Memaparkan catatan dengan label INDONESIAN CUISINE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label INDONESIAN CUISINE. Papar semua catatan

Julai 07, 2016

LALAPAN AYAM DAN SAMBAL TOMATO YANG SANGAT SEDAP


ALHAMDULILLAH..
Lama benar rasanya tak makan lalapan ayam ni sama sambal tomato. Anak-anak sue sangat suka makan lalapan ayam ni dan sambal tomato sue biasa buat sampai 2 kg tomato. Cukup dengan set ini sahaja anak-anak berselera. Biasanya sue buat untuk juadah hari raya haji untuk tetamu. Ada kambing, daging dan ayam tapi ikan kurang sambutan. Berselera mereka makan dengan ulaman dan nasi selalu kehabisan terlebih dahulu hihihi.. Idea dan ilham dari sue sendiri tak ada formal sukatannya. Kita main campak dan anggaran sahaja tapi nak bagi resepi kena betul bahan dan sukatan ya dak? Insyallah... Jom cuba..


LALAPAN AYAM SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
3-4 ketul paha ayam saiz sedang - cuci dan toskan
1 sdt serbuk kunyit
1/2 - 1 sdm cili giling
Garam, gula dan perisa secukup rasa

Kisar halus
2 biji bawang bombay
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai - hiris nipis dahulu
1 sdm jintan putih biji
1/2 sdm biji ketumbar
1/2 sdt jintan manis
5 helai daun limau purut - buang tulang tengah terlebih dahulu


Cara
1) Satukan bahan A dahulu dan masukkan bahan B. Gaul sebati dan perap selama 2 jam dalam peti sejuk.
2) Kemudian panaskan kukusan dan kukus ayam yang di perap tadi bersam bahan perapan yang selebihnya.
3) Kukus dalam 20-30 minit sehingga masak supaya isinya lembut dan tidak mengambil masa yang lama untuk di goreng.
4) Biarkan sejuk dan boleh di goreng dalam minyak yang penuh dan betul-betul panas sehingga keperangan.
(Goreng ayam dahulu dan bahan perapan asingkan dan goreng kemudian. kalau suka jadikan sebagai bumbu  atas ayam dan ianya garing)


SAMBAL TOMATO 
Bahan-bahan
2 biji cili merah - potong kecil
5 biji cili padi - patah 2
5 biji bawang merah - belah 4-6
2 ulas bawang putih - hiris nipis
2-3 inci belacan
5 biji tomato ranum - potong 6-8 bergantung pada saiz tomato
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturi secukupnya ( Kalau nak masam)

Cara
1) Goreng satu persatu bahan - bahan dan tumbuk halus. Akhir sekali masukkan tomato yang sudah di goreng dan lenyek halus.
2) Masukkan perasa dan rasa secukupnya. Masam, masin dan manis secukupnya. Kalau nak masam tambah lagi jus limau dan sedpa di makan sama ulaman dan calit dengan ayam.


Bahan Ulaman
Timun
Kobis
kacang panjang
Bayam - celur
kangkung - celur
Ulam raja


SELAMAT MENCUBA!

Julai 07, 2015

RAWON IGA@ DAGING SAPI / INDONESIAN BLACK BEEF SOUP


Iftar day 18#  Sendirian di rumah boleh lah masak ala kampung gitu. Nafsu ramadhan ni kalu di turut semua nak di makan. Mula nya ingin nak makan TomYam tapi takut sakit perut kalau pedas. kita godek freezer apa yang ada. Terjumpa tulang sapi dan daging yang Sue beli 3 minggu lepas bersaama oxtail. Termenung ku sendiri fikir nak masak apa tulang tu. Kalau sup biasa agak sama je rasanya kot. Teringat dengan kawan indon yang selalu bawa Rawon sapi ke sekolah bila ibu-ibu menunggu anak-anak balik sekolah dan kami makan bersama kalau anak-anak ada kelas tambahan. Asal kawan ni dari sorabaya dan macam-macam makanan dia bawa tapi pedas banget semuanya. Semuanya tinggal kenangan dan dia pun dah balik ke sorabaya mengikut suami balik bertugas di tempat asal. Dia ada bagi resepi tapi Sue tak pernah buat sendiri dan semua buku resepi masih di miri. Biarlah untuk simpanan anak-anak. Biasa kalau kami nak makan beli bahan dan suruh dia masak je. Sue cuba cari di cik gugel rawon sedap dan menjumpai blog dari dapur mbak DIAH DIDI . Inilah kali pertama Sue cuba buat sendiri tapi ada yang Sue derhaka dengan resepi asal memandangkan bahan yang tak ada bersama Sue di sini. Maaf ya mbak Didi tapi resepnya enak sekali. Tak di nafikan memang sedap rasa supnya. Untuk memudahkan Sue guna pressure cooker tak terlalu lama sangat masak dan dagingnya empuk. Tak percaya cuba lah resepnya..


RAWON IGA@ DAGING/ INDONESIAN BLACK BEEF SOUP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
500 gram daging sapi
1300 ml air
4 lembar daun limau purut(buang tulangnya)
1 batang serai - ambil putih sahaja(ketuk)
1 batang daun bawang -potong 1 cm
1/2 sdt serbuk ketumbar (Sue tambah)
1 sdt serbuk jintan putih (Sue tambah)
1 1/2 sdt teh garam
1-2 ketul kiub lembu
1/2 sdt lada sulah
1/2 sdm gula merah
3 sdm minyak untuk menumis

Bahan kisar Halus
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1-2 sdt kicap pekat (Sue tambah pengganti bauh keluak)
3 biji buah keluak (sue tak guna pasal tak ada)
1 cm kunyit hidup - bakar
3 biji buah keras 

Bahan Sampingan:
sambal terasi/belacan
keropok udang
Tauge
Telur asin

Cara Memasak
1) Rebus daging dengan air sampai empuk dengan api kecil sehingga sukatan air rebusan menjadi 1000 ml.
2) Tumis bahan kisar, daun limau dan serai sampai naik bau. Kemudian masukan ketumbar dan jintan putih. Tumis hingga pecah minyak.
3)Tambahkan daun bawang dan kacau rata.
4) Tuangkan bahan tumisan ke dalam rebusan daging. Masukkan garam, lada sulah dan gula merah. Masak sampai pekat.

 Selamat Mencuba!




Makan dengan nasi panas dan Sue tambah kicap pedas becili untuk cicah daging. Hmmmmm... Nak cakap apa ye? Tak terkata dan MEMANG SEDAP!!





KRAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...