Memaparkan catatan dengan label BISKUT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BISKUT. Papar semua catatan

Jun 17, 2017

Biskut Chocolate Chips rangup dan sedap!


Assalamualaikum!!

Bertemu kembali kita pada hari ni so SN nak kongsi resepi all time favourite cookies yang wajib ada pada hari raya.
Resepi yang sangat mudah dan my very own recipe yang dah di guna pakai lebih 10 tahun yang lalu. Cookies ni juga yang SN buat jualan raya, christmas dan tahun baru cina setiap tahun dan last SN ambik order pada tahun 2011 sebelum SN berhijrah ke Sweden.

Juga cookies yang paling anak anak SN suka dan anak SN yang ke 2 juga sulung perempuan yang selalu tolong SN buat bila tempahan. Sekarang Yazmeen menyambung minatnya dan mengambil diploma dalam bidang Pastry di Cilantro Culinary Acedemy, Subang. Tak terasa kan masa berlalu dan sekarang yazmeen dan berumur 20 tahun. Alhamdulillah sekarang Yazmeen berada di Kuching dan praktikal di Hilton Kuching selama 6 bulan, Insyallah habis pada bulan september. 

Cerita pasal cookies ni..1 balang anak anak SN boleh habis kan sehari je tau.. memang sangat rangup dan sedap. Buat apa biskut lain pun memang yang satu ni menjadi pilihan mereka. Kalau nak cuba sempat lagi ni sebelum hari raya. Insyallah menepati citarasa dan tak manis. Cookies ni SN buat semalam pasalnya boring sendirian di rumah so membaking lah jawabnya. Suami SN  travelling ke Houston pagi semalam dan balik pada hari Khamis minggu depan, Insyallah dan akan terbang kembali ke Myanmar pada hari selasa selepas hari raya. Begitulah rutin pekerjaan tapi apa nak buat kan itu dah tugas dan tanggungjawab. Bila EN tak ada di rumah memang tak masak sekadar masak yang simple lebih lagi bulan puasa memang malas teramat... 

Nak resepi tak??  Mai tengok..


BISKUT CHOCOLATE CHIPS
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
160g mentega
50g icing sugar/ gula perang

(B)
1 biji telur gred c

(C)
200g tepung biskut/ tepung gandum - ayak halus
1/3 sdt baking soda/ soda bicarbonate
1/4 sdt emplek - untuk merangup biskut
2 sdm milo/ vico/ coklat + 1/3 sdt serbuk nescafe - bancuh dengan 1 sdm air panas

(D)
100g coklat chips
1/2 cawan kismis hitam atau kuning
1/4 cawan kelapa kering 
Sedikit almond slices - bakar sekejap
Sedikit butter oil/ esen vanilla atau butterscotch paste - boleh guna mana yang suka.

Cara
  1. Pukul bahan A sehingga kembang dan putih berkrim.
  2. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit satu persatu dan kacau guna senduk kayu sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan C dan uli sebati lagi. Rehatkan 15 minit dan tutup bekas dengan kain.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 170 celcius api atas bawah selama 10 minit dan turunkan suhu pada 150 celcius.
  5. Sediakan loyang secukupnya dan lapik dengan kertas minyak. Ambil satu sudu teh doh biskut dan letakkan di atas loyang. Buat secukupnya dan jangan terlalu rapat.
  6. Bakar selalam 15 minit bergantung pada oven masing masing atau boleh lanjutkan lagi 5 minit sehingga keperangan.
  7. Keluarkan dan bakar selebihnya  sehingga habis.
  8. Sejuk sepenuhnya dan boleh di simpan ke dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!

Ogos 13, 2016

TART EPAL CHEESE - melt - in - mouth


Semalam bila terpandang pokok epal belakang rumah tetiba teringin nak makan tart nanas. Tapi sedihnya nak buat jem,  nanas pula semua mahal dan masih hijau. Craving punya pasal sue pergi petik epal tepi rumah cukup untuk buat jem saja. Alhamdulillah nasib baik lah epal dah boleh di makan dan tak rasa kelat di lidah. Nak perabis memang tak mampu sebabnya buah epal banyak sekali. Sekarang buah tepi rumah semua dah boleh makan terutama buah plum. Walaupun comel tapi manis sekali terutama plum yang warna kuning.




Insyallah september nanti dah boleh harvest semua epal nak buat jem dan sedekah. Nanti ada masa sue ambik gambar ye hihihi..
Berbalik pada tart terutama tart nanas ianya salah satu cookies favorite sue. Dulu tiap kali raya memang tak pernah mis tart nanas tak kira buat sendiri atau beli. Kali ni sue nak share pulak resepi tart melt - in - mouth yang sedap. Penggunaan kuning telur rebus yang menjadikan ianya sepur dan gebu. Kebiasaan ada yang menggunakan kuning telur saja dan ada juga yang menggunakan telur sebiji. Tapi.. kalau nak cuba satu kelainan dan rasa yang mulus dalam mulut boleh cuba resepi sue.

Resepi sue olah sendiri zaman berniaga dulu. Asalnya ilham dari keenakan biskut cincin yang hanya menggunakan kuning telur rebus sebagai bahan asas dan sue cuba olah menggunakan bahan yang sama cuma ada penambahan sedikit. Alhamdulillah ianya sedap dan anak-anak suka makan dan pasti tart ini raya ketiga memang dah habis... Dengan menggunakan epal filling ni pun sedap juga dan rasanya maintain...





TART CHEESE EPAL
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
250g mentega
2 sdm ghee
3 sdm gula icing

(B)
2 kuning telur - hancurkan (ambil kuning nya setelas di rebus)
1 biji kuning telur  gred A
1/2 sdt esen vanilla

(C)
1 sdm cheddar parut
2 sdm tepung susu
2 sdm tepung kastad
1/3 sdt garam
350g tepung gandum/ tepung biskut
(tambah sikit-sikit kalau adunan masih melekat di tangan)

(D)
2 biji kuning telur + sedikit pewarna kuning untuk sapuan atas tart
Inti epal secukupnya - bulat kecil anggaran 5-7g

Cara
1) Bahan A - Kacau rata menggunakan senduk kayu sehingga sebati dalam 3-4 minit.
2) Kemudian masukkan bahan B dan kacau lagi. (Adunanan mentega jangan di pukul kembang.)
3) Masukkan bahan C sedikit demi sedikit sehingga ianya tidak melekat pada tangan. Kalau doh masih lembik dan melekit pada tangan tambah lagi sedikit tepung gandum sehingga ianya boleh di bulat.
4) Bila dah siap timbang doh seberat 20g supaya ianya tidak terlalu besar.
5) Bulatkan doh, buat lubang dan isikan inti epal dan tutupkan kembali. Susun aatas loyang yang di lapik dengan kertas kek.


6) Buat sampai habis dan sapu dengan kuning telur.
7) Bakar pada suhu 160 -170 celcius selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga tart masak.





EPAL FILLING




Bahan-bahan
 (A)
4 biji epal - merah atau hijau terpulang - parut halus
1 batang kulit kayu manis 

(B)
200 -  250g gula pasir
Sedikit pewarna hijau


Cara
1) Masak bahan A sehingga epal hancur dan mengeluarkan air menggunakan api kecil.
2) Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
3) Masak sehingga gula larut dan likat. Kacau selalu takut hangus dan bila nampak dah berkilat boleh tutup api.
4) Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti sejuk supaya senang untuk di bulatkan.

 SELAMAT MENCUBA!



KRAM








Jun 30, 2016

BISKUT KELAPA BADAM


Sekarang semua tengah demam biskut untuk menyambut lebaran akan datang tidak lama lagi. Kita di perantaun ini pun tidak ketinggalan walaupun beraya ala kadar sahaja. Menjadi satu tradisi untuk orang kita di Malaysia kalau hari raya biskut dan kek itu satu kemestian. Begitu juga di Sarawak tanah kelahiran sue kalau hari rayatidak sah kalau meja tidak penuh dengan kek lapis sarawak.

Lama juga rasanya sue tak buat kek lapis sarawak memangdangkan ianya lama kena beradap depan oven lagipun nak buat kami cuma berdua tak ada orang nak makan selebihnya. Nanti simpan lama dalam freezer raya memang dah tak sedap lagi. Tapi sue lebih suka kek lapis kalau di kukus. Kami orang sarawak memang tak asing lagi dengan pelbagai jenis kek lapis tak kira kek bakar atau di kukus. Sue lebih suka kek orang lama ianya sedap dah moist.

Banyak juga resepi yang sue ambik dari buku resepi koleksi mak  ketika dia masih aktif berkumpulan wanita 40 tahun dahulu. Resepi itulah menjadi rezeki sampingan sue tiap kali hari raya untuk mengambil tempahan. Dan ini salah satu biskut kegemaran sue bertahun lamanya. Lebih kurang dalam 20 tahun usia biskut yang sue olah sendiri. Alhamdulillah ianya rangup dan rasa sangat sedap..


BISKUT KELAPA BADAM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
125g mentega
90g gula kaster

(B)
1 kuning telur gred A
1/2 sdt esen vanilla

(C)
30g kelapa kering
40g serbuk badam
1 sdm tepung susu
1 sdm nestum (tak payah dikisar)

(D)
150g tepung biskut/ gandum
25g tepung jagung
25g tepung kastad

Sapuan
1 kuning telur + pewarna kuning sedikit
Sedikit serbuk roti untuk taburan atas biskut


Cara
1) Pukul bahan A sehingga putih. Jangan sampai kembang ye nanti biskut merekah.
2) kemudian masukkan bahan B dan pukul sebati.
3) Guna spatula, masukkan bahan C kacau sehingga rata dan sebati.
4) Akhir sekali masukkan bahan D sedikit -sedikit sehingga habis dan uli guna tangan sehingga menjadi doh dan tyidak melekat di tangan.
5) Rehatkan doh dalam 5 minit dan boleh lah di giling dan di terap dengan acuan yang di sukai.
6) Sapuan kuning telur dan tabur ssedikit serbuk roti di atasnya.
7) Bakar pada suhu 160-170 bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan.


SELAMAT MENCUBA!

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES


ASSALAMUALAIKUM....
Ramadhan hampir meninggalkan kita semua. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini memdapat barakah dari nya.
Raya tahun ini terasa sunyi sangat bagi sue mana tidak nya suami sue ada urusan kerja di Columbia dan balik pada 10hb Julai nanti. Sue akan buat open house selepas suami sue balik nanti tapi biskut sue tetap buat juga dalam kuantiti sikit untk sehari je. Biskut kita tahun ini sempoi dan mudah aja. malas nak buat sakan nanti berlebihan tak ada orang nak makan dan sue akan balik ke malaysia lagi pada awal ogos nanati Insyallah...
Ternyata biskut yang satu ini memang melt in mouth dan sedap sekali. Selagi masih berada di depan mata selagi itu masih mengunyah. Resepi cookies ini sue cedok dari dapur Kak Ita Masam Manis DISINI. 
Jom...


MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
By: Sue Norrman

Bahan-bahan
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanila paste , untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum

CARA
Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Disember 22, 2015

DAIM SOFT COOKIES YANG SEDAP


Salam sejahtera semua! Pagi ni kita entri awal nanti petang nak keluar beli barang. Biskut ni sue buat malam tadi dan merupakan salah satu biskut yang paling sue suka. 
Ranggup di luar dan lembut pada tekstur dalamnya. Bahan-bahan pun tak banyak dan mudah sekali. Topping nya sue letak coklat daim dan bila dan sejuk coklatnya menjadi crunchy. 
Sebenarnya boleh aje letak apa coklat atau jem yang kita suka tapi sue lebih suka letak daim.
Kalau nak rasa kena buat tau! dan pasti tak menghampakan. Lebih syiok bila jadi kudapan depan tv sekejap je habis.


DAIM SOFT COOKIES
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
350g mentega - cairkan dan biarkan sejuk seketika.

(B)
350g tepung gandum
2 sdt serbuk penaik
2 sdm tepung susu
1/2 sdt gula vanilla - kalau tidak ada boleh skip
150g gula kaster 

Coklat daim -. patah kecil untuk topping
Papercup secukupnya

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200C bergantung pada oven masing-masing*
1) Satukan bahan B dan tunag bahan A. kuar sebati dan rata.
2) Ambil doh sebesar bola pingpong atau kecil sedikit dan bulat-bulatkan. Masukan kedalam papercup.
3) Letak coklat daim di atas doh dan bolehlah di bakar selama 10-15 minit api atas bawah.

* Biskut bila dah masak memang lembut dan biarkan sejuk baru ianya garing di luar*

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


September 29, 2015

CHOCOLATE COOKIES WITH FILLING


Assalammualaikum...  Alhamdulillah cookies menjadi dengan jayanya.
Bila dapat tahu national exam lagi 2 minggu berderau rasa kepala. Tak nak stress nanti tak dapat fokus. So kita nak relax dan mencuba lagi buat cookies ni dengan idea baru.
Sebenarnya Sue nak buat nutella filling tapi terlupa nak beli. 
Balik dari sekolah singgah di supermarket kira nak beli tapi bila dan masuk lain pula yang diambil. Sampai dirumah baru sedar itu yang terlupa padahal tujuan singgah memang nak beli nutella. Godaan mata membuatkan kita terlupa apa tujuan sebenar. Tak palah Insyallah kita boleh buat next time. 
Kali ni Sue menggunakan peanut butter dan cokltt nuts untuk filling. Rasa cookies yang tak manis dan keenakan rasa koko menjadikan kombinasinya yang amat sedap. 


CHOCOLATE COOKIES
Resepi: Sue Norrman
Anggaran dapat dalam 40-50 biji bergantung pada saiz.

Bahan-bahan
(A)
120g mentega - suhu bilik
140g gula perang

(B)
60g gula kaster
2 biji telur B
1 sdt golden sirup

(C) Ayak
300g tepung gandum/biskut
60g serbuk koko
1/2 sdt garam halus
1/2 sdt bicarbonate soda
1/3 sdt serbuk penaik

Filling
Nutella
Peanut butter
*Untuk filling mesti disejukan terlebih dahulu. Untuk memudahkan cedok 1/2 sdt setiap satu dan letak dalm dulang. Sejukan sekurang-kurang 2-3 jam sebelum diguna. Ianya untuk memudahkan membulat biskut supaya intinya tidak cair*

Gula kaster secukupnya - Untuk menggolek biskut


Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200 api atas bawah. Ianya bergantung pada oven masing-masing. Sue guna suhu 200.*
1) Pukul bahan (A) menggunak elektrik mixer hingga sebati. Jangan sampai kembang ye.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan pekul sebati lagi diikuti bahan (C) sedikit-sedikit dan sebati.
3) Uli lagi menggunakan tangan untuk menjadikan doh padat.
4) Ambik sedikit doh sebesar duit 20 dan bulatkan. Buat lubang di tengah dan isikan inti. Kemudian bulatkan lagi dan golek dalam gula.
5) Letak dalam dulang yang telah dilapik dengan kertas kek. Buat sampai habis.
6) Bakar selama 10-13 minit. bergantung pada oven masing-masing. Bila biskut dan merekeh bererti ianya dan masak dan bolehlah dikeluarkan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Ogos 17, 2015

BISKUT COKLAT POTONG RANGGUP

 
Alhamdulillah.. Hari ni Sue buat eksperimen biskut potong menggunakan bahan-bahan asas tanpa telur dan tambahan golden syrup untuk meranggupkan tekstur biskut. Biasalah kalau dah bereksperimen semua mesti diambil kira. Sukatan tepung, gula dan mentega adalah penting. Itulah kelebihan kalau apa yang kita usaha menjadi dan senyum sampai telinga. Bila dah sejuk siap potong semua baru kita dapat testing camne pulak.. Waalaa.. Memang tak menghampakan!!
Kalau nak buat macam coklat chips boleh juga tapi Sue nak cuba cara potong nak tengok menjadi tak. Kesilapan sedikit kerana Sue terap tak berapa nipis tapi masih ranggup. Seeloknya nipiskan(agak-agak)supaya bila dah sejuk menjadi ianya ranggup keseluruhan. Untuk yang nak buat jualan boleh dijadi hasil kerana modal tak mahal dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Bakar pun tak perlu lama dalam 10-15 minit sahaja dan bila suam baru boleh dipotong. Ala biscotti tapi tak sama hihihi..
Sue guna cooking coklat biasa (compound 37% fat) dan cincang untuk menggantikan coklat chip kerana nak bereksperimen kan. Nanti guna yang mahal rugi juga kalau tak menjadi. Insyallah akan bereksperimen lagi dengan bahan-bahan yang lain jika kesihatan mengizinkan. Cubalah Insyallah sedap buat kudapan dan rasanya lemak dan tak berapa manis..


BISKUT COKLAT POTONG RANGGUP
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
220g mentega
100-120g gula kaster
3 sdm golden syrup
1 sdm gula vanilla- kalau tak ada boleh guna esen vanilla

(B)
280g tepung gandum
20g serbuk almond
11/2 sdt serbuk penaik

(C)
10g kelapa kering
200g coklat masakan/ compound- cincang


Cara
*Panaskan oven pada suhu 200 degrees terlebih dahulu*
1) Satukan bahan (A) sebati guna senduk kayu sahaja. Cukup sebati jangan lebih kacau ye nanti biskut merekah.
2) Kemudian masukan bahan (B), guna tangan dan sebati baru masukan bahan (C).
3) Kacau sebati dan bahagi 2-3 bahagian ikut suka.
4) Sedia dulang pembakar dan lapik dengan kertas kek. Ambik satu bahagian dan gelek-gelek bulat panjang dan tekan supaya menjadi pepeh.(Gambar diatas masih tebal dan nipiskan lagi)
5)Tekan nipis tapi jangan terlalu nipis kerana nanti ianya akan naik sedikit dan menjadi lebar.
6) Bolehlah dibakar dalam 10-15 jangan lebih ye. Bila dah cukup masa terus keluarkan dari oven dan biarkan suam.
7) Bila dan agak suam bolehlah dipotong ikut suka dan biarkan sejuk sepenuhnya dan sedia untuk hidang.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...