Julai 05, 2017

Kebab, Prawn & Mussel Pizza



Selamat petang!!

Cerita semalam.. SN cuti masak bila sibuk memanjang. Bila dah jam 8pm baru terasa lapar. Nak masak pun malas so kami makan pizza aje. Nak tau tak? Size normal pizza ni boleh makan 3 orang. Besar teramat dan tak habis makan. Pizza kedai arab semua besar belaka dan banyak pilihan beserta salad kobis yang sangat sedap!

Biasa SN beli di bandar tapi semalam kita cuba tempat baru tak berapa jauh dari kediaman SN. Owner arab syria dan 2 orang pekerja pun dari syria. Asal mereka pelarian dan kini sudah nendapat penduduk tetap dan yang dah mendapat kerakyatan.

Makanya kami pilih pizza yang menepati selera anak tekak. SN order mussel dan prawn pizza manakala EN pula order kebab pizza. Alhamdulillah toping yang sangat sedap dan dohnya rangup gitu.. no recipe ye tapi kita share foto aja.

ASSALAM...


KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...