Memaparkan catatan dengan label MALAYSIAN DESSERT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MALAYSIAN DESSERT. Papar semua catatan

Januari 09, 2019

PAU KACANG MERAH GEBU DAN LEMBUT.. SEDAP!!





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi!! Alhamdulillah hari ini SN kembali lagi untuk entri seawal yang mungkin. Selepas subuh terus sarapan memandangkan security company (VERISURE) akan datang jam 7am untuk kerja penambahan kamera dan alarm sensor untuk semua tingkap. Sebenarnya ada cerita sedih dan trauma yang masih terpahat dalam fikiran kami suami isteri. Biarpun ianya sudah 2 bulan berlalu tapi ianya amat meninggalkan  kesan sedih di hati.

Insyallah tiba masa nya SN akan cerita dan bila hati dah kembali tenang. Itu adalah salah satu dugaan buat kami syukur semuanya selamat. Harta dunia hanya pinjaman sementara yang penting hidup harus di teruskan. Mungkin ada yang mengerti apa yang cuba SN sampaikan cuma sekarang ianya masih dalam siasatan polis.

OK.. kita teruskan untuk resepi boleh? Semestinya resepi yang SN suka dan inti kacang merah SN buat sendiri. Walaupun ianya tidak setanding yang dah siap seperti di kedai tapi ianya amat memuas hati. Pau kacang merah gebu Insyallah lembut. Resepi SN olah sendiri dari masa ke semasa. Nak cuba tak?? jom...





Pau kacang Merah Gebu
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
A.
250g tepung pau/ superfine/ hongkong atau gandum
1 sdt instant yis
185ml air sejuk (peti ais)

B.
50g tepung seperti di bahan (A)
1/2 sdm tepung ubi
1 1/2 sdt double acting baking powder - kalau tak ada boleh guna baking powder biasa
2 sdm gula pasir
Secubit garam

C.
3 sdm shortening/ marjerin/ minyak masak


Cara:

1. Uli bahan A sehingga kalis dan lembut. Rehatkan 20 minit.

2. Kemudian masukan bahan B dan uli lagi sehingga rata dan masukan bahan C.

3. Uli lagi sehingga elastik.

4. Rehat kan doh 20 minit sehingga naik dan boleh di timbang dan bulat kan.

5. Isi inti dan bulatkan lagi. Letak atas lapik kertas yang telah di potong. Rehatkan lagi 10-15 minit dan didihkan air kukusan.

6. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis. Kukus selama 7-8 minit sahaja.




Homemade Red Bean Filling
A.
200g kacang merah - cuci dan rendam semalaman
2 helai daun pandan - simpul

B.
50ml air
150g (+/-) gula pasir

C.
150ml minyak masak


Cara:

1. Rebus bahan A sehingga kacang empuk dan toskan air.

2. Kisar kacang menggunakan food processor sehingga halus dan ketepikan.

3. Masak bahan B sehingga gula hancur dan masukan kacang yang telah di kisar tadi.

4. Gaul rata dak kacau menggunakan api kecil sehingga kacang agak kering.

5. Masukan bahan C dan kacau lagi sehingga pekat dan menjadi paste. Tutup api dan biarkan sejuk. Sedia untuk di gunakan.



SELAMAT MENCUBA!



Januari 08, 2019

Cekodok Keledek Bersira... sedap!!





ASSALAMUALAIKUM!

Hari ni SN nak kongsi resepi sedap dan pasti menjilat jari hihihi..  
Cekodok keledek bersira nama di beri sebab malas punya pasal. Untuk memudah kan kerja SN buat ala cekodok tapi asalnya memang resepi keria pun.

Bila dan menjadi dengan jaya nya hati banyak suka weiii.. saja nak ubah untuk memuaskan hati sendiri. Tapi kalau tak nak buat bulat macam cekodok boleh saja jadi kan keria terus. Ini merupakan salah satu kuih kesukaan SN dari dulu dan selamanya hahahaaa.

Ok.. pada yang nak mencuba jom kita tengok resepinya.



Cekodok Keledek Bersira
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
A.
500g keledek oren - kukus atau rebus sehingga lembut. Jangan terlebih lembut nanti adunan menjadi lembik.

*Biarkan suam seketika dan lenyek*

B.
100g tepung gandum
1/3 sdt soda bikarbonat
1/3 sdt garam halus
1/2 sdt gula

C.
1/2 sdt minyak

*Minyak secukupnya untuk menggoreng*


Cara:

1. Masukan bahan B ke dalam keledek yang telah di lenyek sedikit demi sedikit sehingga rata sahaja. Jangan terlebih uli nanti menjadi lembik.

2. Kemudian masukan bahan C dan uli rata lagi. 

3. Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga betul betul panas.

4. Sapu sedikit minyak pada jari untuk memudahkan mencedok adunan.

5. Goreng seperti biasa dan bila dan keperangan angkat dan toskan atas tisu dapur supaya serap minyak. Biarkan sejuk dan boleh buat kan sira gula.


Sira Gula
1/2 cawan air - guna cawan metrik
1/3 cawan gula

Cara:

1. Masak gula bersama air sehingga gula hancur, pekat dan berbuih halus menggunakan api sederhana dan tutup api.

2. Masukan cekodok yang telah di goreng tadi dan goreng sehingga kering dan gula bersalut pada cekodok.

3. Sedia untuk di nikmati.

P/S: Ketika menyira jangan hidupkan api. Ianya untuk mengelakkan gula semakin cair. Insyallah kejadian nya akan menjadi cantik.



SELAMAT MENCUBA!




PISANG GORENG RANGUP.





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi semua.. semoga sihatnya hendak di samping menjalankan tugas harian.
Seperti yang di janjikan SN akan usaha untuk entri sebanyak mungkin resepi yang KIV setahun lama dari masa ke semasa. Memandangkan sekarang SN cuma masak yang simple untuk diet sahaja. Maka nya untuk tahun ini kuranglah resepi untuk di cuba tapi Insyallah SN akan cuba buat yang terbaik.

Berbalik pada kesihatan, SN masih dalam pemantauan dan masih makan ubat tapi dos yang kuat. Mana tidak nya  ahad lepas SN kena  serang lagi,  Ya Allah tak terkata sakitnya..
Rasanya tidak ada apa yang salah di makan cuma sarapan sebiji telur, avocado dan air suam. 20 minit lepas tu perut dah memulas sampai ke hulu hati dengan teruk sekali. Rehat dalam tandas setengah jam berpeluh peluh sampai EN tak keruan. Selesai dari tandas balik ke ruang tv masih lagi sakit dan kali ini SN terpaksa sujud dah tak tahan sakit. Tanpa di sedar menangis semahunya. Bila En nampak SN dah teruk dia dah bersuara kena call ambulan tapi SN tak mahu tetap masih berdegil. 4 jenis ubat dah di makan masih tak jalan.

Akhirnya SN mengalah untuk ke emergency di mana EN dah telefon klinik untuk emergency. Walaupun berjalan terpaksa di pimpin tapi masih boleh berjalan. Bila sampai register apa semua terus masuk. Syukur Alhamdulillah dengan penerangan doktor yang amat jelas membuat SN menangis dan terharu. Di mana doktor menyarankan  untuk terus makan ubat selama 4 minggu dengan menambah dos yang lebih kuat. Mulanya doktor memberitahu lepas setengah jam rehat mereka akan membuat satu ujian di mana kamera akan di masukan ke dalam perut melalui mulut tapi SN tak mahu, serau rasanya. Tapi doktor cakap ini harus untuk kebaikan dan segala tanda tanya akan terjawab. Dalam pada masa yang sama SN di beri ubat untuk berehat selama setengah jam untuk pemantauan. Andai beransur surut sakitnya SN boleh balik tapi kalau tak ada perubahan terpaksa kamera di masukan. Allahu.. menagis tua di buatnya untuk membuat pilihan.

Alhamdulillah.. SN di benarkan balik tapi makan semua kena jaga. Insyaallah.. hingga ke hari ini SN cuma makan bubur dan makan yang mudah di hadam sahaja tapi keinginan nafsu menghantui betul. Bila rasa nak makan itu ini EN dah bersuara hahahaha.. baik juga kan ada yang masih sayang.

OK.. dah panjang lebar SN berceloteh, so SN nak kongsi kan resepi yang sangat mudah dan pasti menjadi kesukaan semua. Goreng pisang rangup versi SN sendiri. Kalau parti goreng pisang memang SN paling suka tak kira salutan nya rangup atau tidak. tapi kalau tepung nyan rangup itu satu nikmat kan? Resepi KIV dan selamat mencuba!


PISANG  GORENG RANGUP
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan

Pisang abu/ tanduk/ kapok secukupnya

Bancuhan tepung
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 sdm tepung kastad
1 biji telur gred B atau C
1/3 cawan air sejuk (peti ais)
2 sdt air kapur 
2 sdt gula pasir
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
2 sdt marjerin yang telah di cairkan

*Minyak secukupnya untuk menggoreng*

Cara:

1. Satukan  bahan untuk bancuhan tepung sehingga sebati.

2. Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga panas.

3. Belah 2 pisang atau terpulang mengikut citarasa sendiri dan celup/ golek dalam bancuhan tepung tadi.

4. Goreng sehingga kekuningan dan balik lagi sebelah sehingga keperangan juga dan garing.

5. Angkat dan toskan atas tisu dapur dan sedia untuk di nikmati.




SELAMAT MENCUBA!


Disember 19, 2018

DONUT KENTANG TERSANGAT GEBU..




ASSALAMUALAIKUM!


Donut kentang gebu dan sangat sedap! 
Inilah yang boleh SN cakap dan donut juga merupakan salah satu kegemaran anak anak dan EN. Sebenarnya SN selalu buat donut tapi kadang mood M melanda nak snap pun malas. Ini yang SN buat beberapa bulan yang lepas.

Kalau past donut SN lebih suka yang original sahaja. Fancy gitu memang tak minat lebih lagi yang ada ganache. Begitu juga EN kalau dia tahu SN buat donut memang siap pesan tak mahu deco deco cukup dengan gula sahaja.

Resepi ni SN olah sedikit dari resepi lama yang sedia ada di blog DISINI. Insyallah walaupun 2 hari ianya kekal lembut.


DONUT KENTANG YANG SANGAT GEBU
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
A.
500g tepung high protein
50g gula halus
50g tepung susu
9g instant yis
2g bakerine plus( tak ada ganti 3/4 sdt double acting baking powder)
1/2 sdt garam halus 

B.
150g kentang - rebus dan lenyek halus
2 biji kuning telur
2 ketul ais + air sejuk = 130-145g (+/-)

C.
50g marjerin




Cara:
1. Masukan bahan B ke dalam BM di ikuti bahan A dan uli hingga sebati.

2. Kemudian masukan  C dan uli sehingga doh lembut elastik.

3. Keluarkan doh,  timbang 30-35g dan bulatkan. 

4. Letak dalam dulang yang telah di tabur tepung. 

5. Rehat doh sehingga separuh kembang dan buat lubang tengah.


6. Rehat kan  lagi selama 20-25 minit. Jangan terlebih kembang nanti doh akan kempis bila di angkat.

7. Boleh di goreng dengan api sederhana. 

*Masukan 1 sdm shortening dalam minyak supaya ianya tidak berminyak*



SELAMAT MENCUBA!

Ogos 23, 2016

KASTAD DAN MIXED BERRY CREPES... wallah sedap!


SELAMAT PETANG SEMUA...
Alhamdulillah craving satisfied itu yang terbaik untuk melunaskan keinginan ya dak? Terjebak juga akhirnya walaupun hanya menggunakan mixed berry. Nak dapat durian memang susah sekali ada pun hanya seminggu sekali saja datang dari thailand itu pun siapa dulu dia lah yang dapat. Sue pernah beli sekali itu pun kebetulan mereka baru keluarkan sayuran yang baru sampai. Rezeki lah kiranya tapi harga ya ampun nanggis dulu tapi dek kerana terlalu ingin pejam mata je. Satu kontena ada 3 ketul  rm40 tapi rasanya memang manis dan sedap juga  isinya kuning tapi bukan musang king. Durian thailand local kata tokey kedai. Tapi sekarang susah nak dapat cuma ada yg frozen saja.

Tak apa lah Insyallah nanti ada rezeki kita buat lah walaupun dapat sekutul 2 crepes. Begitulah fenomena sekarang kalau musim durian semua berebut membeli durian untuk membuat durian crepes dan sebagainya. Itulah yang menjadikan tidak keruan  bila on Fb memang durian crepes lalu lalang di wall.

So... durian tak ada kita buat mixed berry je pun sedap. Sue olah sendiri dengan menambah krim kastad dan menggunakan cream chantilly. Cream chantilly ni takde yang specialnya cuma penambahan gelatin untuk stabilized krim saja kot2  terlebih pukul inya tak cantik. Untuk kulit crepes sue menggunakan 5 jenis tepung hasil dari dapur WATI. Memang sedap sekali lebih lagi krimnya sejuk secukupnya memang tak toleh lagi. Nak cuba jom...


KASTAD DAN BERRIES CREPES
By: Sue Norrman


Kulit Crepes
(Dapat dalam 5 keping anggaran 70ml++ setiap satu crepe. Guna pan 18-19cm)

Bahan-bahan
20g tepung gandum
10g tepung kentang
10g tepung ubi
10g tepung jagung
10g tepung kastad
1 biji telur gred B
1 sdm minyak masak
1 sdm gula pasir
Sedikit pewarna (sue guna sedikit pewarna pink)
Sedikit esen vanilla (sue tambah)


Cara
1) Satukan bahan-bahan sehingga sebati dan kemudian tapiskan.
2) Pastikan buihnya hilang sepenuhnya sebelum membuat crepes. Ianya supaya kejadian crepes licin.
3) Sapu sedikit minyak kedalam pan dan panaskan dengan api sederhana sehingga pan panas. janagan terlalu panas ye.
4) Bila pan dah cukup panas, angakt dari api dan tuang satu senduk adunan crepe anggaran 70ml++ dan terus layangkan supaya rata. tak payah guna sudu untuk meratakan crepe.
5) Letak kembali di atas api dan biarkan ianya masak dan kering permukaannya. Tak payah di balik ye!
6) Angkat dan letak dalam pinggan dan buat sampai habis. Jangan risau ianya tidak akan melekat antara satu sama lain kerana dalam adunan sudah mengandungi minyak Insyallah.
7) Biarkan kulit crepes sejuk dan baru di gunakan.


>>> Ambil sekeping kulit crepes dan pipe krim chantilly. Kemudian pipe lagi krim kastad dan letak jem. Pipe sekali lagi krim dan lipat rapi sebelah menyebelah supaya ianya montok hihihi.. dan lipat lagi sehingga menjadi macam bantal empuk.





MIXED BERRY FILLING
400g mixed berry (frozen)
350g styltsocker (gula khas untuk membuat jem) - SYLTSOCKER 
1 sdm fruktpektin  - FRUKTPEKTIN 
(fruit citrid - ada jual di kedai kek) - ianya untuk menstabilkan jem atau filling.

Cara
1) Masukkan buah yang beku ke dalam periuk dan masak menggunakan api kecil sehingga aisnya cair sepenuhnya.
2) Kemudian masukkan syltsocker dan kacau sebati sehingga gula hancur dan masak selama 7-10 minit.
3) Diikuti fruktpektin dan kacau sebati lagi. Reneh lagi selama 10 minit sehingga masak sepenuhnya dan tutup api.
4) Biarkan sejuk dan masukkan ke daam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.
5) Boleh digunakan untuk kek filling dan boleh tambah air lagi kalau terlalu pekat.

P/S:- Untuk gula khas jem sue tak pasti ada tak yang dah sedia ada di jual tapi boleh ganti dengan gula pasir dan tambah kuantiti fruktpektin 2sdm. Bergantung pada selera masing-masing.


KRIM KASTAD SIMPLE
200ml susu segar
2 sdm gula pasir
1 sdm tepung kastad

* Kacau sebati dan masak atas api sederhana sehingga pekat. Bila dan meletup kecil tutup api.
* Boleh tambah lagi susu kalau kastad terlalu pekat kerana setiap tepung kastad lain  jenama lain kualitinya. 
* Masukkan kedalam piping bag untuk memudahkan di pancit atas krim.



KRIM CHANTILLY
(A)
300ml whipping krim (dairy)
2 sdm rata icing sugar 

(B)
1/2 sdm air suam
1/2 sdt serbuk gelatin (halal)
*Kacau sebati dan cairkan dalam microwave 3-5 saat atau letak mangkuk/ cawan gelatin yang telah di bancuh kedalam air panas supaya ianya kekal cair ketika di masukkan kedalam krim*


Cara
* Pukul bahan A sehingga pekat (jangan terlebih pukul) dan masukkan bahan B yang masih panas dan pukul lagi sehingga kental.
* Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan.


SELAMAT MENCUBA!


20gm tepung gandum 10gm tepung ubi 10gm tepung kentang 10gm tepung kastard 10gm tepung jagung 1 biji telur 1 sudu besar minyak masak 1 sudu besar gula halus 40ml susu cair 150ml air pewarna

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
20gm tepung gandum 10gm tepung ubi 10gm tepung kentang 10gm tepung kastard 10gm tepung jagung 1 biji telur 1 sudu besar minyak masak 1 sudu besar gula halus 40ml susu cair 150ml air pewarna Cara membuatnya : - masukkan semua bahan dalam mangkuk.. sebatikan dengan whisk dan tapis. ( kalau pekat , tambahkan sedikit air ) - saya ikut cara ni je - boleh juga diblender , cuma sedikit berbuih. kena hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan berlubang bila banyak buih - ambil sesenduk kecil , tuang adunan dalam kuali yang dipegang - layangkan kuali agar sekata ( goyang2 je..jgn layang ke bumbung pulak hihi ) - masak atas api kecil sehingga kering , tak perlu terbalikkan - angkat dan susun sehingga sejuk..alhamdulillah..tak melekat walau ditindih tanpa dialas

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
20gm tepung gandum 10gm tepung ubi 10gm tepung kentang 10gm tepung kastard 10gm tepung jagung 1 biji telur 1 sudu besar minyak masak 1 sudu besar gula halus 40ml susu cair 150ml air pewarna Cara membuatnya : - masukkan semua bahan dalam mangkuk.. sebatikan dengan whisk dan tapis. ( kalau pekat , tambahkan sedikit air ) - saya ikut cara ni je - boleh juga diblender , cuma sedikit berbuih. kena hilangkan buih2 tu dulu untuk elakkan crepe akan berlubang bila banyak buih - ambil sesenduk kecil , tuang adunan dalam kuali yang dipegang - layangkan kuali agar sekata ( goyang2 je..jgn layang ke bumbung pulak hihi ) - masak atas api kecil sehingga kering , tak perlu terbalikkan - angkat dan susun sehingga sejuk..alhamdulillah..tak melekat walau ditindih tanpa dialas

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Jun 22, 2016

KARIPAP KENTANG RANGUP


17 RAMADHAN SUDAH BERLALU...
Alhamdulillah... selamat berbuka puasa dan kami masih menunggu waktu untuk berbuka 5 jam dari sekarang. Ramai yang sibuk buat biskut dan kek tapi sue sibuk buat kudapan hihihi.. Insyallah seminggu sebelum raya rasa nanti kita buatlah sebiji 2 kek dan biskut. Karipap kampung yang rangup untuk kudapan berbuka semalam lagi pun sendirian di rumah masak apa je lah kan. Lebihan karipap sue frozenkan nanti bila-bila teringin boleh goreng balik. Resepi yang mudah dan kita kelim cara manual je. Kita bukan pakar tapi untuk membantu yang perlu tunjuk ajar boleh lah dan sambil membaiki apa yang terkurang. Step by step sue sertakan .. Jom..




KARIPAP KENTANG RANGUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan Inti
300g kentang - kupas dan potong dadu kecil. Rebus setengah masak.

(A)
1/2 biji bawang besar saiz kecil - cincang
2 ulas bawang merah - cincang
1-2 ulas bawang putih - tumbuk halus
Minyak secukupnya untuk menumis

(B)
2 sdt serbuk kari (ikan/ayam)
1/2 sdt serbuk cili
1 sdt udang kering - rendam dan tumbuk halus

(c)
1/3 cawan air

(D)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sdt serbuk perasa



Cara

1) Sediakan bahan-bahan untuk menumis


2) Panaskan minyak dan tumis bahan A (bawang merah, besar dan bawang putih) sehingga kuning.


3) Masukkan bahan B, (serbuk kari dan serbuk cili) kecuali udang kering. Kacau sebati sehingga garing dengan api sederhana.


4) Kemudian masukkan udang kering dan tumis lagi dalam 1 minit.


5) Masukkan bahan C, (air) dan kacau sehingga mendidih.


6) Diikuti kentang yang telah direbus dan kacau rata.


7) Bila dah sebati dan empuk masukkan bahan D, (garam, gula dan serbuk perasa). Kacau lagi dan rasakan secukupnya. Boleh lah di tutup api (Lebihkan manis sikit untuk inti ye!


8) Salin kedalam mangkuk dan biarkan sejuk.



UNTUK KULIT KARIPAP
Bahan-bahan
(A)
250g tepung gandum
1 sdt gula pasir
1/2 sdt garam

(B)
100ml  (+-)  air sejuk petiais

(C)
1 1/2 sdm marjerin/ mentega
3/4 sdm minyak masak
*panas kedua bahan sehingga mentega cair*



Cara

1) Satukan bahan A kedalam mangkuk besar untuk mudah menguli doh. Kemudian masukan bahan B, air ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.


2) Beginilah kejadiannya seperti serbuk roti ye.


3) Tuang bahan C yang telah dicairkan ketika masih panas dan kacau dengan senduk kayu sehingga sebati dan suam. 


4) Uli sehingga lembut dan bentuk menjadi doh. Bungkus dengan plastik lutsinar dan rehatkan 10 minit.


5) Doh yang telah direhat tadi di potong tiga untuk memudahkan untuk digiling.


6) Tabur sedikit tepung pada permukaan papan canai, Ambil satu doh dan giling dalam 2-3 mm tebal.


7) Terap menggunakan ring mould terpulang pada saiz yang disuka.


8) Ambil sekeping dan giling lagi untuk membesarkan doh. Sebaiknya giling memanjang sedikit supaya cantik selepas di kelim.


9)  Ambil 1-2 sdt inti tadi dan letak di tengah doh yang telah di giling dan tindih rapi sama rata.


10) Beginilah hasilnya selepas ditindih/ lipat dan picit sedikit di hujung supaya ianya bercantum dan nipis untuk memudahkan mengelim.


11) Ok... picit sedikit di penjuru doh seperti cuping dan lipat seperti gambar di atas.


12) Ulang langkah yang sama seperti dalam bulatan diatas. Part mengelim ni sue pun tak berapa pandai tapi belajar dari pengalaman. Insyallah kalau salah tolong tunjuk kan! Kita tak ambil hati malah membina untuk masa depan.


13) Beginilah seterusnya picit macam cuping dan lipat sampai habis.


14) Bila dah siap beginilah rupanya.. Kelim masih belum kemas dan banyak yang harus diperbaiki tapi boleh lah dari tak pandai kan? hihihi...


15) Ulang langkah yang sama dari no 8- 14 sehingga habis. Letak atas talam dan lapik dengan kertas kek atau boleh aje tabur sedikit tepung supaya tidak melekat.

16) Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng dan goreng dengan api sederhana yang betul-betul panas. Goreng sehingga kuning.
*Kalau nak frozen goreng sehingga kering sahaja permukaan kulitnya dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dibungkus dan di beku*


SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...