Januari 09, 2019

PAU KACANG MERAH GEBU DAN LEMBUT.. SEDAP!!





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi!! Alhamdulillah hari ini SN kembali lagi untuk entri seawal yang mungkin. Selepas subuh terus sarapan memandangkan security company (VERISURE) akan datang jam 7am untuk kerja penambahan kamera dan alarm sensor untuk semua tingkap. Sebenarnya ada cerita sedih dan trauma yang masih terpahat dalam fikiran kami suami isteri. Biarpun ianya sudah 2 bulan berlalu tapi ianya amat meninggalkan  kesan sedih di hati.

Insyallah tiba masa nya SN akan cerita dan bila hati dah kembali tenang. Itu adalah salah satu dugaan buat kami syukur semuanya selamat. Harta dunia hanya pinjaman sementara yang penting hidup harus di teruskan. Mungkin ada yang mengerti apa yang cuba SN sampaikan cuma sekarang ianya masih dalam siasatan polis.

OK.. kita teruskan untuk resepi boleh? Semestinya resepi yang SN suka dan inti kacang merah SN buat sendiri. Walaupun ianya tidak setanding yang dah siap seperti di kedai tapi ianya amat memuas hati. Pau kacang merah gebu Insyallah lembut. Resepi SN olah sendiri dari masa ke semasa. Nak cuba tak?? jom...





Pau kacang Merah Gebu
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
A.
250g tepung pau/ superfine/ hongkong atau gandum
1 sdt instant yis
185ml air sejuk (peti ais)

B.
50g tepung seperti di bahan (A)
1/2 sdm tepung ubi
1 1/2 sdt double acting baking powder - kalau tak ada boleh guna baking powder biasa
2 sdm gula pasir
Secubit garam

C.
3 sdm shortening/ marjerin/ minyak masak


Cara:

1. Uli bahan A sehingga kalis dan lembut. Rehatkan 20 minit.

2. Kemudian masukan bahan B dan uli lagi sehingga rata dan masukan bahan C.

3. Uli lagi sehingga elastik.

4. Rehat kan doh 20 minit sehingga naik dan boleh di timbang dan bulat kan.

5. Isi inti dan bulatkan lagi. Letak atas lapik kertas yang telah di potong. Rehatkan lagi 10-15 minit dan didihkan air kukusan.

6. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis. Kukus selama 7-8 minit sahaja.




Homemade Red Bean Filling
A.
200g kacang merah - cuci dan rendam semalaman
2 helai daun pandan - simpul

B.
50ml air
150g (+/-) gula pasir

C.
150ml minyak masak


Cara:

1. Rebus bahan A sehingga kacang empuk dan toskan air.

2. Kisar kacang menggunakan food processor sehingga halus dan ketepikan.

3. Masak bahan B sehingga gula hancur dan masukan kacang yang telah di kisar tadi.

4. Gaul rata dak kacau menggunakan api kecil sehingga kacang agak kering.

5. Masukan bahan C dan kacau lagi sehingga pekat dan menjadi paste. Tutup api dan biarkan sejuk. Sedia untuk di gunakan.



SELAMAT MENCUBA!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...