Disember 19, 2018

DONUT KENTANG TERSANGAT GEBU..




ASSALAMUALAIKUM!


Donut kentang gebu dan sangat sedap! 
Inilah yang boleh SN cakap dan donut juga merupakan salah satu kegemaran anak anak dan EN. Sebenarnya SN selalu buat donut tapi kadang mood M melanda nak snap pun malas. Ini yang SN buat beberapa bulan yang lepas.

Kalau past donut SN lebih suka yang original sahaja. Fancy gitu memang tak minat lebih lagi yang ada ganache. Begitu juga EN kalau dia tahu SN buat donut memang siap pesan tak mahu deco deco cukup dengan gula sahaja.

Resepi ni SN olah sedikit dari resepi lama yang sedia ada di blog DISINI. Insyallah walaupun 2 hari ianya kekal lembut.


DONUT KENTANG YANG SANGAT GEBU
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
A.
500g tepung high protein
50g gula halus
50g tepung susu
9g instant yis
2g bakerine plus( tak ada ganti 3/4 sdt double acting baking powder)
1/2 sdt garam halus 

B.
150g kentang - rebus dan lenyek halus
2 biji kuning telur
2 ketul ais + air sejuk = 130-145g (+/-)

C.
50g marjerin




Cara:
1. Masukan bahan B ke dalam BM di ikuti bahan A dan uli hingga sebati.

2. Kemudian masukan  C dan uli sehingga doh lembut elastik.

3. Keluarkan doh,  timbang 30-35g dan bulatkan. 

4. Letak dalam dulang yang telah di tabur tepung. 

5. Rehat doh sehingga separuh kembang dan buat lubang tengah.


6. Rehat kan  lagi selama 20-25 minit. Jangan terlebih kembang nanti doh akan kempis bila di angkat.

7. Boleh di goreng dengan api sederhana. 

*Masukan 1 sdm shortening dalam minyak supaya ianya tidak berminyak*



SELAMAT MENCUBA!

Bun Burger mudah dan sedap.




Assalamulaikum!

Hari ni SN kongsi kan lagi resepi bun burger yang menjadi kegemaran EN. KIV resepi kebanyakan resepi roti maka nya SN entri roti terlebih dahulu. Insyallah ada banyak lagi yang menunggu dan bersabar ye..

Bun burger mudah dan sedap! nak buat burger homemade dah tak payah nak beli di kedai, buat sendiri di jamin halal dan semestinya berpuas hati kan? Bun roti ni SN buat sama dengan roti manis cuma doh di bahagi 2 untuk roti manis dan burger sahaja.

Resepi yang sama SN gunakan untuk kali ini cuma berat doh di gandakan dan terpulang nak buat besar mana. Kalau guna ring memang hasilnya cantik. Saja nak intro, ring bun tu SN beli di batam dan sangat murah. Bila dah di gunakan menyesal pula beli sedozen huhu.. tak pa lah Insyallah next trip kita angkut banyak banyak ye.

OK! SN copy semula resepi nya ye tapi kalau nak tengok untuk resepi roti manis DISINI



BUN BURGER
Resepi: Sue Norrman

Bahan- bahan
A.
500g tepung high protein
75g gula halus
5g garam halus
10g instant yeast
2g bakerine plus( boleh guna bread improver yang lain) 

B.
1 biji telur gred A
200ml air sejuk peti ais
45g susu cair 

C.
60g butter/ shortening 

Sapuan.
Kuning telur + air/ susu cair 
             atau
spray dengan air sahaja
 
Bijan secukupnya 

Ring mould size 9-10cm


Cara:

1. Masukan bahan B ke dalam BM terlebih dahulu dan di ikuti bahan A.

2. Uli hingga menjadi doh sebati dan masukan bahan C.

3. Uli sehingga lembut dan elastik.

4. Keluarkan doh dan rehatkan 15 minit.

5. Kemudian timbang 65g setiap doh dan bulat kan.

6. Sediakan ring atas dulang dan masukan doh.

7. Rehatkan lagi sehingga doh naik 2 kali ganda.

8. Sapu atas doh dengan sapuan dan tabur bijan.

9. Bakar 20-25 minit sehingga keperangan dan keluarkan.

10. Boleh sapu butter atas untuk berkilat.
 
 
 

SELAMAT MENCUBA!

Cream Horn.. gerenti sedap!





Assalamualaikum!

Selamat pagi semua! Alhamdulillah hari ni mood "R" kembali setelah seminggu kena flu dan kurang sihat. Al maklum sekarang cuaca semakin sejuk dan snow pun dah tenggelam timbul. Nak keluar pun malas lagi pun EN ke Detroit ahad lepas atas urusan kerja dan Insyallah akan balik jumaat nanti.

Ok! berbalik pada resepi yang akan SN kongsi kan, sudah tentu semua tahu kan sekarang ni tengah hot dan viral lebih lebih lagi kalau di FB memang ada saja lalu lalang di feed. Sebenarnya cream horn ni SN dah buat setahun yang lepas cuma tak berkesempatan nak entri. Dan kebanyakan resepi SN share di IG terlebih dahulu. 

Memang tak dapat di sangkal lagi ianya ternyata nikmat dan gerenti sedap. Patut lah sekarang ianya menjadi kegilaan dan ada yang ambil kesempatan untuk buat PJJ pun melambak. Yang ini SN buat cara yang mudah sahaja manakala filling SN buat cream cheese. 

Nak cuba silakan.. Jom kita tengok resepi.


CREAM HORN
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
Pastry puff secukupnya
Butter - cairkan untuk sapuan.
Gula pasir sedikit untuk taburan.

Filling.
A.

150g cream cheese - suhu ruang
1 - 2 sdm gula aising
1 sdm susu pekat.
Sedikit esen vanilla

B.
50- 60g whipping cream.


Cara filling.

1. Pukul bahan A sehingga sebati. Jangan sampai kembang.

2. Kemudian masukan bahan B dan pukul sehingga pekat. 

3. Masukan ke dalam piping bag dan sejukan dahulu dan boleh di gunakan.




Cara: 

1. Potong pastry memanjang sebesar jari telunjuk dan gulung pada cuan horn.

2. Kemudian sapu butter dan tabur gula.

3. Bakar 10- 15 mins sahaja pada suhu 185°C. Bergantung pada oven masing masing. 

4. Biarkan sejuk dan boleh pipe filling. 



SELAMAT MENCUBA!




Disember 04, 2018

Roti Manis Gebu



Assalamualaikum!


Hai semua! Apa khabar? Semoga semua pembaca semaniskasturi sihat hendaknya.
Hari ini SN berpeluang sekali lagi untuk entri seberapa yang mampu untuk memenuhi kekosongan ruang pada tahun 2018 yang hampir ke penghujung. Sebenarnya banyak resepi KIV yang telah di simpan rapi tapi masa tidak mengizinkan untuk SN berbicara.

In Sya Allah SN cuba buat yang terbaik dan usaha untuk entri yang termampu. Untuk hari ini SN entri roti yang menunggu giliran untuk di kongsikan dan seterusnya. Sebenarnya SN memang suka meroti walaupun yang makan cuma kami berdua. EN pun sekarang suka makan roti terutama buttermilk bun. Kalau seminggu memang pasti SN meroti.

OK! Roti manis yang sangat gebu dan sangat sedap. Cicah air kopi alahai memang hanyut. Untuk loyang yang comel tu SN beli di batam ketika SN mengikut EN ada tugasan di sana selama sebulan. Memang tidak dapat disangkal lagi segala loyang di Indonesia memang cantik cantik dan murah. Banyak juga yang SN angkut bawa balik ke Sweden hihi..

Kali ini SN menggunakan bakerin plus yang SN beli di batam juga di mana salah satu bahan pengembang dan menjadikan roti gebu yang di syorkan oleh Chef Agus. SN beli 1kg tapi entah tidak tahu bila habisnya. Memang ternyata tekstur dan hasil rotinya tersangat cantik. Banyak juga yang lain SN bawa balik macam cream super, RFB, K-fine dan tapi bakerin plus tetap menawan hati beta hihi..

So.... apa lagi boleh lah mencuba selepas ini kan? 


ROTI MANIS
Resepi: Sue Norrman

Bahan- bahan
A.
500g tepung high protein
75g gula halus
5g garam halus
10g instant yeast
2g bakerine plus( boleh guna bread improver yang lain) 

B.
1 biji telur gred A
200ml air sejuk peti ais
45g susu cair 

C.
60g butter/ shortening 

Sapuan.
Kuning telur + air/ susu cair 
             atau
spray dengan air sahaja


Cara:

1. Masukan bahan B ke dalam BM terlebih dahulu dan di ikuti bahan A.

2. Uli hingga menjadi doh sebati dan masukan bahan C.

3. Uli sehingga lembut dan elastik.

4. Keluarkan doh dan rehatkan 15 minit.

5. Kemudian timbang 35g setiap doh dan bulat kan.

6. Masukan ke dalam loyang yang telah di sapu shortening/ butter/      marjerin/ minyak.

7. Rehatkan lagi sehingga doh naik 2 kali ganda.

8. Sapu atas doh dengan sapuan dan tabur gula.

9. Bakar 20-25 minit sehingga keperangan dan keluarkan.

10. Boleh sapu butter atas untuk berkilat.



SELAMAT MENCUBA!

BOMBOLONI Nutella Tersangat sedap!




ASSALAMUALAIKUM!

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi dan hari ini SN berpeluang untuk kembali menulis dan mengisi kesepian dalam blog yang dah bersarang gamaknya. Justeru itu terlebih dahulu SN memohon maaf andai ada komen dan pertanyaan yang SN terlepas pandang. In Sya Allah SN akan cuba yang terbaik untuk pembaca dan followers yang SN sayangi.

Sedikit masa lagi SN akan kembali ke tanah air memandangkan masih ada urusan yang belum selesai. 2 tahun merupakan satu jangka masa yang panjang untuk menunggu saat bila akan berakhirnya perjuangan yang sekian lama di nantikan. Di sebabkan itu lah SN berulang alik dari Sweden Ke Malaysia sehingga satu tahap terasa dah nak menyerah tapi demi anak anak SN gagahi.

OK... sedih lah weiii tak nak lah nangis pagi pagi ni. Kita nak happy kan apa kata kita cuba resepi yang kini masih meletup. Sebenarnya Bomboloni a.k.a donut filling ni SN pernah buat 2 tahun yang lepas DISINI tapi sekarang ianya menjadi meletup di FB. Tapi kali ini SN guna resepi yang lain dan ianya tersangat gebu dengan gandingan filling nutella alahai nikmat sangat!. Resepi yang sangat mudah dan tersangat gebu. 2 hari pun masih lembut In Sya Allah. Jom kita tengok resepinya ye...



BOMBOLINI
Resepi: Sue Norrman

A.
400g tepung high protein
100g tepung gandum
80g gula halus
20g tepung susu
1 biji telur gred B
2 kuning telur
10g instant yis
1 sdt garam halus
2g Bakerine Plus (boleh guna bread improver atau rfb/cs/k.fine)



B.
180-190g air sejuk (peti sejuk)
40g susu cair/ fresh milk 


C.
70g butter/ marjerin




Filling.
Nutella 
Snow powder untuk salutan



Cara:

1. Satukan bahan A dalam mixer. Kalau menggunakan BM masukan bahan basah terlebih dahulu (air, susu dan telur) dan di ikuti bahan kering A.


2. Uli hingga sebati dan masukan bahan C.

3. Kemudian uli sehingga lembut dan elastik.

Note: Untuk memudahkan mengangkat donut untuk di goreng :
* Sediakan baking paper dan potong segiempat tepat anggaran 10-12cm satu. 
* Potong mengikut kuantiti donut yang telah di hasil kan. 
* Tabur sedikit tepung atas permukaan kertas.

4. Keluarkan doh dan timbang 40g dan bulat kan. 

5. Letak atas kertas yang telah di potong dan di susun atas dulang. Rehat doh sehingga naik 2 kali ganda.

6. Tekan sedikit permukaan doh dan rehatkan lagi 10-15 minit.

7. Goreng api sederhana. Jangan selalu di balik cukup sekali balik sahaja supaya ianya menghasil kan ring yang cantik.

 8. Gunting sedikit untuk buat lubang dan gelek dalam snow powder dan pipe filling.

9. Insyallah donut kekal lembut dan tahan 2 -3 hari.

10. Sedia untuk di nikmati.





Selamat mencuba!

Januari 11, 2018

Kale Tumis Belacan Halia







Assalamualaikum!!

Selamat pagi semua.. hari ni SN update awal resepi yang tertungga dari tahun lepas hihihi.. Dan cuaca teramat sejuk lepas subuh memang dah tak boleh nak sambung tidur lagi. Lepas buat sarapan untuk EN dan sambung sedikit lagi buat kerja rumah.

Kale!! Pernah makan tak? Sekarang sayur ni menjadi salah satu faveret SN untuk menggantikan pucuk ubi. Serious ouls memang rasa seakan sama dan cuma tak pahit. SN selalu buat tumis oyster atau apa apa yang sedap mengikut anak tekak. Kali ni SN kongsi tumis belacan campur halia... sedap! Apa2 daun yang sejuk kena campur halia sikit untuk mendapat rasa yang lebih enak. Jom...


Kale Tumis Belacan Halia
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
300-400g kale - buang batang tengah dan ambik daun sahaja

Tumbuk halus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis

(A)
2-3 sdm cili giling
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
Secubit gula
Minyak untuk menumis


Cara 
  1. Rendam kale kedalam air dan masukan sedikit garam. 
  2. Ramas dan koyak halus macam kita buat cara pucuk ubi juga sehingga air hijau keluar. Kemudian buang air dan bilas dengan air lagi. Toskan. 
  3. Tumis bahan tumbuk dan masukan cili giling. Goreng sehingga naik bau dan tambah sedikit air untuk melembutkan daun dengan mudah. 
  4. Masukan kale dan goreng sebati dan masukan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.¨
  5. Lanjutkan masak sehingga lembut dan tutup api. 
  6. Sedap di makan ketika masih panas dan boleh juga di ratah.
SELAMAT MENCUBA!

Januari 09, 2018

OKONOMIYAKI - Japanese Pancake yang sangat sedap!



ASSALAMUALAIKUM!!

Haaaa tu dia. Kita ke japan pula  ye hahaha.. Berangan jap tapi nak samapi ke sana entah bilanya. Okonomiyaki!! nama nya enak di dengar dan sesedap resepi nya juga. makan ni pasti nak lagi dan kenyang nya mengalah makan nasi. rasanya sangat sedap dan EN pun suka. Japanese pancake tapi dengan taburan bonita flakes menjadikan ianya semakin enak. 

Ini merupakan kali pertama SN cuba buat dan memang tak rugi memcuba. Memandangkan bahan bahan semua masih ada memang tak melepaskan peluang. Pada yang nak mencuba resepi masakan jepun boleh cuci mata ke dapur Hana's Family memang tak mengecewakan. Semua masakan jepun hana nampak sedap. Thanks ye Hana SN panjangkan resepi nya dan semoga hana sentiasa di rahmati dan di beri kesihatan yang sihat.


OKONOMIYAKI
By: Sue Norrman
C&P Hana's Blog

Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar hiris  
1 biji telur
150g kobis potong halus (bukan cincang yer)
100g tepung gandum/tepung okonomiyaki
4-5 batang crabstick (boleh letak udang,sotong etc)
Segenggam udang kering putih/pink
150ml stok dashi (jika tiada guna air biasa,tambahkan sedikit garam/kiub ikan bilis)
Bahan taburan nori halus dan juga katsuoboshi (bonito flakes/ikan panggang sagat)
Sos okonomiyaki dan juga mayonis. Jika tiada sos okonomiyaki, boleh buat sendrik campuran kicap pekat, kicap cair/worcestershire sauce.tp rasa lari sket la..

 
Cara-cara: 
satukan semua bahan kecuali sos dan bahan tabur dan kacau sebati. Adunan bila dicampur jgn terlalu cair macam lempeng mesia yer.. lihat seperti gamba bawah.. begitu kejadiannyer seperti di restoran2 jepun.. boleh letak kepingan hirisan daging jika suka..

Panaskan sedikit minyak dalam kuali.. Masukkan bahan yang sudah di gaul. Biarkan masak lebih kurang 8-10min.. Guna api kecil takut hangus.. Kemudian terbalikkan..

bila dah masak, telangkupkan pinggan atas kuali dan terbalikkan.. sapu sos okonomiyaki.

picitkan pula sos mayonis, taburkan nori halus dan juga boneto flakes..

potong square dan bismillah..... jemput makan...


SELAMAT MENCUBA!

Bihun Goreng Udang Mudah dan sedap.



Assalamualikum!!

Apa khabar semua? Lama tak entri rindu pula rasanya... sebenarnya entri kali ini merupakan resepi lama yang menunggu untuk di update dan kini kita gagahi juga. memandangkan sekarang cuaca teramat sejuk walaupun tak ada snow lagi. Bila dah sejuk memang malas melanda hihihi...

Resepi mudah dan senang yang penting kena rajin baru dapat hasilnya kan. Bihun merupakan salah satu mi faveret  SN dan memang tak pernah jemu kalau masak bihun tapi kena ada halia sedikit baru rasa rencahnya Tak tahu lah pada orang lain tapi kalau selera SN gitu lah. So... jom tengok resepi.



BIHUN GORENG UDANG
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
1/2 paket bihun - rendam semalam  dan tos kan 
1 mangkuk udang yang sudah di bersihkan - nak lebih boleh tambah
1 mangkuk tauge
Daun sawi secukupnya

(B) Kisar
1 inci halia
4 ulas bawang putih  
5 biji bawang merah
1 biji bawang bombay
Cili kering secukupnya - ikut kepedasan sendiri

(C)
2 sdm sos tiram
1 sdm kicap cair
3 sdm kicap lemak masin
3 sdm kicap lemak manis
Sedikit serbuk perasa
Minyak untuk menumis


Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali dan masukan bahan kisar (B).
  2. Tumis sehingga bawang kuning dan masak. Masukan udang dan tumis lagi sehingga udang bertukar warna dan masukan bahan C.
  3. Tumis dan kacau sebati. Kemudian masukan bihun yang telah di tos tadi.
  4. Goreng sehingga rata dan rasakan sekali lagi. Kalau kurang perasa boleh tambah.Akhir sekali masukan daun sawi dan tauge. Kacau rata dan tutup api.
  5. Sedia untuk di saji dan boleh tabur telur dada kalau suka.
SELAMAT MENCUBA!
 

Januari 02, 2018

Kerabu Tang Hoon Seafood Tersangat Sedap!!

Assalamualaikum!!

Naa.... tu dia kerabu tang hoon seafood yang meletop! Hari ni SN kena gagahi juga setelah lama asyik terlupa nak beli tang hoon. Melangsungkan hajat terpendam dan hasilnya syiok gitu. Dulu time SN masih ada restoran kerabu ini merupakan salah satu menu faveret customer. Rasanya masam manis pedas dan memang sedap.

Makanya hari ini SN buat untuk di ratah sahaja. Kalau makan dengan nasi pun sedap juga terpulang citarasa sendiri. Bahan bahan semua dah sedia ada dan apa lagi kita on je lah. Bila SN buat kerabu ni EN duk perati je dan akhirnya bertanya juga hahahaha.. boleh dia tanya sedap ke? Kita kasi rasa dia tak nak pula. Dan semesti power beb!

Ok.. nak cuba tak? Sekali cuba pasti nak lagi dan lagi...



Kerabu Tang Hoon Seafood
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
2 cawan air
Sedikit garam
1 sdt gula pasir
1 keping asam gelugur
1 helai daun limau purut

(B)
5 ekor sotong - buang tulang, bersihkan dan potong sebesar i bu jari
Udang secukupnya - buang tahi di belakangnya
1 bungkus kecil tang hoon - rendam dalam air panas 10 minit dan toskan

(C)
5 biji cili padi/ cili thai - potong halus (nak pedas boleh tambah)
2 biji cili hidup - tumbuk kasar
2 biji bawang merah - tumbuk kasar
2 batang serai - hiris nipis
2 batang bunga kantan - hiris halus
Daun ketumbar secukupnya - potong halus
2 helai daun limau purut - buang tulang tengah dah hiris nipis
Sedikit belacan - bakar sekejap  
1 biji bawang besar - belah 2 dan hiris nipis 
1 mangkuk kecik jeruk kobis - hiris halus
3 sdm sos ikan
3 sdm sweet and sour sauce
Sedikit brown sugar
Gula secukup rasa
Jus limau nipis/ limau kasturi secukupnya


Cara

  1. Rebus bahan A sehingga mendidih dan masukan sotong. Biarkan 3-4 minit dan masukan udang.
  2. Lanjutkan lagi 3 minit dan buangkan air dan siram dengan air sejuk untuk mematikan dari telajak masak. Ketepikan. 
  3. Satukan bahan C dan rasa secukupnya.  
  4. Kemudian masukan rebusan sotong tadi dan tang hoon. Gaul rata dan rasakan sekali lagi. 
  5. Simpan dalam bekas dan biarkan seketika dan boleh di sajikan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM








Salted Butterscotch Cheesecake




Assalamualaikum!!

Haaa.... Pagi ni mood entri elok sangat dan nanti bila di tanguh jadi malas dan resepi tersimpan berdebu. Sebenarnya cheesecake ni SN buat di ambang tahun baru dan tersangat lah sedap nya wei!! seriuosly memang sedap dan rasanya tak manis. Ini merupakan resepi eksperimen yang SN usahakan dan bila dan cukup masak kejadiannya elok dan tidak terturun.

Salted butterscotch untuk sos tu SN buat menggunakan glukose syrup dan gula untuk kepekatannya. Base pun tidak mengeras dan boleh di katakan menjadi senang cerita kan. Bila dan sejuk SN sejukan lagi semalaman dalam fridge dan boleh potong. Walla enak dan EN cakap rasanya tak muak. Kalau ikut teknik yang akan SN kongsikan Insyallah bila kek dah masak ianya tak menurun. Cheesecake bukan steam bath teknik dan 100% menggunakan pembakaran suhu rendah. Walaupun begitu hasilnya cantik dan rasa memang sedap. Tak percaya mesti cuba baru tau.. Jom kita tengok resepi


Butterscotch Cheesecake
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
*Loose pan 9 inci*

Bottom
150g biskut digestive
30g caster sugar
100g mentega - cairkan


Cara
*Panas oven pada suhu 200 degrees terlebih dahulu*
  1. Kisar biskut dan gula menggunakan food processor sehingga separuh halus dan tuang mentega cair sedikit sedikit sambil putar sehingga sebati dan halus.
  2. Kemudian terap menggunakan tangan di dalam loyang tanpa di sapu mentega dan ratakan.
  3. Bakar selama 7-8 minit sahaja di radai tengah.
  4. Bila dah cukup masa keluarkan dan carik sedikit di permukaan nya supaya nanti bila dah masak adunan cheese melakat.
  5. Sambil menunggu masa boleh lah mengadun bahan cheese.


Adunan Cheese
(A)
600g philadelphia creame cheese - boleh juga guna brand lain kalau tak ada
200g caster sugar 

(B)
1 1/2 sdt esen vanilla
150g creme fraiche - boleh tengok disini  Creme fraiche
150g gräddfil/ sour cream - boleh tengok disini  Gräddfil/ sour cream
40g tepung gandum

(C)
2 biji telur gred A
1 kuning telur


Cara
  1. Pukul bahan A sehingga sebati dalam 1-2 minit sahaja.
  2. Kemudian masukan bahan B dan pukul lagi sehingga sebati selama 4-5 minit. Jangan terlebih pukul nanti bila kek dah masak akan menurun.
  3. Masukan telur satu persatu dan kacau menggunakan spatula sahaja sehingga sebati.
  4. Tuang ke dalam bottom tadi dan bakar lagi menngunakan suhu yang sama 200 degrees selama 10 minit dan kemudian turunkan suhu kepada 100-120 degres tanpa membuka pintu oven. Bergantung pada oven masing masig dan maximum pada suhu 120 degrees sahaja.
  5. Bakar selama 1- 1 jam 15 minit dan tutup api. Biarkan kek di dalam oven sehingga oven sejuk. 
  6. Boleh lah di keluarkan dan sejuk sepenuhnya dalam peti sejuk.
  7. Potong kek menggunakan pisau yang di rendam terlebih dahulu dengan air panas kemudian lap kering supaya kek tidak melekat bila di potong.
  8. Hidang bersama butterscoth sos... sedap!


Butterscotch Sos
(A)
70g glukose syrup 
150g gula kaster

(B)
200g whipping cream dairy

(C)
70g butter
1 1/3 sdt garam halus
 

Cara
  1. Bahan A - Didihkan glukose sirap dengan menggunaka apai kecih dan kemudian masukan gula sedikit demi sedikit sehingga hancur.
  2. Kacau lagi sehingga ianya menjadi perang (macam gula hangus) dan alihkan dari api. 
  3. Masukan bahan B dan masak kembali sambil di kacau sehingga cair kesemuanya dan tutup api. (Ianya akan pekat dan melekit macam karamel ketika krim di masukan)
  4. Tutup api dan masukan bahan C dan kacau sebati.
  5. Biarkan sejuk dan boleh di simpan dalam botol kaca atau kontena kedap udara dan sejukan. Bila nak guna boleh panaskan masuk mikrowave sekejap sahaja atau guna kaedah double boiler.

SELAMAT MENCUBA!



KRAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...