Salam 11 Ramadhan!
Apa khabar sahabat SN? Seperti biasa rutin harian yang tidak dapat di elakkan adalah memasak untuk berbuka. SN pun tak terkecuali cuma masak tak banyak hanya untuk makan berdua. Semalam SN makan salad sahaja dengan hot chocolate dan Suami SN makan creamy chicken dengan kentang rebus. Tiada yang special untuk berbuka semuanya masakan biasa saja.
OK...Sapa suka makan muffin pisang angkat tangan!! SN apa sahaja yang berkaitan dengan pisang memang faveret sepanjang masa hehe.. Rasanya lama tak makan muffin starbuck so semalam SN olah sendiri untuk mendapatkan tekstur dan rasa ala starbuck gitu. Alhamdulillah 'Muffin Pisang Coklat' yang SN buat semalam menjadi dan suami SN puji sedap dan moist. Kembang kempis hidung LoL.
Rasanya kalau dah semalaman lagi moist kan? Tak apa nanti berbuka kita try lagi. Pada yang nak mencuba boleh cuba untuk seisi keluarga dan jamuan. Insyallah sedap!
MUFFIN PISANG COKLAT GEBU
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
340g tepung kek/ gandum - ayak halus
1 1/2 sdt serbuk penaik
1/2 sdt baking soda
3/4 sdt garam halus
150g gula halus/ kaster
40g brown sugar
(B)
220 ml air suam kuku
70g air sejuk (bukan dari petiais) - suhu bilik
Sedikit esen pisang
(C)
70 ml minyak jagung
70 g mentega/ marjerin - cairkan mendidih
(D)
1 biji pisang embun - potong dadu kecil
40g coklat chips atau coklat masakan cincang halus
Cara
- Panaskan oven pada suhu 200 degrees api atas bawah selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu pasa 180c untuk membakar muffin.
- Satukan bahan A dalam bekas dan masukkan bahan B satu persatu sehingga dan kacau sebati. (guna spatula sahaja)
- Kemudian masukkan bahan C dan kacau sebati lagi.
- Sediakan muffin paper dalam loyang atau muffin mould.
- Masukkan bahan D dan kacau sebati dan terus kaup ke dalam muffin paper.
- Bakar selama 30 minit sehingga masak. bergantung kepada oven masing-masing.
P/S: 1- Pastikan muffin paper di sediakan terlebih dahulu baru masukkan pisang dan coklat ke dalam adunan. Ianya untuk mempastikan pisang tidak hancur.
2- SN guna tray bawah sekali untuk meletakkan loyang muffin ketika membakar.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM