Jun 20, 2016

Mee Soto Ayam tersangat Sedap!


IFTAR DAY 14
Alhamdulillah.. kita dah berada fasa ke-3 ramadhan dan mungkin sekarang ada yang sudah sibuk menyediakan persiapan untuk hari raya. Cuma tinggal 2 minggu lagi kita ada menyambut hari raya. Inilah hasil nya semalam bersama homemade mee kuning DISINI untuk juadah berbuka kami serta kawan yang bertandang kerumah untuk berbuka bersama. Mee soto ayam yang sangat superb dan jadi bualan kami berbuka. Semua puji kuah soto sedap sesangat. Resepi asal dari Kak Linawati Zubir, juga kawan Fb sue dan telah dicuba oleh Kak FHA DISINI. dan sekarang menjadi pilihan keluarga kak Fha. Jom..


MEE SOTO AYAM SEDAP
Sumber: Kak Fha
Oleh: Sue Norrman


KUAH SOTO (Untuk 8-10 orang) copypaste  
Bahan A
1 ekor ayam (Dipotong kepada bahagian yang sederhana besar)
Air secukupnya sebagai kuah (3/4 penuh 'standard rise cooker')
1 kiub pati ayam
garam


Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih


Bahan C
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
1/2 cawan minyak (saya tambah untuk menggantikan air)
* Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan  proses kisaran juga rempah cepat masak dan garing.

Bahan D
3 btg serai dititik
3 sudu besar serbuk rempah sup


Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan bahan B dan C dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Masukkan bahan kisaran diatas dan bahan D dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan  sehingga garing. Sentiasa dikacau untuk mengelakkan berkerak kerana kita tidak menggunakan tambahan air.
3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum.
4. Masukkan bahan A dan rebus sehingga ayam masak.
5. Keluarkan ayam utk disiat2 ( Isi ayam boleh di goreng seketika sebelum disiat)


SAMBAL KICAP
15 biji cili padi
2 ulas bwang putih
1/4 cawan kuah soto
1 camca besar gula putih (saya tambah)
Sedikit halia (anggaran 1/4 inci sahaja)
Kicap Manis Secukup nya


Cara-Cara Menyediakannya
1. Kesemua bahan diatas diblend halus.
2. Dimasak atas api sekejap sekadar mendidih (saya tambah)


BERGEDIL
2 biji ubi kentang US yang bersaiz besar (direbus bersama kulit sehingga empuk, dikupas dan dilenyek halus)
1/3 cawan hirisan daun sup
1/3 cawan bawang goreng
1/2 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1/4 kiub pati 'ayam'
1 camca besar tepung jagung
sedikit garam
1/2 biji telur ayam + 2 camca besar air (dikocak)


Cara-Cara Menyediakannya
1. Satukan kesemua bahan kecuali telur. Gaul sehingga rata.
2. Ambil sejemput dari adunan dan bulatkan. Buat sehingga habis.
3. Panaskan minyak dalam kuali. Culup 'jemput' bergedil dalam telur dan goreng sehingga keperangan.


BAHAN SAMPINGAN
Nasi himpit
Kacang tanah (digoreng)
Suun (digoreng)
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...