Assalamualaikum!!
Selamat pagi semua.. hari ni SN update awal resepi yang tertungga dari tahun lepas hihihi.. Dan cuaca teramat sejuk lepas subuh memang dah tak boleh nak sambung tidur lagi. Lepas buat sarapan untuk EN dan sambung sedikit lagi buat kerja rumah.
Kale!! Pernah makan tak? Sekarang sayur ni menjadi salah satu faveret SN untuk menggantikan pucuk ubi. Serious ouls memang rasa seakan sama dan cuma tak pahit. SN selalu buat tumis oyster atau apa apa yang sedap mengikut anak tekak. Kali ni SN kongsi tumis belacan campur halia... sedap! Apa2 daun yang sejuk kena campur halia sikit untuk mendapat rasa yang lebih enak. Jom...
Kale Tumis Belacan Halia
Resepi: Sue Norrman
Resepi: Sue Norrman
Bahan bahan
300-400g kale - buang batang tengah dan ambik daun sahaja
300-400g kale - buang batang tengah dan ambik daun sahaja
Tumbuk halus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis
(A)
2-3 sdm cili giling
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
Secubit gula
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
Secubit gula
Minyak untuk menumis
Cara
- Rendam kale kedalam air dan masukan sedikit garam.
- Ramas dan koyak halus macam kita buat cara pucuk ubi juga sehingga air hijau keluar. Kemudian buang air dan bilas dengan air lagi. Toskan.
- Tumis bahan tumbuk dan masukan cili giling. Goreng sehingga naik bau dan tambah sedikit air untuk melembutkan daun dengan mudah.
- Masukan kale dan goreng sebati dan masukan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.¨
- Lanjutkan masak sehingga lembut dan tutup api.
- Sedap di makan ketika masih panas dan boleh juga di ratah.
SELAMAT MENCUBA!