Ogos 24, 2015

CHICKEN & SPINACH PIZZA


Pizza ni Sue buat Lunch sabtu lepas. Lunch yang simple dan kenyang. Mozarella Sue guna yang fresh dan campur denngan cheddar parut. Biasa dari doh dan sos memang Sue buat sendiri dan menepati citarasa yang dikehendaki. 

Sementara mengguli doh sambil tu mendobi baju yang Suami bawa balik satu beg besar dari Jamaica. Kalau ditangguh jadi bertambah kerja dan semakin malas. kali ni Sue buat jeruk bawang instant yang digunakan untuk makan murtabak. Sedap juga disatukan dengan pizza buat sampingan..

 
PIZZA DOH 
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
 (A)
1/4 biji bawang besar- hiris nipis
1 sdm minyak zaitun 
Oregano secukupnya 

(B)
300g tepung roti
1 sdm gula pasir
1 sdm tepung susu
2 sdt instant yis
1 sdt baking powder
150-200 ml air
Sedikit garam
1/2 sdm mentega/marjerin*

Cara
1) Tumis bahan (A) hingga bawang layu dan ketepi hingga suam.
2) Satukan bahan (B)ke dalam bread maker kecuali (*) dan uli sebati dahulu.
3) Kemudian masukan bahan (A) tadi dan (*). Uli lagi hingga elastik.
4) Bila dah berhenti, rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda.
5) Bolehlah dibahagi ikut saiz yang diperlukan dan bulat-bulatkan dan giling. 
6) Sapu sedikit marjerin dalam loyang dan tabur tepung. Sebatikan tepung baru masukan doh yang digiling tadi.
7) Cucuk dengan garpu supaya tidak menggelembung bila dibakar nanti.
8) Rehatkan lagi dalam 20-25 minit sementara itu bolehlah menyiapkan sos untuk sapuan atas pizza.


SOS PIZZA

Bahan-bahan
1 biji tomato- kisar kasar/halus (Ikut suka)
2 sdm tomato puree
4 sdm tomato sos
1/2 sdt daun basil kering
1/2 sdt daun parsley kering
1-2 sdt gula
Gram secukupnya
Air sedikit - Jika perlu
1 sdt minyak zaitun/sayur 

Cara
1) Satukan kesemua bahan-bahan dan masak atas api hingga sebati. Kalau pekat boleh tambah air dan kuar hingga masak secukupnya.
2) Tutup api dan biarkan suam baru digunakan.

 
BAHAN TABURAN 
(A) 
1/2 ketul dada ayam (isi) - potong dadu
Sedikit lada hitam kasar
Garam secukup rasa
Serbuk paprika sedikit 
*Tumis sehingga ayam masak dan biarkan suam baru digunakan*

(B)
Daun bayam secukupnya
Mozarella dan cheddar parut secukupnya
(Sue guna fresh mozarella dan cheddar)

Cara
*Panas oven pada suhu 200 degrees api atas bawah*
1) Sapu pizza pastry dengan sos pizza, tabur bahan-bahan semua dan bolehlah dibakar selama 15-20 minit dan keluarkan dari oven.
2) Bolehkan dimakan ketika masih suam.

*kalau dohnya tidak di letak topping, bolehlah dibakar dalam 10 minit dan bila sejuk boleh di frozen*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...