Ogos 10, 2016

FISH AND CHIPS DENGAN KRIM SPECIAL... sedap tau!


SELAMAT PETANG SEMUA...
Hari ni cuaca mendung dari pagi hingga sekarang. Sejuk dah mula terasa dan summer menghampiri ke penghujungnya. seperti biasa rutin kalau dah sejuk begini nak keluar pun malas. Duduk berperam dalam rumah dengan stokin dan selimut syok juga. Walaupun matahari bersinar tapi masih terasa kesejukan kalau hanya 18-19 celcius.

Menu hari ni pula menu yang sedap dan kesukaan ramai. semua sue buat sendiri tapi chips tu tak berapa cantik kejadiannya pasal kentang dah 2 minggu duk berperap dalam bag kertas. Sekali nak guna tak berapa fresh lagi. Disebabkan sue memang tak suka beli french fries frozen so kita goreng jugalah. rasanya boleh tahan juga cuma tak ranggup aja. Untuk memudahkan baik guna french fries yang dah sedia ada tinggal goreng dan mudah. Ikan sue guna ikan cod file yang frozen dan rasanya kekal sedap walaupun di frozen sebab sue tabur sedikit gula dan letak hirisan lemon. Awalnya sue beli yang fresh dan pack seketul-seketul dalam vacum palstik untuk memudahkan kerja. Tak payah nya tunggu semua defrost baru nak bagi bagai. 

Dan... cream special sue nak kongsi pada semua dan ianya sangat simple tapi sedap sangat. Salah satu cream yang suami sue suka. Bahan yang mudah tapi bahan campuran yang satu tu mesti ada tau! Baru rasanya sedap! Sue bukan nya pakar tapi bila merantau dan selalu mengikut suami sue bekerja di luar sweden itu yang banyak membantu sue untuk mengenali western food. Tapi banyak juga yang sue googles untuk mendapat tips dan sebagainya. But.. practice makes perfect kan..kan..kan!!


FISH AND CHIPS
Resepi: sue Norrman

Bahan-bahan
1-3 keping filet ikan (dory atau cod) - tos kering atau tekan dengan tisu dapur supaya tak berair dan cantik bila di goreng.
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

(A)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur - pukul hancur
Serbuk roti secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara
*Panaskan minyak terlebih dahulu dengan api sederhana sehingga panas*
1) Ratakan garam dan lada sulah pada filet ikan sehingga rata.
2) Ambil sekeping filet lumur dengan tepung, kemudian celup dalam telur dan golek dengan serbuk roti.
3) Buat kesemua ikan dan goreng sehingga keperangan dan balik sebelah lagi.
*Pastikan ianya sudah kering dan perang baru di balik sebelah bahagiannya. kalau tidak salutan akan terbuka*
4) Goreng sehingga betul-betul kering luarannya dan angkat. Kalau ianya menakung sedikit minyak boleh tekan sedikit dengan tisu dapur.
5) Ulang sama dan goreng filet sehingga habis.





CREAM SPECIAL
Bahan-bahan
3 sdm sour cream
1/2 sdt mustard sos
1/2 sdt gula pasir
1 sdm pickled cucumber - cincang halus (ada jual di supermarket)
Sedikit garam 
1 sdt parutan kulit lemon

Cara
Satukan bahan-bahan sehingga sebati dan sejukkan. Boleh juga digunakan segera.


SELAMAT MENCUBA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...