Alhamdulillah.. Donut yang sangat sedap dan gebu. Kali ni Sue campurkan kentang untuk suka-suka dan ternyata ianya menjadi lebih gebu dari biasa. Donut ni Sue selalu buat dulu untuk makan anak-anak dan frozen buat stok. Teksturnya seakan sama macam yang jual di supermarket disini. Ianya ada 2 jenis, satu yang biasa dan satu lagi pun mereka panggil donut tetapi bulat dan ada filling.
DONUT KENTANG YANG SANGAT GEBU
Resepi: Buku pelbagai jenis kuih (Chinese)
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
300g tepung roti
100g tepung gandum
40g gula pasir
30g tepung susu
11/2 sdt instant yis
1 sdt double acting baking powder
(B)
150g kentang - rebus dan lenyek (Sue tambah)
1 biji kuning telur (Sue guna 2 biji kuning telur sahaja)
110 ml air sejuk petiais
2-3 ketul ais batu
(C)
30g marjerin
1/2 sdt garam
Gula secukupnya untuk menggolek donut selepas digoreng.
Cara
1) Satukan bahan (A) sebati dan masukan bahan (B) satu persatu dan uli rata.
2) Kemudian masukan bahan (C) dan uli lagi hingga elastik.
3) Rehatkan doh selama 15 minit. Kemudian tumbuk doh untuk membuang angin dan timbang 30g setiap satu.
4) Sediakan talam dan tabur sedikit tepung. Bulat-bulatkan semua doh dan rehatkan lagi selama 30 minit. Tutp permukaan dengan kain supaya tidak terlalu kering.
5) Bila doh dan naik, tekan dengan jari supaya pepeh dan bolehlah di lubangkan menggunakan penutup botol atau menggunakan jari sahaja.
*Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga panas. Sue campurkan 1 sdm shortening untuk menggelakan minyak cepat hangus*
6) Rehatkan lagi selama 10 minit dan bolehlah digoreng. Pastikan warna sudah keperangan baru di balik untuk mendapat ring putih di tengahnya.
7) Biarkan suam dan boleh lah digolek dengan gula.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
5 ulasan:
Saya suka makan donut ni.tapi belum cuba resepi sue yang menggunakan kentang.Nampak gebu dan sedap.thank you for sharing marvelous recipe...Teruskan kongsi pelbagai resepi menarik di masa akan datang ya sue...
Saya suka makan donut dan kadang kala membuat nya sendiri di dapur. Tapi resepi sue ni agak baharu lagi iaitu donut kentang.saya pasti akan membuat nya selepas ini.Thank you for sharing this marvelous recipe. .Kongsi resepi lain lagi ya sue..
You're welcome sis. Boleh cuba memang gebu.
Assalam.. Akak sue...Q dah cuba resepi akak...yummy...terbaik...sedap sangat... Anak2 req buat lagi...x rugi mencuba...gebu sangat..yerima kasih resepinya...
Alhamdulillah.. Terima kasih sudi mencuba.
Catat Ulasan