Ogos 11, 2016

KARI DAGING PEKAT YANG SANGAT SEDAP.. nak tahu rahsianya tips disertakan.


Hari ni sue nak kongsikan resepi favorite dan resepi dari bonda sue. Resepi kari daging yang sangat sedap dan berpuluh tahun bonda sue menggunakan resepi ini tak kira untuk apa acara pun. Inilah resepi kari kenduri dan sesiapa saja yang mengenali parents sue memang tahu siapa mereka dan memang femes juag di kalangan tukang masak. Kalau ahli keluarga memang kenal benar dan pasti menyukai kalau kedua oprang tua sue menjagi pemangku kerja terutama part memasak. 

Sehingga sekarang walaupun bonda sue dah berumur 70 tahaun tapi masak beliau memang masih kekal sedap begitu juga air tangan ayah sue. Dulu masa kecik-kecik selalu ikut mak dan ayah sue kalau mereka pergi masak untuk kenduri kahwin besar. Mak sue memang menyediakan semua manakala ayah sue jadi tukang tumis dan kacau. Bukan nak memuji tapi kalau nasi minyak ayah sue memang win. Beliau amat menitik berat akan kesemua dan amat berhati-hati kalau part memasak ini. Kalau dah masak nasi sampai 150g beras tu cam mane? Kena ada teknik dan logik kerja yang harus di ambil kira. Masak lagi menggunakan kayu api kalau tak pandai memang hangus legam akhirnya. Syukur sangat sepanjang beliau jadi tukang masak Alhamdulillah semua nya berjalan lancar dan penat tu jangan kira lah. Bukan mudah sebenar jadi tukang masak tapi itulah pengalaman hidup suka suki untuk kenangan hari tua.

Dari situ juga kami adik beradik semua suka masak. Abang dan adik lelaki sue juga handal memasak dan kalau ada keramaian di rumah kami lah yang sibuk bersama ipar- ipar juga tetanga. Mando dah cekak tangan apa lagi kerja harus di jalan kan.. Rindu pada zaman kanak-kanak yang banyak mengajar erti susahnya hidup demi mencari rezeki. Tapi kami bersyukur mendapat keluarga dan orang tua yang sangat memahami anak-anaknya dan sekarang kedua orang tua sue sudah mempunyai 30 lebih orang cucu dan 4 orang cicit. Aktiviti memasak untuk kenduri besar pun dan memang tak sangup lagi demi kesihatan tapi kalau untuk makan keluarga dan kenduri kecil Insyallah kedua mereka masih gah di dapur. begitulah ceritanya.. so nak rasa resepi bonda sue?? jom...



KARI DAGING SEDAP
By: sue Norrman

Bahan-bahan
1kg daging batang pinang - potong sedang ikut jalur daging (jangan lawan jalur nanti keras dan lamabt masak)
2 sdm bahan kisar  (ambil dari bahan yang telah dikisar di bawah)
1 sdm rata serbuk kunyit
1 sdm golden sirap (kalau tak ada boleh ganti gula melaka atau gula pasir)
*Gaul rata dan perap 1 jam*

Kisar halus
1 biji bawang bombay
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji buah keras

(A)
1-2 batang kulit kayu manis kecil
3 kuntum bunga lawang
2 biji  buah pelaga
6 kuntum cengkih
4 batang serai - ketuk
1 biji bawang besar - hiris nipis 
3 tangakai daun kari
1 sdm cili giling
Minyak secukuponya untuk menumis - lebihkan supaya tumisan cantik dan tidak hangus

(B)
(asalnya menggunakan kari hidup campur kari kering tapi boleh guna resepi disediakan)
4 sdm serbuk kari babas
1 sdm serbuk kari adabi
2 sdm serbuk kurma 
200ml air untuk membancuh (dijadikan paste)

(C)
300ml santan cair
(kalau menggunakan santan kotak ganti dengan air biasa saja)

(D)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Air asam jawa secukup rasa
Gula sedikit
1-2 biji ubi keledek - potong 6 bergantung pada saiz
(jangan terlalu kecil nanti hancur)

(E)
2 sdm sos cili
3 sdm kerisik
3-4 biji kentang - buang kulit dan potong 4.
(rebus setengah masak terlebih dahulu untuk mencepatkan dan mencantikkan kuah . Kalau nak masuk terus pun boleh tapi mengambil sedikit masa)
300ml santan pekat)


TIPS:- Baca cara memasak sepenuhnya untuk mendapat kuah kari yang pekat dan rasa yang sedap. Ianya mengambil masa dan terus bersabar...


Cara
>>> Bila dah cukup masa perapan daging tadi boleh lah memulakan sessi menumis ye..

1) Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak lebih supaya tumisan cantik dan tidak hangus.

2)  Bahan A - tumis rempah empat sekawan dulu sehingga naik bau dan masukkan bahan selebihnya. Kacau sehingga bawang masak dan garing.

3) Kemudian masukkan bahan B dan kacau rata menggunakan api sederhana. Kacau selalu supaya kari tidak hangus di bawahnya. Kelihatan minyak kurang boleh tambah lagi. Ianya supaya kari masak dan tidak hangus.


PERINGATAN!!! STEP NO 3 >> Jangan sesekali memandai tambah air ye sebabnya kalau kari belum cukup masak dan pecah minyak anda terus masukkan  air 'MINTA MAAF'  kari anda  fail dan memang tidak akan sedap! (ini berdasarkan pengalaman). Penggunaan minyak secukupnya memain peranan untuk menjadikan kari masak sepenuhnya dan tahan lama.


4) Setelah kari pecah minyak dan pekat masukkan perapan daging tadi dan kacau rata. Part ini juga harus ambil kira jangan tambah air!

5) Kacau dan biarkan daging mengeluarkan air dan ianya akan kelihatan pekat dan minyak akan timbul. Itu tandanya kari anda cukup masak. Reneh lagi daging sehingga lembut anggaran 30 minit bergantung pada daging.

6) Ok!! Sekarang baru boleh masukkan bahan C dan kacau sebati. Lanjutkan mereneh daging sehingga pekat.

7) Diikuti bahan E dan kacau lagi dan rasakan kuah kari. (ada rasa masam sedikit, manis dan garam secukup rasa. Jangan terlebih manis pulak ye!)

8) Bila dan rasa ok masukkan bahan E, kacau sebati dan biarkan ianya mendidih sehingga kentang empuk dan daging lembut sepenuhnya. Jangan terlalu lama nanti santan pecah minyak.

9) Rasa kuah  sekali lagi setelah penambahan pati santan. Kalau ada rasa kekurangan tambah lagi perisa secukup rasa. (Ikut selera lidah)

10) Boleh lah tutupkan api dan misi kita pun selesai. Sedia untuk dimakan bersama nasi, roti jala, lempeng dan sewaktu dengan nya.


 SELAMAT MENCUBA!


Terima kasih pada yang mengikut tips yang di sertakan dan mohon maaf kalau masih ada kekurangan. Sue buat yang terbaik untuk sama-sama kita berkongsi ilmu dan pasti semua nak yang terbaik kan? Sue bukan jaguh mahupun pakar sekadar insan biasa yang masih bertatih. Hanya berbekal minat dan pengalaman juga semestinya cik google tempat rujukan dan rakan-rakan yang sudi berkongsi ilmu dan tips. SAYANG ANDA SEMUA....  







 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...