Disember 04, 2018

Roti Manis Gebu



Assalamualaikum!


Hai semua! Apa khabar? Semoga semua pembaca semaniskasturi sihat hendaknya.
Hari ini SN berpeluang sekali lagi untuk entri seberapa yang mampu untuk memenuhi kekosongan ruang pada tahun 2018 yang hampir ke penghujung. Sebenarnya banyak resepi KIV yang telah di simpan rapi tapi masa tidak mengizinkan untuk SN berbicara.

In Sya Allah SN cuba buat yang terbaik dan usaha untuk entri yang termampu. Untuk hari ini SN entri roti yang menunggu giliran untuk di kongsikan dan seterusnya. Sebenarnya SN memang suka meroti walaupun yang makan cuma kami berdua. EN pun sekarang suka makan roti terutama buttermilk bun. Kalau seminggu memang pasti SN meroti.

OK! Roti manis yang sangat gebu dan sangat sedap. Cicah air kopi alahai memang hanyut. Untuk loyang yang comel tu SN beli di batam ketika SN mengikut EN ada tugasan di sana selama sebulan. Memang tidak dapat disangkal lagi segala loyang di Indonesia memang cantik cantik dan murah. Banyak juga yang SN angkut bawa balik ke Sweden hihi..

Kali ini SN menggunakan bakerin plus yang SN beli di batam juga di mana salah satu bahan pengembang dan menjadikan roti gebu yang di syorkan oleh Chef Agus. SN beli 1kg tapi entah tidak tahu bila habisnya. Memang ternyata tekstur dan hasil rotinya tersangat cantik. Banyak juga yang lain SN bawa balik macam cream super, RFB, K-fine dan tapi bakerin plus tetap menawan hati beta hihi..

So.... apa lagi boleh lah mencuba selepas ini kan? 


ROTI MANIS
Resepi: Sue Norrman

Bahan- bahan
A.
500g tepung high protein
75g gula halus
5g garam halus
10g instant yeast
2g bakerine plus( boleh guna bread improver yang lain) 

B.
1 biji telur gred A
200ml air sejuk peti ais
45g susu cair 

C.
60g butter/ shortening 

Sapuan.
Kuning telur + air/ susu cair 
             atau
spray dengan air sahaja


Cara:

1. Masukan bahan B ke dalam BM terlebih dahulu dan di ikuti bahan A.

2. Uli hingga menjadi doh sebati dan masukan bahan C.

3. Uli sehingga lembut dan elastik.

4. Keluarkan doh dan rehatkan 15 minit.

5. Kemudian timbang 35g setiap doh dan bulat kan.

6. Masukan ke dalam loyang yang telah di sapu shortening/ butter/      marjerin/ minyak.

7. Rehatkan lagi sehingga doh naik 2 kali ganda.

8. Sapu atas doh dengan sapuan dan tabur gula.

9. Bakar 20-25 minit sehingga keperangan dan keluarkan.

10. Boleh sapu butter atas untuk berkilat.



SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...