Translate

Januari 27, 2016

IKAN SALMON BERSAMA AVOCADO DAN MANGO SALSA


SELAMAT PAGI SEMUA..
Alhamdulillah sekarang cuaca disini beransur positif tidak macam minggu lepas. Harap-harap tidak turun salji lagi. Seperti biasa menu yang simple ala western untuk dinner kami semalam. 
Kalau dulu tidak makan nasi memang tidak sah tapi sekarang bila duk asyik masak western perut pun serasi. Seminggu 1-2 kali je masak nasi dan selainnya kentang lah jawabnya. nak masak lebih rasa tak larat pasal balik sekolah dah lewat masak apa yg mudah je. 
Kebiasaan ikan salmon ni sue grill dalam pan je dan semalam sayang tengok mangga dan avocado dah berkerut kulitnya dalam peti sejuk. Kita buat salsa je untukmpendamping dengan salmon. Wallah.. sedap! Nak mencuba jom kita tengok resepi..

IKAN SALMON BERSAMA AVOCADO DAN MANGO SALSA
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
2 keping ikan salmon (fillet)
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Sedikit kosher salt
Minyak zaitun secukupnya

Cara
1) Panaskan minyak zaitun dengan menggunakan api sederhana dan masukan ikan salmon.
2) Tabur lada hitam dan garam. Biarkan ianya masak seketika sehingga ianya tidak melekat.
3) Kemudian balikkan lagi supaya permukaan ikan masa serata. Biarkan keperangan dan angkat.
*Jangan masak terlalu lama nanti tekstur isi ikan menggeras. anggaran masak dalam 10-15 minit bergantung pada saiz ikan. Kalau nak cepat tutup pan supaya wap tidak keluar dan ianya cepat masak.*


AVOCADO DAN MANGO SALSA
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1-2 biji tomato - kisar kasar dan jangan tambar air.
1/2 biji avocado - potong dadu kecil/ cincang
1/2 cawan manga yang telah di cincang/ dadu kecil
1 biji cili merah - buang biji dan cincang
1/2 sdt parytan kulit lemon
1-2 sdm daun ketumbar - cincang halus 
1-2 sdm jus lemon - terpulang kalau nak masam tambah lebih
2 biji bawang merah - cincang halus
Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sdm minyak zaitun

Cara
Satukan semua bahan sehingga sebati. Rasakan masam dan masin serta manis sedikit secukupnya. Sedia untuk di sajikan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...