ASSALAMUALAIKUM!
Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi dan hari ini SN berpeluang untuk kembali menulis dan mengisi kesepian dalam blog yang dah bersarang gamaknya. Justeru itu terlebih dahulu SN memohon maaf andai ada komen dan pertanyaan yang SN terlepas pandang. In Sya Allah SN akan cuba yang terbaik untuk pembaca dan followers yang SN sayangi.
Sedikit masa lagi SN akan kembali ke tanah air memandangkan masih ada urusan yang belum selesai. 2 tahun merupakan satu jangka masa yang panjang untuk menunggu saat bila akan berakhirnya perjuangan yang sekian lama di nantikan. Di sebabkan itu lah SN berulang alik dari Sweden Ke Malaysia sehingga satu tahap terasa dah nak menyerah tapi demi anak anak SN gagahi.
OK... sedih lah weiii tak nak lah nangis pagi pagi ni. Kita nak happy kan apa kata kita cuba resepi yang kini masih meletup. Sebenarnya Bomboloni a.k.a donut filling ni SN pernah buat 2 tahun yang lepas DISINI tapi sekarang ianya menjadi meletup di FB. Tapi kali ini SN guna resepi yang lain dan ianya tersangat gebu dengan gandingan filling nutella alahai nikmat sangat!. Resepi yang sangat mudah dan tersangat gebu. 2 hari pun masih lembut In Sya Allah. Jom kita tengok resepinya ye...
BOMBOLINI
Resepi: Sue Norrman
A.
400g tepung high protein
100g tepung gandum
80g gula halus
20g tepung susu
1 biji telur gred B
2 kuning telur
10g instant yis
1 sdt garam halus
2g Bakerine Plus (boleh guna bread improver atau rfb/cs/k.fine)
B.
180-190g air sejuk (peti sejuk)
40g susu cair/ fresh milk
C.
70g butter/ marjerin
Filling.
Nutella
Snow powder untuk salutan
Cara:
1. Satukan bahan A dalam mixer. Kalau menggunakan BM masukan bahan basah terlebih dahulu (air, susu dan telur) dan di ikuti bahan kering A.
2. Uli hingga sebati dan masukan bahan C.
3. Kemudian uli sehingga lembut dan elastik.
Note: Untuk memudahkan mengangkat donut untuk di goreng :
* Sediakan baking paper dan potong segiempat tepat anggaran 10-12cm satu.
* Potong mengikut kuantiti donut yang telah di hasil kan.
* Tabur sedikit tepung atas permukaan kertas.
4. Keluarkan doh dan timbang 40g dan bulat kan.
5. Letak atas kertas yang telah di potong dan di susun atas dulang. Rehat doh sehingga naik 2 kali ganda.
6. Tekan sedikit permukaan doh dan rehatkan lagi 10-15 minit.
7. Goreng api sederhana. Jangan selalu di balik cukup sekali balik sahaja supaya ianya menghasil kan ring yang cantik.
8. Gunting sedikit untuk buat lubang dan gelek dalam snow powder dan pipe filling.
9. Insyallah donut kekal lembut dan tahan 2 -3 hari.
10. Sedia untuk di nikmati.
Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan