Jun 20, 2016

TART/ PAI TELUR RANGUP DAN SEDAP


Baru berkesempatan update lagi resepi yang tertinggal. Pagi tadi sue terpaksa keluar sekejap ada urusan yang perlu di selesaikan. Bila balik baru dapat sambung kembali apa yang nak di entri. Tart ini sue buat semalam untuk tetamu. Base/ pastry yang sangat mudah dan sedap sekali.

Tak payah uli atau sejukkan masuk petiais macam biasa yang kita buat tart. Resepi sue ini bahan nya mudah  dan aduk sekali arung kemudian masukkan dan tekan dengan garpu saja dalam pai plate. Sue malas nak buat kecil-kecil tu yang menjadi macam pai hihihi... Untuk apa jenis pai base memang sesuai sangat macam DISINI
Manakala untuk filling sue olah sendiri dan rasanya memang enak dan tak berapa manis. Sesuai untuk acara makan sebagai pencuci mulut.




PAI TELUR RANGUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(untuk base)
170g mentega/ marjerin - cairkan
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/2 sdt garam


Cara


1) Satukan semua bahan dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama.

2) Kemudian masukkan kedalam pai plate.


3) Tekan dengan garpu sehingga rata seperti gambar di atas dan ketepikan sebentar sementara membuat filling.

*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees api bawah*


EGG FILLING
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
250ml susu segar
250ml whipping krim (dairy)
2 biji telur
2 biji kuning telur
100g gula kaster (kalau guna gula pasir kurangkan kalau manis)
1 sdt esen vanilla
Pewarna kuning sedikit


Cara


1) Satukan susu segar dan gula dan kacau sehingga gula hancur.


2) Kemudian masukkan telur dan kuning telur. Kacau sebati.


3) Diikuti whipping krim, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sebati lagi dan tapis.


4) Selepas di tapis tuang adunan kedalam base tadi. Adunan memang cukup untuk pai plate saiz 9 inci.


5) Sedia untuk di masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing atau sehingga permukaan filling berkilat dan kering.

6)  Biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh lah dipotong.


 SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Mee Soto Ayam tersangat Sedap!


IFTAR DAY 14
Alhamdulillah.. kita dah berada fasa ke-3 ramadhan dan mungkin sekarang ada yang sudah sibuk menyediakan persiapan untuk hari raya. Cuma tinggal 2 minggu lagi kita ada menyambut hari raya. Inilah hasil nya semalam bersama homemade mee kuning DISINI untuk juadah berbuka kami serta kawan yang bertandang kerumah untuk berbuka bersama. Mee soto ayam yang sangat superb dan jadi bualan kami berbuka. Semua puji kuah soto sedap sesangat. Resepi asal dari Kak Linawati Zubir, juga kawan Fb sue dan telah dicuba oleh Kak FHA DISINI. dan sekarang menjadi pilihan keluarga kak Fha. Jom..


MEE SOTO AYAM SEDAP
Sumber: Kak Fha
Oleh: Sue Norrman


KUAH SOTO (Untuk 8-10 orang) copypaste  
Bahan A
1 ekor ayam (Dipotong kepada bahagian yang sederhana besar)
Air secukupnya sebagai kuah (3/4 penuh 'standard rise cooker')
1 kiub pati ayam
garam


Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih


Bahan C
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 cawan minyak (saya tambah untuk menggantikan air)
* Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan  proses kisaran juga rempah cepat masak dan garing.

Bahan D
3 btg serai dititik
3 sudu besar serbuk rempah sup


Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan bahan B dan C dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisaran diatas dan bahan D dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan  sehingga garing. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan berkerak kerana kita tidak menggunakan tambahan air.
3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum.
4. Masukkan bahan A dan rebus sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam utk disiat2 ( Isi ayam boleh di goreng seketika sebelum disiat)


SAMBAL KICAP
15 biji cili padi
2 ulas bwang putih
1/4 cawan kuah soto
1 camca besar gula putih (saya tambah)
Sedikit halia (anggaran 1/4 inci sahaja)
Kicap Manis Secukup nya


Cara-Cara Menyediakannya
1. Kesemua bahan diatas diblend halus.
2. Dimasak atas api sekejap sekadar mendidih (saya tambah)


BERGEDIL
2 biji ubi kentang US yang bersaiz besar (direbus bersama kulit sehingga empuk, dikupas dan dilenyek halus)
1/3 cawan hirisan daun sup
1/3 cawan bawang goreng
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1/4 kiub pati 'ayam'
1 camca besar tepung jagung
sedikit garam
1/2 biji telur ayam + 2 camca besar air (dikocak)


Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan kesemua bahan kecuali telur. Gaul sehingga rata.
2. Ambil sejemput dari adunan dan bulatkan. Buat sehingga habis.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Culup 'jemput' bergedil dalam telur dan goreng sehingga keperangan.


BAHAN SAMPINGAN
Nasi himpit
Kacang tanah (digoreng)
Suun (digoreng)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

MEE KUNING HOMEMADE - Step by step


SELAMAT PAGI....
Semalam sue buat mee kuning dan soto ayam untuk juadah berbuka kami. Ada tetamu datang dan kebetulan plan memang nak buat mee.
Alhamdulillah kejadiannya cantik dan sedap. Tetamu berpuas hati dan semua puji mee sedap dan tak rasa kapur dan dijamin hahal. Resepi asal dari google dan empunya tuan diri Pn Tahrunnisah Jali  DISINI . Untuk memudahkan sue buat tutorial pada yang nak mencuba In Sya Allah menjadi dan berpuas hati.


MEE KUNING HOMEMADE
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan (Dapat dalam 1.5kg mee)
500g tepung gandum
1 biji telur + 2 sdm air kapur + pewarna kuning sedikit + air = 200ml



Caranya (Copypaste)
*Panaskan air dalam periuk untuk merebus mee ni dan masa nak masukkan mee nanti masukkan garam dlm 2 sudu besar..(saya tak masuk dlm gandum sbb nak jaga mesin dr berkarat)

1) Sediakan bahan-bahan dan tuang bahan cecair kedalam tepung. Uli sebati dan doh agak keras (jangan tambah air)
2) Jadikan sebiji doh dan rehatkan 5 minit.
3) Bahagi kepada 3 bahagian dan bujurkan sedikit supaya mudah untuk di giling nanti.
4) Menggunakan mesin mee, masukkan doh pada bahagian yang tiada gigi dan
laraskan no 7(kalau mesin mee saya ada 7 laras (1-7) 7 bukaan paling besar
dan 1 tu bukaan paling kecil/ halus) ada juga yang laras bukaan ada 1-9 (1 tu
laras bukaan paling besar dan 9 tu laras paling halus/nipis)
alirkan doh pada
mesin tersebut sehingga abis buat 2x ye..(2x masuk)
5) Kemudian laraskan semula ke no.5 (bg laras bukaan 1-7). atau 6@7 bagi laras bukaan 1-9 masukkan kepingan mee tadi yang ni tuk nipiskan mee buat 2x.
6) Kemudian masukkan kepingan yang dah nipis ni pada mesin yang ada gigi halus tu..masukkan kepingan mee tadi dan pulas sampai habis.
7) Hasil mee yang sudah dilaras dengan gigi halus dan tabur sedikit tepung supaya tidak melekat.
*skrang masa nak merebus mee..5 minit rebus mee... masa masukkan mee jgn kacau dulu ye..biarkan dlm 1-2 minit..baru kacau ye..kalau kacau masa taruk mee nanti mee tu putus..cukup 5 minit toskan mee. (Lupa ambik gamba part merebus - maaf ye)
8) Tos kan mee dan terus masukkan mee dlm air paip biasa (ini utk menghilangkan kanji pada mee) kacau2 la mee ni ye tuk buang kanji.. toskan semula mee sehingga kering dan masukkan 3 sudu besar minyak masak dan gaul mee sebati.

SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...