Ogos 28, 2015

THAI PAD WOON SEN



Semalam pergi Malmö ambik IC baru so lepas tu terus ke China market beli barang dapur dan sayur-sayur. banyak juga yang masig dalam chiller dan Sue pun angkut segala tempe dan apa dalam kepala untuk masak seterusnya. kalau dekat tempat Sue tinggal susah nak dapat kalau datang hujung minggu. Alhamdulillah dinner Sue makan ni je dan suami makan beef stew. resepi asal dari tukang masak di restoren Sue dulu Sue dari Thailand. dan yang ni memang top dalam ala-carte menu. Sampai sekarang Sue lebih suka makan pad woon sen berbanding mihun..Walaupun cuma menggunakan sepeket kecil tang honn tapi bila dan dicampur dengan sayuran lain jadi banyak juga. Dapat makan 2 orang kalau yang bukan kuat makan hihi..

THAI PAD WOON SEN
Resepi: Suriyon Thongsawat
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/4 bawang besar - potong dadu halus
3 biji cili padi

(B)
1 sdt paste tomyam
Udang dan sotong secukupnya
2 biji telur-pukul hancur sahaja

(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdm sos ikan
1/2 kicap manis

(D)
1 batang kecil lobak merah- potong panjang (2 inci)
1/2 mangkuk kecil kobis hiris

(E)
1 bungkus tang hoon- rendan dengan air biasa sahaja dalam 10 minis dan toskan
1 mangkuk kecik tauge
1/2 mangkuk kecik daun kucai

Cara
1) Tumis bahan (A) hingga kuning dan masukan bahan (B). Kuar sebati dan masukan bahan (C).
2) Bila dah sebati masukan bahan (D). Tumis dalam 3 minit dan rasakan lagi baru masukan bahan (E). 
3) Goreng sekejap sahaja dalam 3-4 minit sahaja. Jangan terlalu lama nanti tang hoon jadi lembik dan bergolong. Cukup bila sebati dan tutup api.
4) Sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA! 

KRAM

ALMOND BUN


Alhamdulillah.. Almond bun ni Sue buat semalam. Sambil masak dan uli doh masuk dalam bread maker je. Resepi doh basic yang Sue ambik dari rancangan tv masakan pagi di Sweden dan tak menggunakan bread improver juga ada pengubahan bahan-bahan. Semuanya terpaksa di translate untuk memudahkan kita semua. Sue ganti dengan baking powder dan tambah sour cream untuk melembut tekstur doh. Intinya memang sedap dan ini merupakan kali ke 4 Sue buat bun yang sama..


ALMOND BUN
Resepi. TV Sweden 
Oleh: Sue Norrman

ALMOND FILLING
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
150g serbuk almond
100g mentega
80g gula kaster
1 sdm gula vanila (Kalau tak ada boleh ganti esen vanila 1/2 sdm)

Cara
Satukan sebati semua bahan-bahan sehingga menjadi paste.



Bahan Doh
(A)
150ml susu suam ( tak kesah apa jenama)
10g instant yis (Sue guna fresh yis)
30g gula kaster

(B)
350g tepung roti
11/2 serbuk penaik@baking powder (Sue tambah)
2 sdm tepung susu (Sue tambah)
1/2 sdt garam

(C)
1 sdm sour cream (Sue tambah)
1 biji telur + 1 kuning telur (saiz c) - Sue tambah
50g mentega

Sapuan
1 biji kuning telur
Sedikit gula pasir

Cara
1) Satukan bahan (A) dan rehat 5-10 minit sehingga yis berbuih.
2) Masukan kedalam bread maker dan masukan bahan (B).
3) Tekan setting dough dan uli sebati baru masukan bahan (C) satu persatu.
4) Kemudian biarkan mesin mengguli hingga elastik.
5) Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk untuk membuang angin dan bahagi kepada 2-4 bahagian. (Terpulang pada masing-masing)
6) Tabur sedikit tepung supaya tidak melekat ketika menggiling. Giling memanjang dalam 20-25cm manakala lebar dalam 30cm. Ratakan bahagian tepi selepas digiling.
*Sedia dulang pembakar dan lapik dengan kertas kek*
7) Sapu filling tadi dengan rata dan golong dari sukatan lebar ke arah menajang.
8) Letak dalam dulang pembakar. jangan meletak terlau rapat nanti selepas dibakar ianya akan kembang takut melekat.
9) Gunting doh yang sudah digolong tadi secara merencong,jangan sampai putus ye. Gunting satu dan pusing ke kanan, kemudian gunting lagi pusing ke kiri sampai habis.
10) Selesai semuanya rehatkan lagi doh dalam 20 minit.
*Panaskan oven pada suhu 180-200 degrees (oven Sue 200 degrees) api atas bawah*
11) Sapu roti tadi dengan bahan sapuan (telur) dan tabur sedikit gula. masuk kedalam oven dan bakar 20-25 minit sehingga keperangan.
12) Bila dan masak sapu lagi dengan sedikit mentega untuk mengilat dan melembut bahagian atas bun.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM







STEW DAGING YANG SEDAP


Stew daging ni merupakan salah satu masakan yang paling anak-anak Sue suka. Cukup masak ni dan nasi sudah pasti bertambah-tambah. Dulu semasa masih ada restoren stew ni juga salah satu menu yang wajib setiap kali ada katering. Masak sampai 50kg daging. Regular customer yang tak pernah jemu makan, branch manager Bank Rakyat hari-hari lunch di restoren walaupun terpaksa menungu. 
Resepi Sue olah sendiri dari masa ke semasa mengikut citarasa. 
Alhamdulillah yang ni sue sudah ubah lagi mengikut citarasa orang disini terutama suami sue. Ianya menepati citarasa semua juga tetamu kalau Sue masak untuk mereka. Untuk memudahkan kerja Sue guna pressure cooker je 25 minit dah siap. Tapi kalau tak ada pressure cooker boleh rebus je dulu dagingnya supaya empuk bila dah dimasak sekali lagi dengan bahan-bahan yang lain. Semenjak berhijrah belum rasanya Sue makan stew ni dengan nasi.

Tiap kali ni sue masak swedish style memang makan dengan kentang dan jeruk beetroot. Rasanya lagi sedap makan dengan kentang dan juga Sue pernah buat Stew ni untuk pie filling, Memang Sedap!!.



STEW DAGING
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
500g daging batang pinang - potong dadu
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum
3 sdm mentega

(B)
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - hiris panjang
1 batang saleri - hiris nipis

(C)
300-400ml air mineral/masak
1/2 sdm tomato puree
1 sdt kryddpeppar biji (Boleh ganti dengan 1/2-1 sdt mixed herbs)
(kalau guna mixed herbs tak payah tambah herbs yang lain. Additional untuk swedish stew)
Sedikit daun thyme
Sedikit daun basil
2-3 helai daun bay
1/2 sdt lada hitam halus
1 sdm stok lembu pekat
2-3 biji buah tomato- belah 4
Sedikit lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1) Bahan A- Cuci daging terlebih dahulu dan toskan baru dipotong. Kemudian masuk garam sebatikan dan masukan tepung. sebatikan supaya tepung menutupi keseluruhan daging.
2) Guna api kecil dan panaskan periuk atau non stik pan, masukan mentega sehingga cair. kemudian masukan daging tadi dan masak sehingga bertukar warna. Kuar supaya tidak hangus.
3) Bila daging dan keperangan masukan bahan (B) dan gaul sebati sehingga bahan layu dan tutup api.
4) Sediakan pressure cooker, masukan kesemua bahan (C) kedalam nya dan tuang daging yang dimasak tadi bersama bahan-bahan lain. Kuar sebati dan tutup.
5) Masak api sederhana dalam 20-25 minit dan tutup api atau alihkan dari dapur.
6) Biarkan 5 minit baru buka penutup(butang untuk wap) iatasnya supaya wap keluar sepenuhnya.
7) Sedia untuk dimakan dengan nasi panas atau kentang.

P/S:- Kalau tak ada pressure cooker, rebus daging terlebih dahulu. Kemudian tumis bahan (B) dengan 3 sdm mentega hingga kuning dan masukan 1 sdm tepung gandum dan kuar hingga tepung cair. Kemudian baru  masukan bahan (C) dan daging rebus tadi. Biarkan mendidih dan rasa secukupnya hingga pekat dan tutup api. kalau tak pekat boleh masukan lagi air bancuhan tepung gandum kedalamnya.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...