Alhamdulillah.. Memang sedap dan tak rugi mencuba. Manakala cream nya resepi Sue sendiri menggunakan kastad dan cheese. Kombinasi rasa yang cocok gitu hihihi.. Rasanya lama tak buat cream puff tapi biasa buat edisi puff yang lembut Kali ni Sue ubah selera guna yang crispy. Insyallah akan dibawa bersama untuk potluck grill petang karang. Resepi choux Sue ambil dari Youtube je. Yang penting mudah dan sedap!
CRISPY CREAM CUSTARD CHEESE PUFF
Resepi: Youtube
Oleh Sue Norrman
CHOUX PASTRY
Bahan-bahan
(A)
200ml air
75g mentega
Secubit garam
1 sdt gula (Sue tambah)
(B)
130g tepung gandum
(C)
3 biji telur B- pukul hancur sebati saja
Cara
* Panas oven pada suhu 200 degrees api atas bawah. Bergantung pada oven masing-masing*
1) Didihkan bahan (A). (Seeloknya guna air panas dan sukat). Bila dah mendidih tutup api terus masukan bahan (B).
2) Kacau sebati dan hidupkan api lagi sekejap dan masak dalam 3 minit.
3) Salinkan kedalam bekas dan terus putar guna mixer elektrik dalam 3 minit dengan kelajuan sederhana.
4) Masukan bahan (C) dan putar lagi dengan kelajuan sederhana dan bila telur dah sebati tukar ke speed laju dan putar dalam 5 minit hingga sebati dan berkilat.
5) Masukan kedalam piping beg. Sedia dulang pembakar dan letak kertas kek. Pipe ikut suka besar mana dan spray dengan air sedikit permukaan choux.
*Tukar setting oven lagi kepada api bawah sahaja*
6) Bakar 25 minit hingga betul-betul nak dan keperangan. Tutup suhu oven dan biarkan choux didalam dalam 5-10 minit lagi tamnpa menghidup suhu.
7) Bolehlah dikeluarkan dan sejukan atas radai.
CUSTARD CHEESE CREAM
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
200ml susu cair/segar
2 biji telur B
1 sdm tepung kastad (Sue guna jenama bird's)
1/2-1 sdm tepung gandum
1 sdt esen vanila
100-120g gula pasir (Ikut kemanisan sendiri)
(B)
100g krim cheese- suhu bilik
100ml krim putar/double krim
Cara
1) Satukan bahan (A) dan kacau rasa dalam periuk terlebih dahulu.
2) Kemudian masak atas api sederhana hingga pekat dan tutup api. Ketepikan biar sejuk.
3) Bila dan sejuk putar kastad tadi mengguna mixer hingga sebati lagi supaya tidak berketul bila dimasukan cheese nanti.
4) Dalam bekas lain, Putar bahan (B)- cheese dahulu hingga sebati dan masukan krim putar. Putar menggunakan speed sederhana hingga pekat dan masukan kedalam kastad tadi.
5) Putar lagi sekali hingga menjadi krim. Sejukan dahulu atau boleh digunakan segera.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM