Disember 29, 2015

SPICED FIG CHUTNEY


Assalammualaikum... baru berkesempatan entri pagi ni. Cuaca sekarang teramat sejuk dan nak buat kerja pun malas. Kalau boleh memang nak tidur dan relax tapi banyak lagi kotak2 yang menunggu.
Chutney ni sue buat christmas eve lepas bila teringin nak makan dengan roti untuk sarapan. Tiap pagi sue makan ni dan buat ratah gitu je pun sedap. Rasanya tak terlalu manis dan ada rasa masam lemon dan oren. Sedap tau!

SPICED FIG CHUTNEY
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
500g buah fig/ buah tin kering - rendam dalam 4 jam biar lembut dan potong sedang (buang tangkai yang keras/ jambol)
3 - 4 biji buah oren sunkist - potong dadu kecil
1/2 biji lemon - potong dadu
400 ml air
2 batang kulit kayu manis - saiz kecil

(B)
900g gula kaster (kalau guna gula pasir boleh kurangkan)

(C)
150g kacang walnut - cincang
1/2 - 1 sdm citrid asid (kalau tak ada abaikan)

Cara
1) Rebus bahan A dalam 20-30 minit sehingga kulit lemon dan sunkist lembut. Kalau nak cepat boleh guna cara steam pressure.
2) Bila dah lembut masukan bahan B dan kacau sehingga gula larut dan sebati. Biarkan masak menggunakan api kecil sehingga pekat. Pastikan ianya tidak hangus.
3) Akhir sekali masukan bahan C dan kacau sebati dalam 5- 10 minit dan tutup api. Biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh lah di masukan kedalam botol.

Pesanan:-
Untuk citrid asid boleh beli di kedai jula barang2 kek. 


SELAMAT MENCUBA!


 KRAM




Disember 22, 2015

DAIM SOFT COOKIES YANG SEDAP


Salam sejahtera semua! Pagi ni kita entri awal nanti petang nak keluar beli barang. Biskut ni sue buat malam tadi dan merupakan salah satu biskut yang paling sue suka. 
Ranggup di luar dan lembut pada tekstur dalamnya. Bahan-bahan pun tak banyak dan mudah sekali. Topping nya sue letak coklat daim dan bila dan sejuk coklatnya menjadi crunchy. 
Sebenarnya boleh aje letak apa coklat atau jem yang kita suka tapi sue lebih suka letak daim.
Kalau nak rasa kena buat tau! dan pasti tak menghampakan. Lebih syiok bila jadi kudapan depan tv sekejap je habis.


DAIM SOFT COOKIES
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
350g mentega - cairkan dan biarkan sejuk seketika.

(B)
350g tepung gandum
2 sdt serbuk penaik
2 sdm tepung susu
1/2 sdt gula vanilla - kalau tidak ada boleh skip
150g gula kaster 

Coklat daim -. patah kecil untuk topping
Papercup secukupnya

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200C bergantung pada oven masing-masing*
1) Satukan bahan B dan tunag bahan A. kuar sebati dan rata.
2) Ambil doh sebesar bola pingpong atau kecil sedikit dan bulat-bulatkan. Masukan kedalam papercup.
3) Letak coklat daim di atas doh dan bolehlah di bakar selama 10-15 minit api atas bawah.

* Biskut bila dah masak memang lembut dan biarkan sejuk baru ianya garing di luar*

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


KUIH TALAM PANDAN YANG LEMBUT


Alhamdulillah... kejadian yang sangat memuas hati dan rasa yang cukup lemak dan lembut. Ini hasil eksperimen kita malam semalam. Teringin nak makan kuih talam pandan yang lemak dan sue cuba olah sendiri dengan sedikit basic yang sedia ada DISINI.
Walaupun menggunakan daun pandan frozen rasanya masih segar dan sue tambah pewarna dan sedikit pandan paste lagi untuk mencantikkan warna hijaunya.
Memandangkan kita berdua je di rumah so sue buat dalam kuantiti sikit tapi bila dan masuk santan apa semua menjadi banyak juga. Seeloknya menggunakan loyang 9 inci supaya tak terlalu tinggi. Sue guna loyang 8 inci dan agak tinggi dan tak berapa menarik..



KUIH TALAM PANDAN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan (Loyang 9 inci)
Lapis bawah (putih)
1 gelas tepung beras
3/4 gelas tepung ubi
1 sdt gula
1/2 - 1 sdt garam - rasa masinnya terlebih dahulu
1 gelas santan cair - untuk bancuhan dalam tepung 
2 1/2 gelas santan pekat - masak mendidih sekejap. (Jangan sampai pecah minyak.)

Lapis atas (Pandan/ hijau)
1 gelas tepung beras
1/2 gelas + 2 sdm tepung ubi
3 sdm tepung hoon kwee (putih atau hijau)
200g gula pasir/kaster -  agak-agak ye sebab sini gula nya tak manis so sue guna dengan kuantiti yang cukup rasa.
5 helai daun pandan + 100ml air - kisar dan ambil jusnya.
1gelas santan cair - untuk bancuhan dalam tepung
2 gelas santan pekat -  masak mendidih sekejap. (Jangan sampai pecah minyak.)
Sedikit pewarna hijau
Pandan paste sedikit kalau suka

Cara
*Panaskan pengukus terlebih dahulu*
1) Lapis bawah - Sebatikan tepung, garam dan gula bersama santan cair. Kemudian masukan santan yang telah di masak dan gaul sebati. (adunan memang agak pekat ye jangan tambah air lagi). Sapu loyang dengan sedikit minyak dan lapik dengan plastik. Sapu lagi sedikit minyak atas permukaan plastik dan tuangkan bancuhan tepung tadi. Letak surat khabar atas permukaan pengukus atau bungkus dengan kain pada penutup pengukus. Kukus selama 15-20 minit dan bolehlah membuat adunan lapis atas.
2) Lapis atas - Cara bancuhan yang sama seperti lapis bawah dan kukus selama 25-30 minit sampai masak.
3) Setelah kuih masak harus disegerakan membuka penutup supaya air tidak menitik pada kuih. Biarkan sejuk sepenuhnya dan bolehlah di potong.

*Kalau cara sue lebih suka mengguna surat khabar agak tebal dan ianya serap wap dan air tidak lambat menitik*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM




Disember 17, 2015

BUN COKLAT DAN CHEESE


Assalammualaikum... Pagi ni lega sikit dapat entri yang dah seminggu KIV. Teringin sebenarnya nak makan coklat bun lebih-lebih lagi sekarang cuaca semakin sejuk dan perut sentiasa berkeroncong. 
Resepi sue guna resepi bun dari sahabat yang dulunya bun ni jadi gempak dan fenomena di FB. Siapa lagi kalau bukan dari Puan LYDIA HONEY dengan bun sarang lebahnya. 
Teksturnya memang tak di nafikan tersangat gebu dan lembut.
 Kali ni sue ubah sikit dan tambah creame cheese, susu tepung dan serbuk koko juga coklat paste. Sedap juga makan ketika masih panas dengan susu segar.
Resepinya sue kongsikan sekali lagi ye..


BUN COKLAT DAN CHEESE
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1/2 sdt dry yis
1 sdm gula
1/2 cawan air suam +-

(B)
2 cawan tepung gandum 
1/2 - 1 sdm serbuk koko
1 sdm tepung susu 1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir (Sue tambah)

(C)
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik (sue guna 1 sdm)
1 sdm creame cheese (sue tambah)
1 sdt coklat paste
¼ cawan minyak sun flower

 1 biji telur C + sedikit susu cair/ air untuk sapuan atas roti.
Cara
1) Larutkan bahan A dan rehatkan 5-10 minit sehingga yis berbuih.
2) Dalam mangkuk adunan atau BM satukan bahan B dan masukan bahan C dan bahan A tadi.
3) Uli sehingga elastik dan rehatkan 30-45 minit sehingga naik 2 kali ganda.
4) Tumbuk doh untuk membuang angin dan bolehlah di timbang 30-40gm dan bulat-bulatkan.
5) Letak dalam paper cups atau loyang terpulang dan rehatkan lagi dalam 30 minit sehingga naik 2 kali ganda.
*Panaskan oven pada suhu 180-200C api atas bawah*
6) Sapu telur tadi atas roti dan tabur sedikit coklat chip kalau suka dan bakar 15-20 minit sehingga masak.
7) Keluarkan dari oven dan sapu sedikit mentega supaya bun berkilat dan takj keras permukaannnya.


SELAMAT MENCUBA!


Disember 12, 2015

CHOCOLATE NUTELLA FUDGE


Alhamdulillah... ni yang KIV so sekali kita entri bila dah berkesempatan. nanti asyik tunggu dan tunggu memang 'M' melanda.
Pada peminat coklat boleh mencuba resepi ni. Memang sedap buat kudapan dan anak-anak pasti suka. Saya buat pun tak banyak tapiii ni sekali duduk je makan berdua sambil nonton dah habis.
Resepi sue asal dari youtube dan sue kurangkan kuantiti gula pasal dan banyak menggunakan golden sirap. Kalau tak memang tak boleh telan terlalu manis kot. resepi nya di sini ye..



CHOCOLATE NUTELLA FUDGE
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan 
(A)
3 cawan krim putar
1 1/2 cawan golden sirap
1 1/2 cawan gula pasir

(B)  
50 g mentega(salted)

(C)
160 g Nutella
1 sudu teh cuka, 12 peratus

Taburan atas mengikut citarasa sendiri

*Seeloknya menggunakan thermometer untuk memastikan ianya tidak terlebih suhu*
Cara 
1) Didihkan bahan A menggunakan api kecil sehingga 124-125 darjah atau sehingga adunan mendidih pekat (Seeloknya menggunakan thermometer). Masuk bahan B dan biarkan ia masak selama 2 minit. Tutup api dan alihkan dari dapur. 
2) Masukan bahan C dan kacau sebati. 
3) Sediakan loyang sehiempat 6 inci atau loyang untuk membuant roti paun. Alas dengan kertas minyak 2 lapisan dan tuang adunan. Bolehlah di tabur topping mengikut citaras sendiri.
4) Biarkan ianya sejuk pada suhu bilik dan masukan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum memotong.
5) Bila dan sejuk bolehlah di potong dadu atau mengikut saiz yang di suka.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


















NASI BRIYANI AYAM SIMPLE


Assalamualaikum dan apa khabar?? 
Alhamdulillah baru berkesempatan entri memandangkan lately kita sibuk pindah, kemas barang dan sekolah semestinya.
Banyak yang KIV dan hari ni kita gaghi juga entri. Rindu pulak pada blog yang tak seberapa ni...
nasi ni ni kita buat 3-4 hari lepas bila teringin sangat nak makan briyani. Ni percubaan pertama kita guna rempah briyani dari Lebanon yang kita beli tempoh hari di kedai arab. Rasanya memang sedap tapi Sue tambah sikit dengan kari biasa, tak banyak pun 1/2 sdt je hihi..

NASI BRIYANI AYAM SIMPLE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
2 cawan beras basmathi - cuci bersih dan rendam 1/2 jam. Toskan.

(A) Untuk stok ayam
2 ketul paha ayam
2 helai daun bay
1 biji buah pelaga
1 batang kecil kulit kayu manis
1 batang lotang kecil lobak merah - potong 3-4
1/2 batang saleri - potong 3-4
1/2 sdm rempah briyani
1/2 sdt serbuk kari ayam/daging
4 cawan air 

(B) Tumis
1 biji bawang besar - potong panjang
1-2 sdm minyak zaitun
1 sdt minyak sapi/ ghee

(C) Untuk masak nasi
1/2 cawan susu cair
11/2 cawan stok ayam 
Garam secukup rasa
*Bergantung pada jenis beras yang digunakan. Kenal pasti terlebih dahulu sukatan air yang biasa digunakan untuk memasak takut terlebih atau terkurang air dan kejadiannya tidak cantik*

(D) Taburan
Sedikit kacang peas
Lobak merah selepas merebus stok - potong dadu kecil
Kismis hitam/kuning

Ayam panggang simple
Paha ayam yang telah di rebus
1 sdm madu 1sdm jus lemon
garam secukup rasa
1/2 sdt lada hitam - tumbuk kasar
1 sdm minyak zaitun


 Cara
1) Bahan A - Rebus paha ayam menggunakan api kecil sehingga ayam timbul. Angkat ayam dan ketepikan sehingga suam.
2) Tapis stok rebusan tadi dan ketepikan.
3) Tumis bahan B sehingga bawang layu dan tutup api.
4) Masukan beras yang sudah di tos tadi ke dalam periuk nasi dan masukan bahan tumisan serta bahan C. Rasa secukupnya dan kacau sebati. Masak seperti biasa.
5) Bila nasi dan masak dan bertukar keep warm, Masukan bahan D dan carik menggunakan garpu dan tekan cook lagi dan masak sepenuhnya.
6) Untuk ayam panggang, satukan kesemua bahan-bahan dan bakar dalam oven pada suhu 180 api atas bawah sehingga keemasan ( anggaran 20-25 minit)

SELAMAT MENCUBA!


KRAM





November 24, 2015

CREAMY CHICKEN CREPES


Assalammualaikum... Hari ni pepagi dah entri sat lagi nak sambung kemas rumah. Bangun lepas subuh mata dah tak boleh lelap lagi dan terus buat sarapan untuk somi sebab biasa dia pergi kerja awal.
Ni cerita semalam.. All time favourite. Mungkin janggal bunyinya bila crepe dengan ayam tapi sebenarnya ianya enak sekali. Tak percaya cuba dan pasti nak lagi hihihi.. Kalau kami di sini ni salah satu typical swedish food tapi sue tak pernah mencuba. Keraguan halalnya dan pasti lebih yakin kita buat sendiri kan!
Sue selalu buat pelbagai filling ikut citarasa dan bahan tidak ada sukatan. Tapi ni terpaksa kita gaka-agak ye.
Dengan tekstur crepes yang lembut juga krim dan cheese amat sesuai sekali pada penggemar cheese juga boleh buat untuk jamuan atau tetamu bertandang ke rumah. 


CREAMY CHICKEN CREPES
Resepi: Sue Norrman

Bahan untuk crepes(dapat dalam 12-15 kalau saiz 8 inci)
500ml susu segar sejuk
180g tepung gandum
3 biji telur A
1/2 sdt garam
1/2 sdt gula
5 sdm mentega cair*

Cara
1) Satukan semua bahan kecuali yang bertanada (*).
2) Rehatkan 30 minit dan masukan mentega cair* dan sebatikan.
3) Guna non stik pan(8 atau 9 inci) dan menggunakan api sederhana. Masukan mentega anggaran 1/2 sdt. 
4) Cedok 1 senduk (agak-agak ye) dan biarkan kuning dan angkat letak dalam pinggan.Ketepi dan sejukan.
*Crepes jangan di balikkan. Biarkan bahagian atas masak dengan sendirinya*


BAHAN INTI
(A)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
1 sdm mentega + 1 sdm minyak zaitun/masak
 
(B)
2-3 ketul isi dada - rebus masak dan racik halus
1 tin cendawan butang - hiris nipis
2 biji tomato - potong dadu dan rebus 1/2 masak
Cili benggala (warna ikut suka)- potong dadu  
1 sdm sos tiram
1 sdm kicap cair
1/2 sdt lada sulah
1 sdt serbuk perasa
Gula sedikit 
Garam secukup rasa (rasakan masin nya terlebih dahulu)
Daun parsley fresh - cincang (boleh ganti dengan yang kering)

(C)
250ml susu segar
100ml whipping krim
1 sdm tepung gandum + sedikit air

Cara
1) Tumis bahan A hingga kuning.
2) Masukan bahan B satu persatu sehingga sebati semua dan rasa secukupnya.
3) Masukan bahan C satu persatu dan kuar sehingga inti pekat. Tutup api dan biarkan suam.
4) Ambil 1 keping crepe dan letak inti. golong macam biasa tapi jangan di lipat tepi nya ye.
5) Letak ke dalam casserole yang sudah di sapu mentega dan golong sampai habis.
6) Tuang sos putih dan tabur parutan cheddar dan mozarella. bakar 20-25 minit api atas bawah sehingga keperangan.
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees sementara menbuat sos putih*

SOS PUTIH
Bahan-bahan
(A)
2 sdm mentega
1 sdm tepung gandum
200ml susu segar
100ml whipping krim
Garam dan gula sedikit

(B)
Parutan cheddar dan mozarella secukupnya untuk taburan atas sos putih.

Cara
1) Bahan A - Cairkan mentega menggunaka api sederhana dan masukan tepung.
2) Kacau sehingga tepung berbuih dan masukan susu, garam, dan gula. Biarkan mendidih sekejap dan masukan krim.
3) Kacau sehingga naik wap dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM






November 22, 2015

TOMYAM FRIED NOODLES


Hari ni siap entri awal semua.. Masak awal makan pun awal juga. Nanti bila dah gelap mata memang mengantuk.
Menu kita hari ni sempoi je guna instant egg noodles. Teringin nak makan mee tomyam tapi kesian pulak cik somi tak makan pedas. Untuk melangsung hajat kita buat goreng je letak paste tomyam. Rasa yang tak pedas dan cik abang kata sedap! hihihi.. Sampingan tu kita masuk je apa yang ada dan ikan salmon grill simple.

TOMYAM FRIED NOODLES
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 paket @250g egg noodles (kering) - celur dan toskan.
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdm paste tomyam
1-2 sdm sos tiram
1 sdt sos ikan
Serbuk perasa dan gula secukup rasa
Garam sedikit (rasa masin nya terlebih dahulu)
Minyak untuk menumis

Bahan tambahan
Brokoli - Celur sekejap
Kacang peas
Cili benggala - Potong
Cendawan butang - belah 2
Lobak merah - potong mancis
Daun ketumbar sedikit - hiris halus

Cara
1) Celurkan mee terlebih dahulu sehingga lembut (angan terlalu lembik nanti hancur bila di goreng). Buangkan air dan salur dengan air paip dan toskan kering, ketepikan.
2) Tumis bawang putih hingga kuning dan masukan bahan selebihnya. Tumis dan rasakan secukupnya.
3) Masukan mee tadi dan goreng sekejap. Bila bahan dan melekat masukan bahan tambahan dan goreng lagi dalam 5-6 minit. Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

 

SCONES SIMPLE DAN SEDAP


Assalammualaikum.. Pagi ni kita sarapan dengan scones je. Lama rasanya tak buat scones tuk sarapan bila tengok cuaca sejuk begini perut sentiasa lapar. Resepi yang mudah dan sedap makan bila masih panas.
Semalam sajli turun dengan lebat sekali sampai pagi. Bila bangun subuh tengok di luar terang semacam memang tau dah memang salji tebal. Syiok memang tak di nafikan tapi sejuk tu yang tak tahan. Nak keluar pun tak syok juga licin.
Lepas sarapan kami sapu ais ke tepi supaya senang nak berjalan..


SCONES SIMPLE DAN SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Dapat 12-14 biji
(A)
480g tepung gandum
1/2 sdt garam halus
4 sdt serbuk penaik
1 sdt gula kaster
100g mentega sejuk - potong dadu

(B)
400ml susu segar sejuk

Cara
Panaskan oven pada suhu 180 degrees. Guna loyang muffin dan sapu mentega.
1) Guna food processor, kisar bahan A sehingga sebati seperti serbuk roti.
2) Kemudian masukan bahan B dan kisar lagi sehingga menjadi macam doh.
3) Cedok dan masukan kedalam loyang muffin. Bakar 25-30 minit sehingga perang.
*Kalau menggunaka api atas bawah turunkan sedikit suhu dan waktu membakar masih sama. Manakala kalau menggunaka api bawah dahulu suhu 180 degrees dan 5-10 minit terakhir tukar api atas bawah*

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


November 20, 2015

EGG AND MUSHROOM PUFFS


Assalammualaikum.. lama tak update dan rindu nak nak entri tapi memandangkan kita sibuk packing. Cuma tinggal seminggu lagi barang-barang dah kena pindah. Hari ni Sue tak de kelas pagi so boleh lah mengadap pc kejap nanti jam 12 kena pergi sekolah lagi.
Alhamdulillah.. puffs ni Sue buat 3 hari lepas untuk fika@ minum petang dalam kelas. Atas permintaan kawan-kawan dan mereka collect duit kecuali kita sebab kita yang buat hihihi.. Filling sue letak telur rebus dan  sampingan lain dan mereka amat berpuas hati. Ada yang nak order tapi bukan tak sudi cuma kenkangan waktu yang tak mengizinkan. Insyallah bila dah pindah bolehlah start lagi beraksi di dapur.
Semua kawan-kawan termasuk cikgu bagi pujian, bkn nak angkat bakul ye kerana di tempat kami memang susah nak dapat jualan bakeri halal dan pelbagai aneka cuma bakeri yang biasa jual kek dan roti saja... tak lebih dari itu. Bila sue buat cikgu terharu kerana inilah pertama kali mereka makan puffs sebegini. Itu cerita 3 hari lepas dan cerita semalam sue pergi temu janji dengan Swedish Public Employment Service atau dalam swedish Arbetsförmedlingen. Kalau kita dah daftar dengan mereka. 
Memang akan dapat surat atau temu janji untuk perkembangan atau planning. Rasanya ni kali yang ke-4 sue jumpa mereka.
Kali ni dengan sokongan mereka, Insyallah tahun depan sue akan mula buat home bisnes dengan bantuan dari mereka. Sue dah di daftar mereka dalam list sokongan dan akan berjumpa dengan municipal dalam masa yang terdekat. Tak perlu risau kerana semua di buat oleh syarikat yang mereka lantik khas untuk perundingan. Doakan Sue ye semoga semuanya berjalan lancar dan ingin mengangkat nama Malaysia di perantauan. Sue fokus dengan Malaysian delight seperti yang mereka sarankan dan semuanya pengiklanan di bantu oleh syarikat yang diberi kepercayaan. Pasal syarikat ini di bayar oleh Swedish Public Employment Service. Terharu dengan layanan dari mereka yang terfikir samapai ke tahap sedemikian sekarang.
Emo pulak kita yoo.. Oklah nanti sue kongsi lagi ceritanya ye.. Untuk bahan-bahan sue tak proper sukatan cuma main campak je tapi ni Sue bagi sukatan untuk memudahkan ye.


EGG AND MUSHROOM PUFFS
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1-2 paket frozen puffs pastry (segiempat)
5 biji telur rebus -potong empat

(A) Sos putih
2 sdm marjerin/mentega
2 sdm tepung gandum
2-3 cawan stok ayam atau susu segar

(B) 
1 biji bawang besar - cincang 
200g daging cincang
1 tin besar cendawan butang - hiris
3 biji kentang - potong dadu kecil dan rebus 3/4 masak. Toskan
Minyak untuk menumis

(C)
2 sdm soso tiram
1 sdm lea & perrin sauce
1/2 sdt lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
1-2 sdt serbuk perasa
Sedikit oregano kering

(D)
Marjerin/ mentega cair secukupnya
Kuning telur untuk sapuan atar puffs

Cara
1) Bahan A- Cairkan mentega menggunakan api kecil dan masukan tepung gandum. Kuar sampai tepung cair dan masukan stok ayam atau susu. Kacau sehingga sebati dan tutup api, ketepikan.
2) Bahan B- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning. Kemudian masukan daging cincang dan tumis sehingga bertukar warna. Masukan bahan selebihan dan kacau sebati.
3) Masukan bahan C dan raskan secukupnya dan biarkan masak dalam 2-3 minit dan tuangkan bahan A(sos putih).
4) Kacau sebati bahan-bahan dan tutup api. Biarkan sejuk.
*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees*
5) Ambil pufffs pastry dan bolehlah dipotong ikut citaras sendiri dan masukan inti dan telur rebus. Tekan tepi pastry dengan garpu dan letak atas loyang yang telas di sapu minyak atau merjerin.
6) Buat sampai habis dan sapu sedikit mentega cair pada puffs dan sapu kuning telur lagi. 
7)Bakar menggunakan api bawah 30 minit sampai kuning dan 10 minit terakhir menggunakan api atas bawah. Bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



November 13, 2015

SERI MUKA PANDAN KASTAD YANG LEMBUT


Alhamdulillah...  eksperiment untuk lapis atas berjaya dan kejadian yang sangat lembut dan sedap. Sue peminat tegar seri muka dan karipap.. Spechless..
Banyak kali juga Sue mencuba berbagai jenis resepi seri muka tapi belum memenuhui citarasa tekak. Kalau nak cerita pasal sedap susah nak dapat kuih tradisi yang sedap macam dulu. 
Zaman kanak-kanak dulu Sue selalu makan serimuka yang sangat sedap dari kawan ayah Sue. Pangusaha cina yang membuat kuih halal untuk di hantar ke  hotel di Kuching.
Bila di tanya dengan mak, dia cakap rugi tak belajar dulu sedangkan mereka kawan baik.
Bila pakcik tu dah meninggal, semua tinggal kenangan.
Tak pe lah... Insyallah Sue akan setia dengan seri muka yang sue hasilkan dan memberi kepuasan pada diri Sue sendiri. Untuk mendapat tekstur yang berkilat santan harus dimasak terlebih dahulu tapi jangan sampai pecah minyak.
Sini Sue titipkan untuk di kongsi bersama..


SERI MUKA PANDAN KASTAD
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Lapis bawah (pulut) loyang 6 atau 7 inci
11/2 cawan beras pulut - cuci dan  rendam 2-3 jam bergantung pada jenis beras pulut
(Sue guna beras pulut susu siam dan rendam cuma 1 jam)
11/2 cawan santan pekat ( guna cawan yang sama untuk menyukat beras)
1 sdt gula
1/2-1 sdt garam (rasa garamnya terlebih dahulu)

Cara
*Panaskan kukusan terlebih dahulu*
1) Toskan beras pulut yang di rendam tadi.
2) Satukan santan dan bahan selebihnya dan sebatikan.
3) Sapu loyang dengan sedikit minyak dan lapik dengan plastik. Sapu lagi sedikit minyak dipermukaan plastik dan ketepikan.
4) Dalam loyang lain tuang beras pulut. Kacau lagi dan kukus 20-30 minit sehingga masak.
5) Bila dan masak cedok beras pulut dan masukan kedalam loyang yang sudah dilapik plastik dan tekan rasa supaya padat.
6) Carik sedikit permukaan pulut dengan garpu untuk melekatkan bahan atas setelah dipotong. Tuang bahan lapis atas dan kukus lagi 30 minit sehingga masak.
7) Biarkan sejuk sepenuhnya dan bolehlah di potong. Guna pisau plastik untuk mememotong supaya ianya halus dan kemas.

* Tudung pengukus bungkus dengan kain supaya air tidak menitik atau tutup dengan aluminium foil.
*Kalau menggunakan foil, bila dan cukup masak buka tudung dan terus buka foil. Jika dibiarkan air akan menitik dan permukaan kuih akan berombak.
* Cara saya lebih suka menggunakan surat kabar untuk menutup permukaan pengukus dan air lambat menitik. Letak tebal sikit supaya lambat serap wap*



LAPIS ATAS(PANDAN KASTAD)
Bahan-bahan
250ml santan pekat - masak sehingga mendidih sekejap dan tutup api. Biarkan suam.

(A)
60g tepung gandum
20g tepung kastad
1 sdm tepung ubi
2 biji telur A*
1 sdm susu manis
4 sdm serbuk santan
150g gula halus/pasir
100ml air pandan (5-7 helai daun pandan kisar dengan 100ml santan cair)
Sedikit pewarna merah untuk mendapat warna yang cantik
(Kalau tidak menggunakan daun pandan boleh ganti dengan pandan paste 1-2 sdt dan pewarna hijau.)
100ml air masak


Cara
1) Satukan bahan A dan santan yang telah di masak kecuali yang bertanda (*). kacau sehingga gula hancur baru masukan telur* dan kacau sebati lagi.
2) Tapis kedalam periuk dan masak menggunakan api kecil sehingga naik wap sahaja. Jangan sampai pekat ye. Tuang kedalam loyang pulut dan kukus.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

November 12, 2015

THAI BASIL CHICKEN


Hari ni kita masak simple je.. Makan dengan nasi panas bertambah juga di buatnya. Selasa lepas Sue beli sayur di kedai thai tapi banyak yang dah habis. 
Sweet basil dari Thailand pun tinggal 2 peket je. So Sue ambil kedua-duanya sekali. Alhamdulillah.. Sepeket Sue frozen kan senang bila nak masak untuk lain kali. Thai basil chicken ni memang mudah dan bahan-bahan pun tak banyak. Kalu nak pedas tambah lebih cili padi ye.


THAI BASIL CHICKEN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 ketul dada ayam - ambil isinya sahaja dan potong dadu
11/2 sdm sos tiram
1 sdm kicap lemak manis
1 sdt sos ikan
1/2 sdm sos cili thai
Sedikit kicap pekat 

(B) Tumbuk kasar
6 ulas bawang putih
6 biji cili padi merah thai (boleh guna cili hidup campur cili padi biasa)
Minyak sedikit untuk menumis

(C)
Sweet basil leaves secukupnya

Cara
1) Tumis bahan B sehingga kuning dan masukan bahan A, ayam dahulu.
2) Tumis sehingga ayam bertukar warna dan masukan bahan selebuhnya.
3) Rasa secukupnya dan biarkan bahan serap dan ayam masak. Masukan bahan C dan kacau sebati, tutup api.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM




November 11, 2015

OVERNIGHT OATS


Semalam Sue bawa bekal oat ke sekolah.. Bila sampai sekolah Sue terus masukan ke dalam petisejuk bila coffee break Sue makan dan kongsi dengan kawan tapi Sue letak dlam cawan untuk dia. Tak terfikir pulak yang mereka berminat. Bila dan mencuba semua kata sedap, macam jakun je semua tak pernah tengok.
Sebenarnya ianya amat mudah disediakan dan bergantung pada citarasa sendiri. Sue masuk apa je buah dan kekacang Alhamdulillah rasanya enak sungguh.

OVERNIGHT OATS
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
350g strawberry yogurt
4 sdm quaker oat
1 sdm biji selasih
Buahan ikut suka
Kekacang 

Cara
1) Satukan semua bahan-bahan dan masukan kedalam bekas dan tutupkan.
2) Masukan kedalam peti sejuk dan biarkan bermalam. Kalau nak sedap lagi bila nak makan tambah lagi buah dan sedikit jem.

SELAMAT MENCUBA!

STICKY AND CREAMY BROWNIES


Assalammualaikum.. Alhamdulillah berkesempatan entri hari ni. Lately makin sibuk packing dan lagi 2 minggu kita akan pindah. Brownies ni Sue buat 2 hari lepas dan semalam bawa pergi ke sekolah habis semuanya. Resepi asal memang manis tapi Sue dah kurangkan gula. Itu pun masih terasa manis tapi sedap juga hihihi..
Resepi Sue tulis dalam buku resepi tapi tak tulis pulak siapa empunya. Buku resepi pun buku lama yang Sue bawa dari Malaysia. Resepi bila dah masak tak besar ye nanti kalau nak buat besar double kan kuantiti.


STICKY AND CREAMY BROWNIES
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
140g unsalted butter - suhu bilik
170g gula kaster (asal 210g)
1 sdt gula vanilla/ esen vanilla

(B)
3 biji telur A

(C)
100g dark coklat compound - Cair kaedah double boiler

(D) Ayak halus
50g tepung gandum/kek
21/2 sdm serbuk koko
1 sdt serbuk penaik

Cara
*Panaskan oven pada suhu 150 degrees* 
1) Pukul bahan A sebati (jangan terlalu kembang). Kemudian masukan bahan B satu persatu hingga sebati.
2) Guna senduk kayu, masukan bahan C dan kacau sebati dan diikuti bahan D sedikit-sedikit sehingga rata.
3) Tuang dalam loyang yang sudah di sapu mentega dan di lapik. Bakar 40-50 minit sehingga masak.
*Suhu jangan terlalu tinggi dan bergantung pada oven masing-masing*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...