September 20, 2015

AYAM PANGGANG MASALA BERSAMA SOS EPAL DAN NANAS


Ayam panggang masala ni menggunakan isi dada sahaja memandangkan mereka ni makan ayam tak suka yang bertulang. Manakala garam masala ni Sue guna yang dari India pemberian kawan suami ketika suami Sue ada tugasan di India. Banyak stok rempah ratus dan kari yang dia bagi tapi ada juga rempah yang Sue tak tahu nama pasal nya dalam tulisan tamil LOL.
Resepi pun Sue dapat dari isteri kawan suami yang siap dah di translate dalam english. Biasalah tulisan mereka susah nak faham tapi bersyukur kerana masih ada lagi yang sudi berkongsi resepi temurun mereka. Sini Sue panjangkan lagi untuk di kongsi bersama.

AYAM PANGGANG MASALA
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ayam- potong 4-6.  Cuci bersih dan toskan
1 sdt serbuk bawang putih
1 sdt serbuk chili (Sue ganti serbuk cayenne)
1-2 sdm serbuk garam masala
2-3 sdm tairu (Sue ganti sour cream)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt lada hitam
1 sdt serbuk jintan putih
1 biji lemon- parut kulit
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sdm ghee 

Cara 
1) Satukan semua bahan-bahan dan masukan ayam. Peram sekurang-kurangnya 2 jam dan bolehlah di panggang.
2) Ketika memanggang sapukan sedikit campuran ghee dan minyak zaitun supaya ianya tidak kering dan aroma yang wangi.


SOS EPAL DAN NANAS
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
300ml creme fraiche (Tak tahu di Malaysia ada atau tidak. Boleh tengok rupanya DISINI )
200ml sour cream
1 sdm mayonis
1 sdm mustard
5 keping nanas dalam tin - cincang
1/2 biji epal merah - dadu halus
1/2 biji epal hijau - dadu halus
1/2 biji bawang bombay - cincang
50g bostongurka (Kalau tak ada ganti jeruk timun dalam botol dan cincang halus)
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara
Satukan semua bahan-bahan hingga sebati dan sejukan dulu sebelum dimakan. Sos ni boleh dijadikan salad dressing atau apa-apa yang bersesuai mengikut citarasa sendiri.

SELAMAT MENCUBA! 

KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...