Cerita semalam tak sempat nak entri.. Teringin nak makan talam gula apong. Biasa kita dengar talam gula melaka atau gula merah tapi kali ni Sue guna gula apong. Gula apong cuma terdapat di Sarawak yang asal nya dari nira pokok apong. Satu kelaziman untuk orang Sarawak memasak atau kuih muih menggunakan gula apong.
Resepi asal dari sahabat sue ketika kami sama-sama bekerja dengan sepupu sue di kafeteria Politeknik matang. Lepas tu dia kawin dengan adik tiri sepupu Sue pula so nak senang cerita kira saudara juga lah kan..
Untuk kuih muih tradisional Sarawak keluarga ini memang tak asing dengan kehandalannya. Resepi di warisi dari ibunya yang memang menjual kuih muih dari dulu lagi. Sue mengenali dia 23 tahun yang lalu dan bayangkan resepi asal dari ibunya so setengah abad lebih usia resepinya. Sekarang dia yang berniaga buat jualan dan mengambil tempahan.
Resepi yang ringkas, tak banyak bahan-bahan dan yang pasti memang sedap!! Dek kerana lama tak berjumpa so kakar ipar Sue yang selalu merujuk apa-apa resepi yang di ingini dan di panjangkan kepada Sue. Sini Sue panjangkan lagi untuk semua dengan izin pemiliknya.
Juga penukaran tepung Sue derhaka sikit memandangkan tepung yang sebenarnya digunakan tidak terdapat disini.
Tak percaya sila cuba dan pasti puas hati. Resepinya dah bertahkta di hati sue sekian lama dan Insyallah kalau nak buat talam yang lain mungkin ada penambahan sikit pada jenis tepungnya akan tetapi ini adalah basic kuih talam yang gerenti sedap. Sue buat setengah adunan Sahaja dari Resepi asal di bawah dan guna loyang 8".
Terima kasih Ya Sahabat..Semoga rezekimu di limpahi dan diberkati..
KUIH TALAM GULA APONG
Resepi: Timah
Sumber: Saptuyah(kakak ipar)
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
3 gelas tepung beras
11/2 gelas tepung kanji (Sue guna tepung ubi)
8 gelas santan pekat
400g gula apong (Sue tambah 50-100g gula pasir)
sedikit gula dan garam
(Guna gelas yang sama untuk sukatan santan dan tepung)
(Guna gelas yang sama untuk sukatan santan dan tepung)
Cara
*Panas kukusan terlebih dahulu dan lapik dengan kain pada penutupnya*
1) Ambil 3 gelas santan dan di bancuh dalam tepung- ketepikan.
2) Lebihan 5 gelas santan tadi di masak tapi jangan sampai pecah minyak.
3) Tuang santan yang di masak tadi ke dalam bancuhan tepung. Kuar sebati dan bahagi kepada 2 bahagian.
4) Satu bahagian masukan sedikit garam dan gula. Satu bahagian lagi masukan gula apong dan kuar hingga gula larut dan tapis.
5) Sapu sedikit minyak dalam loyang dan lapik dengan plastik untuk memudahkan di angkat keluar dari loyang.
6) Kukus putih dahulu selama 15 minit dan kemudian kukus pula adunan gula apong. Ketika mengukus gula apong tutup loyang dengan aluminum dan kukus lagi dalam 20-25 minit.
7) Sejurus tempoh tamat terus bukan kan aluminium supa air tidak menitik pada permukaan kuih. Biarkan sejuk betul-betul baru dipotong.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM