Oktober 30, 2015

PUDING ROTI CHEESE DURIAN


Semalam Sue buat puding roti hasil cipta Sue sendiri. Sayang tengok roti yang Sue buat 4 hari lepas dan timbul idea nak buat puding bercheese. Dan terfikir juga kalau di buat sekali kastad campur durian pasti sedap.
Alhamdulillah.. Sebenarnya tak rugi mencuba yang penting kena kena pasti bahan-bahan, sukatan dan kaedah nya. Semalam bila Sue buat memang di tulis banyak mana bahan-bahan yang di guna dan kejadian yang amat memuas hati. Memamg tak makan nasi semalam dah kenyang 2 bekas kita makan sorang hihihi..
Puding ni kalau betul-betul sejuk memang sedap dan kastad nya Sue tak buat pekat, ala brulee gitu dan menggunakan gelatin untuk tidak keras. Sini Sue kongsikan resepinya ye.. Semoga dapat di manfaatkan bersama.


PUDING ROTI CHEESE DURIAN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
5 keping roti putih/ tawar/ butterscotch- Buang tepi
250 ml susu segar/ susu cair
* Racik-racikkan roti dan rendam, dalam susu hingga kembang*

(B)
50g mentega - suhu bilik
100g cream cheese
50g gula halus (nak manis tambah lebih)

(C)
3 biji telur B
60 ml whipping krim
50g cheddar parut

Cara
*Panaskan oven pada suhu170-180 degrees. Kaedah steam bath*
1) Kisar halus bahan A dan ketepikan.
2) Pukul sebati bahan B, jangan kembang ya cukup sebati sahaja. Seeloknya menggunak hand whisk sahaja.
3) Masukan bahan C- telur dahulu satu persatu sehingga sebati dan masukan bahan selebihnya. Kuar rata dan masukan roti yang di kisar halus tadi. Sebatikan.
4) Sediakan remikin atau casserole dan letak dalam loyang besar dan tinngi supaya mudah untuk meletak air. Seeloknya guna kaca kerana kalau menngunakan loyang ianya melekat. Tuang adunan dan bakar selama 45 minit -1 jam bergantung pada oven masing-masing.
* Untuk memastikan ianya sudah cukup masak bila permukaan dan berkedut dan tidak mengembang lagi*
5) Biarkan suam baru tuangkan kastad durian di atasnya dan biarkan sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4-5 jam.


KASTAD DURIAN
Bahan-bahan
(A)
200ml susu cair/ segar
50 ml whippiing krim
2 sdt tepung kastad
1 sdt tepung gandum
2 biji kuning telur
100g gula pasir (Tak nak manis kurangkan tapi sukatan ni tak berapa manis)
3 sdm puree/ isi durian 
Sedikit pewarna kuning

(B)
2 sdt gekatin + sedikit air - cairkan double boiler

Cara
1) Satukan bahan A dalam periuk dan sebatikan. Masak menggunakan api kecil sehingga naik mendidih dan naik wap.
2) Tutup api dan biarkan suam sekejap dan masukan gelatin dan kuar sebati. (jangan dimasak lagi ye dan pastikan gelatin cair ketika menunag ke dalam kastad)
3) Tuang atas puding tadi dan biarkan sejuk suhu bilik dan masukan kedalam peti sejuk.
4) Tabur sedikit cheddar bila nak makan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Homemade Cendol Dan ABC


Alhamdulillah.. melangsungkan hajat yang lama tertangguh. Lama dah nak makan ABC tapi kehabisan tepung ubi dan di Thai store pun tak ada stok. Ni bila dah cukup bahan baru dapat buat. Walaupun ABC tak semewah macam di Malaysia tapi syukur dapat melepaskan kempunan.
Resepi cendol Sue ambil dari youtube. Yang lain macam biasa tapi Sue guna Gula apong dan kordial vimto untuk mendapat rasa yang lebih sedap.




HOMEMADE CENDOL                                                        
Resepi/ Sumber: Youtube
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan                                                                  
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1sdm tepung hoen kwee (Sue tambah)
1 sdm gula
1 sdt pandan paste + sedikit pewarna hijau

Cara
*Sediakan air + ais batu dalam bekas*
1) Bancuh sebati baha-bahan dan masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan meletup kecil. Tutup api.
2) Masukan kedalam acuan maruku atau pengukus yang lubang halus. Tekan atas air batu dan biarkan 1 jam.
3) Sedia untuk digunakan dan kalau hendak menyimpan selebihnya letalkan sedikit air supaya cendol tidak kering/melekat.


BAHAN ABC
(Anggaran sendiri banyak mana nak guna)
 
Cendol
Kacang merah/ kidney bean (Sue beli yang sudah siap dan masak lagi dengan gula supaya manis)
Cincau
Jagung manis
Selasih - rendam dengan air biar kembang
Sagu yang sudah di masak
Susu cair
Sirap vimto/ Greenadine
Gula apong/ melaka untuk manis 

SELAMAT MENCUBA! 


KRAM





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...