Ogos 20, 2015

APAM BERAS SEDAP DAN GEBU


Seminggu dah sebenarnya teringin nak makan apam nasi@ apam beras tapi nak buat takut tak habis. Sendirian dirumah sayang pula takut membazir. kebetulan semalam jiran datang kerumah dan menjemput Sue datang join mereka grill petang nanti. Biasa kami memang macam tu dan semua potluck. Tak join tak sedap pula rasa hati tapi memang Sue tak makan apa yang depa panggang. 
Sue ikut serta dan makan kek, minun teh dan ikut sembang je hihihi.
Bila dah tau berapa orang join Sue pun terfikir nak buat apam. Depa ni makan tak memilih dah apam ni memang sedap dan gebu. Kelapa pula Sue guna yang fresh dan parut sendiri. Alhamdulillah Banyak juga jadinya sebab sue buat 11/2 adunan. Malam tadi siap-siap masak nasi dan selepas subuh terus blend semua dan perap. Resepinya Sue cedok dari dapur kak AZIE.



APAM BERAS
Sumber: AZIE KITCHEN
               IZZAH MUFFIN LOVER
Oleh: Sue Norrman

 Bahan-bahan
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Pewarna - merah dan hijau

Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.

Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang disukai  dan biar sebentar.

Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit  dengan api kuat.

Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...