



WHOLEMEAL BUN
Oleh: Sue Norrman

200g tepung roti
100g tepung wholemeal
200ml air suam*
2 sdt instang yis*
1 sdm gula*
11/2 sdt serbuk penaik
 2 sdm tepung susu
3/4 sdt garam
1-2 sdm mentega

Kuaci- secukupnya kalau suka
Bijan putih dan hitam-secukupnya

Cara
1) Satukan yang bertanada (*) dan biarkan berbuih.
2) Satukan bahn kering yang lain kedalam bread maker dan masukan bahan yis tadi.
3) Uli sebati dan masukan mentega dan uli lagi hingga elastik.
4) Setelah bread maker berhenti dan biarkan doh rehat sehingga naik 2 kali ganda.
5) Bolehlah dibahagi ikut saiz yang disuka. Bulat-bulatkan dan letak dalam dulang pembakar yang dilapik dengan kertas kek.
6) Rehatkan lagi hingga naik dalam 20-30 minit.
*Panaskan oven pada suhu 180-200 degress. Bergantung pada oven masing-masing.*
7) Sapu dengan sedikit air dan tabur bijan dan apa-apa yang disukai dan bakar 20-25 hingga keperangan. Tutup api dan keluarkan dari oven.


SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...