Selamat Petang!!
Buttermilk bun atau roti mentega susu fresh dari oven. Lama benar tidak meroti dan rupa pun dah kelaut hihi.. Kalau di tempat kelahiran SN buttermilk ni memang sangat femes dan terkenal dengan roti mentega kuching. Siapa orang kuching terutama seangkatan dengan SN memang kenal roti mentega ni. Keenakannya tiada tandingan tapi sudah pasti mereka akan tetap mengekalkan rasa dan keenakan roti ini. Ianya dalam 2 corak, satu bentuk bujur sedikit dan satu bulat. Bila dah jauh begini semua rasa nak makan dan keinginan tu menggila.. huhhh tak mau lah rasa begini.
Walaupun tiada rupa yang penting rasa mau ada kan? Juga inti menjadikan ianya semakin enak. SN olah sendiri intinya manakala rotinya SN guna resepi yang di kongsikan oleh Tintinrayner di Instagram. Sebenarnya SN teramat suka membuat roti tapi lebih setengah tahun bercuti dan muscle mengeras sudah. Oleh kerana nak makan kita gagahi juga. Keluar dari oven sudah 3 ngap masuk mulut, tak sabar weii. Awal pagi dah SN uli doh sambil mengemop dan vakum lantai. mesin yang uli kita tunggu siap dan menebol aja.
Dah sejuk semuanya SN pack siap siap dalam plastik kedap udara supaya ianya kekal lembut dan buat hidanag esok bersama EN. Alhamdulillah.. rotinya sangat lembut dan gebu seperti yang SN inginkan. Dengan aroma butterscoth hmmm menggoda sungguh... nak cuba tak? mai godek resepi!
BUTTERMILK BUN
By: Sue Norrman
Overnight doh
150g tepung roti/ high protein
150ml air suam + 1 sdt instant yis
- Satukan air suam dan yis dan kacau sebati.
- Tuang kedalam tepung dan kacau sebati.
- Biarkan pada suhu ruanSatukan bahan Ag selama sejam dan kemudian tutup dengan sling palstik dan sejukan sekurang kurangnya 16 jam sebelum membuat roti.
- Keluarkan dan rehat pada suhu ruang 30 minit dan boleh memulakan untuk membuat doh seterusnya.
Doh
(A)
250g tepung roti/ high protein
100g tepung gandum
8g instant yis
80g gula halus
1 biji telur
1 kuning telur
(B)
40ml susu cair - SN guna fresh milk
(C)
80g mentega
1 sdt garam halus
Sapuan
1 kuning telur
50ml susu cair
Cara
- Satukan bahan A ke dalam bread mesin atau mixer. Uli seketika dan masukan bahan B dan uli lagi.
- Kemudian masukan overnight doh tadi dan uli sebati dan rata.
- Masukan bahan C dan uli lagi sehingga elastik.
- Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganta bergantung pada suhu ruang. Sekurang kurangnya 45 - 1 jam.
- Bila doh dan naik tumbuk untuk membuang angain dan bulatkan. rehatkan 5 minit.
- Timbang 50g untuk setiap doh dan bulat bulatkan.
- Tekan/ giling sedikit jangan terlalu nipis sekadar cukup ruang untuk mengisi inti.
- Masukan inti dan tutup kembali dan susun ke dalam loyang yang telah di sapu dengan mentega atau minyak.
- Buat sehingga habis dan rehatkan lagi doh selama 45 minit dan tutup permukaan doh.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180 celcius api bawah. Sapu aatas doh dengan bahan sapuan dan bakar selama 20 - 25 sehingga keperangan.
- Bila dah masak keluarkan dan sapu lagi dengan mentega supaya permukaan roti lembut dan cantik.
INTI BUTTERMILK
Bahan bahan
100g mentega
1 sdm marjerin
50g gula aising
5 sdm susu manis
1 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla/ butter oil/ butterscotch
85g tepung gandum
2 sdm tepung susu
Cara
- Satukan mentega, marjerin, susu manis dan gula aising. Kacau sebati.
- Masukan kuning telur bersam perisa dan kacau lagi.
- Akhir sekali masukan tepung dan tepung susu. kacau sebati dan sejukan seketika dalm peti sejuk untuk memudahkan mengisi inti ke dalam doh.
Pesanan:- Kacau aduanan menggunakan senduk kayu sahaja untuk mengelakkan mentega kembang dan cair bila di bakar.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan