Oktober 13, 2015

AGLIO E OLIO


'SALAM MAAL HIJRAH DAN SALAM AWAL MUHARRAM' 
 untuk semua umat Islam tak kira dimana pun berada. Tidak terasa begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita dan kini menyamabut tahun baru dalam kalendar Islam.
 Semoga di tahun baru ini memberi makna pada kita semua. 
Suka duka itu lumrah kehidupan dan kita jadikan segalanya sebagai teladan dan pengajaran. Kita labuhkan tirai lama sebagai kenangan dengan keredhaan seiklas dihati.
Hari ni Sue cuma berkesempatan masak pasta yang simple memandang balik dari sekolah dan pejabat suami lewat petang. Tambahan hari hujan dari pagi nak beli dapur terasa malas dan uaca sejuk teramat. 
Aglio e olio yang simple dengan cara Sue sendiri dan menjadi kesukaan suami. Sue lebihkan seafood untuk rasa yang lebih sedap.

AGLIO E OLIO
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
200g speghetti pasta
1 sdt garam
1 sdm miinyak zaitun
Air secukupnya untuk merebus

(B)
4  sdm minyak zaitun
4 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 tin cendawan butang - potong ikut suka
10 ekor udang - buang kulit dan tos kering

(C)
1/2 sdm red peppercorns
1/2 sdt oregano kering
1/2 sdt daun dill kering
1/2 sdt daun basil kering
5 biji buah zaiton hijau atau hitam - potong halus
Daun parsley (fresh) -cincang halus. Kalau tidak ada boleh guna yang kering 
Garam secukup rasa
1/2 sdt serbuk perasa
Cili benggala - ikut suka
Parmesan cheese secukupnya

Cara
1) Bahan A - Didihkan air dan masukan minyak dan garam. Biarkan mendidih lagi dan masukan speghetti.
2) Rebus sekitar 5-8 minit bergantung pada jenis yang digunakan. Jangan rebus terlalu lama nanti menjadi lembik. Seeloknya ikut arahan belakang bungkusan speghetti.
3) Tos dan letaskan kedalam mangkuk besar. ketepikan sebentar.
4) Tumis bahan B ikut turutan sehingga bawang kuning dan tutup api.
5) Tuang dalam mangkuk speghetti bersama bahan (C) dan kacau gaul sebati dan secukup rasa.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Rendang Sotong Hijau

Alhamdulillah.. kesampaian juga memasak rendang sotong ni dan yang paling syiok makan dengan nasi panas. Dulu masa masa di Malaysia memang selalu buat untuk makan bersama nasi lemak tapi bila dan berhijrah baru ni Sue masak rendang sotong. kalau nak sedap guna sotong yang segar tapi kami di sini memang hampa dan tak akan jumpa sotong segar. Semua nya frozen tapi syukur juga dari tak ada kan..
Mungkin janggal nama nya tapi kalau dah merasa memang tak percaya dan sedap sekali. pertama kali Sue makan bila bibik, pembantu rumah Sue masak 15 tahun dahulu. Di situlah Sue belajar dari dia dan banyak juga ilmu masakan yang dia tinggalkan untuk kenangan.

 RENDANG SOTONG HJAU
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 kg sotong - cuci, buang kulit dan potong 2 atau 3 sahaja.
2 sdm air kapur
500ml air

(B) Kisar
10 biji cili hijau + cili padi kalau suka pedas
10 biji bawang merah -Sue guna bawang bombay
3 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
1 sdt jintan putih - sangai dulu
1 sdm biji ketumbar - sangai dulu
1 sdt jintan manis - sangai dulu
1/2 inci belacan - bakar dulu
1/2 inci kunyit hidup - bakar dulu 
2 biji buah keras 
Minyak secukupnya untuk menumis

(C)
200ml santan pekat
2-3 helai daun kunyit - hiris halus
5 lambar daun limau purut - buang tulang
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara
1) Bahan (A) - didihkan air bersama air kapur dan masukan sotong. Biarkan dalam 5-8 minit.
2) Buang air kapur dan cuci bersih lagi dengan air dalam 2-3 kali. Tos dan ketepikan.
( Penggunaan air kapur adalah untuk mengeras dan memejalkan sotong supaya bila di masak ianya tidak mengeluarkan air)
3) Tumis bahan (B) sehingga garing dan pecah minyak. Masukan bahan (C) dan kuar sehingga santan pekat baru masukan sotong tadi.
4) Kacau sebati dan masak dalam 10-15 minit lagi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

 



"Selamat Hari Raya Maaf zahir & Batin"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...