Assalamualaikum!!
Bertemu kembali kita pada hari ni so SN nak kongsi resepi all time favourite cookies yang wajib ada pada hari raya.
Resepi yang sangat mudah dan my very own recipe yang dah di guna pakai lebih 10 tahun yang lalu. Cookies ni juga yang SN buat jualan raya, christmas dan tahun baru cina setiap tahun dan last SN ambik order pada tahun 2011 sebelum SN berhijrah ke Sweden.
Juga cookies yang paling anak anak SN suka dan anak SN yang ke 2 juga sulung perempuan yang selalu tolong SN buat bila tempahan. Sekarang Yazmeen menyambung minatnya dan mengambil diploma dalam bidang Pastry di Cilantro Culinary Acedemy, Subang. Tak terasa kan masa berlalu dan sekarang yazmeen dan berumur 20 tahun. Alhamdulillah sekarang Yazmeen berada di Kuching dan praktikal di Hilton Kuching selama 6 bulan, Insyallah habis pada bulan september.
Cerita pasal cookies ni..1 balang anak anak SN boleh habis kan sehari je tau.. memang sangat rangup dan sedap. Buat apa biskut lain pun memang yang satu ni menjadi pilihan mereka. Kalau nak cuba sempat lagi ni sebelum hari raya. Insyallah menepati citarasa dan tak manis. Cookies ni SN buat semalam pasalnya boring sendirian di rumah so membaking lah jawabnya. Suami SN travelling ke Houston pagi semalam dan balik pada hari Khamis minggu depan, Insyallah dan akan terbang kembali ke Myanmar pada hari selasa selepas hari raya. Begitulah rutin pekerjaan tapi apa nak buat kan itu dah tugas dan tanggungjawab. Bila EN tak ada di rumah memang tak masak sekadar masak yang simple lebih lagi bulan puasa memang malas teramat...
Nak resepi tak?? Mai tengok..
BISKUT CHOCOLATE CHIPS
Resepi: Sue Norrman
Bahan bahan
(A)
160g mentega
50g icing sugar/ gula perang
(B)
1 biji telur gred c
(C)
200g tepung biskut/ tepung gandum - ayak halus
1 biji telur gred c
(C)
200g tepung biskut/ tepung gandum - ayak halus
1/3 sdt baking soda/ soda bicarbonate
1/4 sdt emplek - untuk merangup biskut
2 sdm milo/ vico/ coklat + 1/3 sdt serbuk nescafe - bancuh dengan 1 sdm air panas
(D)
100g coklat chips
1/2 cawan kismis hitam atau kuning
1/4 cawan kelapa kering
Sedikit almond slices - bakar sekejap
Sedikit butter oil/ esen vanilla atau butterscotch paste - boleh guna mana yang suka.
Cara
- Pukul bahan A sehingga kembang dan putih berkrim.
- Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit satu persatu dan kacau guna senduk kayu sehingga sebati.
- Masukkan bahan C dan uli sebati lagi. Rehatkan 15 minit dan tutup bekas dengan kain.
- Panaskan ketuhar pada suhu 170 celcius api atas bawah selama 10 minit dan turunkan suhu pada 150 celcius.
- Sediakan loyang secukupnya dan lapik dengan kertas minyak. Ambil satu sudu teh doh biskut dan letakkan di atas loyang. Buat secukupnya dan jangan terlalu rapat.
- Bakar selalam 15 minit bergantung pada oven masing masing atau boleh lanjutkan lagi 5 minit sehingga keperangan.
- Keluarkan dan bakar selebihnya sehingga habis.
- Sejuk sepenuhnya dan boleh di simpan ke dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan