Disember 22, 2015

DAIM SOFT COOKIES YANG SEDAP


Salam sejahtera semua! Pagi ni kita entri awal nanti petang nak keluar beli barang. Biskut ni sue buat malam tadi dan merupakan salah satu biskut yang paling sue suka. 
Ranggup di luar dan lembut pada tekstur dalamnya. Bahan-bahan pun tak banyak dan mudah sekali. Topping nya sue letak coklat daim dan bila dan sejuk coklatnya menjadi crunchy. 
Sebenarnya boleh aje letak apa coklat atau jem yang kita suka tapi sue lebih suka letak daim.
Kalau nak rasa kena buat tau! dan pasti tak menghampakan. Lebih syiok bila jadi kudapan depan tv sekejap je habis.


DAIM SOFT COOKIES
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
350g mentega - cairkan dan biarkan sejuk seketika.

(B)
350g tepung gandum
2 sdt serbuk penaik
2 sdm tepung susu
1/2 sdt gula vanilla - kalau tidak ada boleh skip
150g gula kaster 

Coklat daim -. patah kecil untuk topping
Papercup secukupnya

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200C bergantung pada oven masing-masing*
1) Satukan bahan B dan tunag bahan A. kuar sebati dan rata.
2) Ambil doh sebesar bola pingpong atau kecil sedikit dan bulat-bulatkan. Masukan kedalam papercup.
3) Letak coklat daim di atas doh dan bolehlah di bakar selama 10-15 minit api atas bawah.

* Biskut bila dah masak memang lembut dan biarkan sejuk baru ianya garing di luar*

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


KUIH TALAM PANDAN YANG LEMBUT


Alhamdulillah... kejadian yang sangat memuas hati dan rasa yang cukup lemak dan lembut. Ini hasil eksperimen kita malam semalam. Teringin nak makan kuih talam pandan yang lemak dan sue cuba olah sendiri dengan sedikit basic yang sedia ada DISINI.
Walaupun menggunakan daun pandan frozen rasanya masih segar dan sue tambah pewarna dan sedikit pandan paste lagi untuk mencantikkan warna hijaunya.
Memandangkan kita berdua je di rumah so sue buat dalam kuantiti sikit tapi bila dan masuk santan apa semua menjadi banyak juga. Seeloknya menggunakan loyang 9 inci supaya tak terlalu tinggi. Sue guna loyang 8 inci dan agak tinggi dan tak berapa menarik..



KUIH TALAM PANDAN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan (Loyang 9 inci)
Lapis bawah (putih)
1 gelas tepung beras
3/4 gelas tepung ubi
1 sdt gula
1/2 - 1 sdt garam - rasa masinnya terlebih dahulu
1 gelas santan cair - untuk bancuhan dalam tepung 
2 1/2 gelas santan pekat - masak mendidih sekejap. (Jangan sampai pecah minyak.)

Lapis atas (Pandan/ hijau)
1 gelas tepung beras
1/2 gelas + 2 sdm tepung ubi
3 sdm tepung hoon kwee (putih atau hijau)
200g gula pasir/kaster -  agak-agak ye sebab sini gula nya tak manis so sue guna dengan kuantiti yang cukup rasa.
5 helai daun pandan + 100ml air - kisar dan ambil jusnya.
1gelas santan cair - untuk bancuhan dalam tepung
2 gelas santan pekat -  masak mendidih sekejap. (Jangan sampai pecah minyak.)
Sedikit pewarna hijau
Pandan paste sedikit kalau suka

Cara
*Panaskan pengukus terlebih dahulu*
1) Lapis bawah - Sebatikan tepung, garam dan gula bersama santan cair. Kemudian masukan santan yang telah di masak dan gaul sebati. (adunan memang agak pekat ye jangan tambah air lagi). Sapu loyang dengan sedikit minyak dan lapik dengan plastik. Sapu lagi sedikit minyak atas permukaan plastik dan tuangkan bancuhan tepung tadi. Letak surat khabar atas permukaan pengukus atau bungkus dengan kain pada penutup pengukus. Kukus selama 15-20 minit dan bolehlah membuat adunan lapis atas.
2) Lapis atas - Cara bancuhan yang sama seperti lapis bawah dan kukus selama 25-30 minit sampai masak.
3) Setelah kuih masak harus disegerakan membuka penutup supaya air tidak menitik pada kuih. Biarkan sejuk sepenuhnya dan bolehlah di potong.

*Kalau cara sue lebih suka mengguna surat khabar agak tebal dan ianya serap wap dan air tidak lambat menitik*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM




"Selamat Hari Raya Maaf zahir & Batin"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...