Memaparkan catatan dengan label PAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAI. Papar semua catatan

Januari 02, 2019

Soft Peach Pie.. sekali rasa pasti nak lagi!





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat Tahun Baru 2019 buat semua followers SemanisKasturi blog yang di sayangi. Semoga di tahun yang baru ini kita semua di limpahai rezeki dan kesihatan yang sihat hendaknya.

Alhamdulillah... hari ini SN berkesempatan untuk berbicara seketika sempena menyambut tahun baru walaupun keadaan tidak berapa sihat. Seminggu dah berlalu tapi sisa kesakitan masih terasa. Gastrik datang kembali tapi kali ini terasa amat sakit. 3 hari duduk di rumah sahaja makan pun tidak cuma dapat minum air sahaja. Episod pedih dan memulas bermula 4 hari lepas syukur semalam dah reda tapi masih berhati hati nak makan. Masak pun tidak syukur EN jenis yang tidak banyak ragam dan dapat masak sendiri.

Semoga SN terus di beri kekuatan dan bertambah rajin untuk menulis. Ini merupakan resepi tahun baru dan KIV resepi masih menunggu lagi.

Soft Peach Pie!! pernah cuba atau rasa tak?? Rugi tau kalau tak cuba. Tersangat sedap dengan gandingan vanilla sos walla enak sekali. Kalau nak lagi sedap guna fresh peach. 
Vanilla sos pula SN beli yang dah siap rasanya lagi sedap dan memudahkan kerja hihi..



SOFT PEACH PIE
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
 
5 biji buah peach - potong memanjang
4 sdm gula pasir - untuk tabur atas buah

*kalau menggunakan buah dalam tin, cuci terlebih dahulu dan skip gula sebab ianya sudah manis* 

A.
130g butter atau marjerin
120g gula kastor

B. (Ayak)
130g tepung gandum
1/2 sdt serbuk penaik
1 sdt gula vanilla/ 1/2 sdt esen vanilla
1/4 sdt garam 

C.
1 biji telur gred A atau B


Cara:

1. Preheat oven pada suhu 170 degree apai atas bawah.

2. Masukan buah peach ke dalam pai plate dan tabur gula. Ketepikan seketika.

3. Pukul bahan A sehingga putih dan berkrim. kemudian masukan bahan B.

4. Pukul lagi sehingga sebati dan masukan bahan C. Pukul lagi sehingga adunan rata.

5. Tuangkan ke dalam pai plate tadi dan rata kan. Bakar selama 30-45 min sehingga masak dan keperangan.

6. Sedia untuk di nikmati sama ada ketika masih suam atau biarkan sejuk seketika.



 SELAMAT MENCUBA!


September 03, 2016

CLASSIC APPLE POT PIE


ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni sue tak masak apa pun hanya makan pie saja. Buah epal yang sue ambil belakang rumah dan banayak epal yang jatuh. Autumn dah tiba dan daun2 kebanyakan dah kuning dan luruh. Semalam jiran sue datang rumah hantar buah plum yang dia tanam dan sue suruh pula dia petik epal sendiri. Alhamdulillah dia sudi dan sue suruh bagi dengan anak2 dan jiran sebelah rumah dia juga. Kalau tak di ambil sayang dan yang jatuh pun cik tupai tak larat nak makan.

Pie ni sue buat dalam remikin je senang nak cedok dan makan bersama vanilla whiiping cream. Sedap juga mudah dan jimat masa tak payah nak menggiling doh. Resepi doh memang sue selalu guna untuk membuat pie yang manis ada di entri (PAI) tapi kali ni sue buat dalam pot begini jadi crumble dan rangup.

OK... sini sue sekadar nak kongsi dengan teman semua pokok epal yang tak seberapa tapi Alhamdulillah masih banyak mengeluarkan hasil walaupun dirinya  dah di mamah usia. Pokol epal ni bukan yang jenis cangkuk sebab tu ianya besar dan rendang... Jom ronda cuci mata..


Hihihi... Ni lah pokok epal tepi dan belakang rumah. Pokok yang depan tu hasilnya tak berapa banyak tapi buahnya besar2 dan manis. Manakala yang tengah boleh lah banyaknya dan jenis epal hijau. Tak tahu pulak nama epal2 ni. Yang pasti setiap epal memang ada nama tersendiri. Tepi rumah  ni juga lah tempat sue selalu duduk ambil angin dan relek tapi sekarang dah tak syok lagi pasal cuaca dah sejuk.



Tengok yang kat atas tanah tu hari2 banyak yang jatuh. Di belakang pokok epal tu ada pokok Plum dan hazelnut tapi tadi lupa nak snap. Insyallah nanti kalau ingat sue ambil gambar pokok hazelnut ye.



Kalau ada budak2 memang seronok lah mereka tinggal petik je kan. Memang bila dah buahnya membesar dahan pun jatuh. Tiap2 pagi sue akan sapu dan buang epal yang dah di makan tupai dan membersih supaya ianya tak terlalu banyak dan busuk. Sambil tu jalan2 cuci mata padahal tak ada yang specialnya pun hihi..




Zoom sikit >> tengok jelas ni lah rupanya... Pokok epal ni buahnya hijau dan kemerahan sedikit. Kalau tak tahu memang fikir belum cukup tua tapi sememang buahnya begitu. Buat ulam pitis rojak sedap weiii...




Yang ni pokok epal yang tengah dan buahnya begini lah. Kalau tak ambil ni memang malam anytime jatuh tu. Dah cukup tua dan boleh di petik dah.




Haaaaa..... Ini pulak yang sue ambil tuk buat pie dan ulam dengan pitis rojak. Nak berulam hari2 mana larat kan dan esok nak ambil lagi buat jus pula. 

So.... jom tengok resepi pula..
 


CLASSIC APPLE POT PIE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/4 sdt garam

(B)
170g mentega/ marjerin - cairkan


FILLING
2-3 biji epal merah/ hijau - buang kulit dan potong nipis (buang biji)
Raw sugar atau gula perang secukupnya.
Sedikit serbuk kayu manis


Cara
*Panaskan oven pada suhu 150 - 160 degrees. Sediakan remikin atau pai plate kecil 2-3 biji*

1) Satukan bahan A dan ketepikan.
2) Cairkankan bahan B dan tuang terus ke dalam bahan A.
3) Gaul sebati sehingga menjadi doh dan suam.


4) Ambil sedikit dan tekan dengan garpu sehingga rata untuk base.


 5) Masukkan epal secukunya (tabur) diikuti gula dan serbuk kulit kayu manis. 



 6) Tutup permukaan epal/ remikin dengan doh tadi seperti gambar di atas. Doh agak lembab dan sebaiknya guna garpu dan ianya seakan crumble.

7) Bakar selama 25 minit menggunakan api bawah dan tambah lagi 15 minit menggunakan api atas bawah sehingga keperangan dan masak. Bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!



KRAM




Jun 20, 2016

TART/ PAI TELUR RANGUP DAN SEDAP


Baru berkesempatan update lagi resepi yang tertinggal. Pagi tadi sue terpaksa keluar sekejap ada urusan yang perlu di selesaikan. Bila balik baru dapat sambung kembali apa yang nak di entri. Tart ini sue buat semalam untuk tetamu. Base/ pastry yang sangat mudah dan sedap sekali.

Tak payah uli atau sejukkan masuk petiais macam biasa yang kita buat tart. Resepi sue ini bahan nya mudah  dan aduk sekali arung kemudian masukkan dan tekan dengan garpu saja dalam pai plate. Sue malas nak buat kecil-kecil tu yang menjadi macam pai hihihi... Untuk apa jenis pai base memang sesuai sangat macam DISINI. 
Manakala untuk filling sue olah sendiri dan rasanya memang enak dan tak berapa manis. Sesuai untuk acara makan sebagai pencuci mulut.




PAI TELUR RANGUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(untuk base)
170g mentega/ marjerin - cairkan
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/2 sdt garam


Cara


1) Satukan semua bahan dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama.

2) Kemudian masukkan kedalam pai plate.


3) Tekan dengan garpu sehingga rata seperti gambar di atas dan ketepikan sebentar sementara membuat filling.

*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees api bawah*


EGG FILLING
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
250ml susu segar
250ml whipping krim (dairy)
2 biji telur
2 biji kuning telur
100g gula kaster (kalau guna gula pasir kurangkan kalau manis)
1 sdt esen vanilla
Pewarna kuning sedikit


Cara


1) Satukan susu segar dan gula dan kacau sehingga gula hancur.


2) Kemudian masukkan telur dan kuning telur. Kacau sebati.


3) Diikuti whipping krim, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sebati lagi dan tapis.


4) Selepas di tapis tuang adunan kedalam base tadi. Adunan memang cukup untuk pai plate saiz 9 inci.


5) Sedia untuk di masukkan ke dalam oven. Bakar selama 30 minit sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing atau sehingga permukaan filling berkilat dan kering.

6)  Biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh lah dipotong.


 SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Jun 17, 2016

PAI FILO INTI DAGING BERKRIM


SELAMAT PAGI DAN SELAMAT MEMUNAI IBADAH PUASA..
Tak terasa 11 ramadhan sudah berlalu. menghitung hari untuk kita menyambut Syawal pula dan mungkin sekarang ada yang sudah sibuk menyediakan biskut buat tempahan dan sebagainya. Tapi sekali lagi pada tahun ini beraya di perantauan. Insyallah akan balik ke Malaysia untuk menyambut Aidil Adha. Semalam sue buat pai daging menggunakan filo pastry. Pernah pada tahun lepas sue buat tapi menggunakan acuan muffin DISINI . Kedua-duanya sedap bergantung pada inti sebenarnya. Dan untuk mendapatkan filo pastry amat senang sekali. Nak yang fresh di kedai arab semua ada tapi kalau frozen di supermarket biasa pun banyak. Sue lebih suka menggunakan filo pastry yang fresh sebab senang nak sapu butter dan tidak basah. So... untuk resepi jom!!


PAI FILO INTI DAGING BERKRIM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
10-15 keping filo pastry (Sue guna saiz besar dan potong 2)
Mentega/ marjerin cair secukupnya atau boleh juga guna minyak masak

(A)
1/2 biji bawang besar - cincang
1 sdt lada hitam - tumbuk halus (jangan guna serbuk ye!)
1 sdt oregano kering
300g daging cincang

(B)
1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis
1 mangkuk kecil kentang yang telah dimasak dan dipotong dadu kecil

(C)
1 cawan air sejuk
1 ketul kiub ayam/ lembu
Gula secukup rasa
Garam jika perlu

(D)
1/2 cawan krim putar (dairy)
2 sdm cream cheese

(E)
1/2 cawang kacang peas
Cheddar parut sedikit (kalau tak ada abaikan)

Cara
1) Tumis bahan A sehingga kuning.  Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
2) Masukkan bahan C dan kacau lagi sehingga mendidih menggunakan api sederhana dan rasa secukupnya.
3) Akhir sekali masukkan bahan D satu poersatu sehingga pekat dana sebati. Tutup api dan ketepikan sehingga suam.
4) Sediakan pai plate (terpulang pada saiz filo pastry) dan sapu dengan mentega atau minyak terlebih dahulu.
5) Ambil sekeping filo pastry sapu keseluruhan pastry dengan mentega atau minyak dan letak kedalam pai plate. Buat kesemua pastry dan atur letak pastry hendaklah mengelilingi permukaan pai plate supaya dapat dilipat atasnya.
6) Bila dan selesai masukkan inti serta taburkan bahan E dan sapu lagi mentega di hujung pastry dan bolehlah dilipat.
7) Bakar selama 25-30 minit pada suhu 160-170 api atas bawah bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan.
(kalau tidak perang pastry tidak menjadi ranggup)



SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Jun 13, 2016

PORTUGUESE KASTAD TART


ASSALAMUALAIKUM....
Selamat berbuka puasa untuk teman semua d malaysia tapi kami sini masih setia menunggu hampir 8 jam lagi.
Semalam sue berkesempatan membuat portuguese kastad tart yang menjadi salah satu tart kesukaan sue dan anak-anak.
lama rasanya tak buat dan last pada tahun 2011. Alhamdulillah rasa dan teksturnya masih seperti biasa. Resepi doh dan 
inti memang resepi asal dari sue sendiri yang sue olah mengambil masa yang agak lamak untuk mendapat rasa yang menepati citarasa yang sedap. Sini sue panjangkan resepi untuk semua yang ingin mencuba dengan tutorial yang jelas. Untuk mendapat pastry yang sedap kena bersabar ye. Insyallah kalau yang sudah mencuba boleh tinggalkan feedback ye. Mungkin ada yang terkurang sue boleh perbaiki kerana deria rasa kita berbeza.. In Sya Allah...


PORTUGUESE KASTAD TART
Resepi: Sue Norrman

Doh/ pastry
(A)
300g tepung gandum
250g mentega sejuk (biasa) - potong dadu kecil

(B)
80g air sejuk 
1/2 sdt garam halus
172 sdm jus lemon
1 sdt gula halus
1 biji kuning telur gred B


Cara 

*Ikut tutorial seperti diatas untuk mendapatkan doh/ pastry yang cantik*

1) Pukul bahan A seperti diatas sehingga sebati. Boleh juga guna food processor dan kisar. 
2) Masukkan bahan B dan uli hingga sebati dalam 3 minit sahaja. (Jangan pukul terlalu lama.)
3) Taburkan sedikit tepung untuk membulatkan doh seperti di tutorial.
4) Giling doh menjadi rectangular dan ketebalan dalam 2-3 mm.
5) Ambil bahagian hujung sebelah kanan atau kiri dan lipat separuh sehingga di tengah-tengah doh.
6) Ambil lagi di sebelah dan tindihkan di atas doh yeng telah di lipat tadi.
7) Bungkus dengan plastik lutsinar dan sejukkan selama 20-30 minit. Keluarkan dan ulang langkah yang sama (tutorial 5-7). Sementara itu bolehlah menyediakan inti kastad.
8) Dah siap 2 proses bolehlah disapu sedikit mentega kedalam acuan muffin.
*Panaskan oven pada suhu 200 degree api atas bawah*
9) Giling doh tadi dan cetak bulat 12-14 keping.
10) Kemudian giling lagi sedikit untuk membesarkan doh supaya cukup untuk menutupi tepi acuan. (2-3mm)
11) Buat sampai habis doh dan lebihan doh boleh guna acuan tart yang biasa (acuan tart telur)
12) Inti kastad sedia untuk dituang kedalam pastry.
13) Tuang sampai sama paras dengan doh dan ianya tidak akan mengelembung (jangan risau). Bolehlah dibakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing sehingga masak dan keperangan di permukaan kastad.
14) Keluarkan dari oven dan biarkan suam seketika dan bolehlah dikeluarkan dari acuan.



CUSTARD FILLING
Resepi: Sue Norrman

(A)
200ml whipping krim (dairy)
200ml susu segar
120g gula pasir

(B)
50ml susu segar
50g tepung kastad

(C)
5 biji kuning telur
2 sdt esen vanilla


Cara

1) Sediakan semua bahan-bahan.
2) Masak bahan A sehingga gula hancur sahaja (naik wap dan jangan sampai mendidih) dan tutup api.
3) Satukan bahan B sehingga sebati dan tidak berketul. Tuang kedalam bahan A tadi dan kacau sebati. Bketepikan dan biarkan suam.
4) Masukkan bahan C dan kacau sebati.
5) Tuang kedalam jag untuk memudahkan menuang kedalam pastry.
6) Bolehlah dibakar sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Januari 09, 2016

PAI STRAWBERI YANG SIMPLE DAN SEDAP


Hari ni seperti biasa cuaca masih sejuk gilerr.. seminggu ni dah temperature minus dan bersalji. Dalam kesejukan seronok juga tengok salji. macam jakun je setiap kali snow hihihi. 
Kemana je nak pergi teramatlah terbatas kalau snow tebal. Memang tak syok nak jalan-jalan tapi kalau tak keluar asyik nak makan je. Sejuk gini memang perut asyik berkeroncong minta diisi.
Pai ni cerita malam tadi.. sue buat pasal malas nak masak untuk dinner. Resepi yang teramat mudah dan pasti sedap!! tak caya cuba k. Pastry nya sue olah sendiri dan tak payah giling atau sejuk bagai.
 Kalau ada tetamu datang boleh aje buat segera. Masa membakar pun tak lama yang penting stok buah frozen ada stok. Ni pun sue guna strawberi frozen yang dah defrost terlebih dahulu. Manakal vanilla sos sue guna yang instant vanilla whipping cream. Insyallah sila lah cuba kalau nak tau sedap ke dak ye hihi..

PAI STRAWBERI
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/4 sdt garam

(B)
170g mentega/ marjerin - cairkan

Filling
300-500g strawberi - belah 4
80g gula kaster
Serbuk kulit kayu manis sedikit

Cara
*Panaskan oven pada suhu 170 - 180C api atas bawah*
1) Satukan bahan A dan ketepikan.
2) Panaskan bahan B dan tuang terus ke dalam bahan A.
3) Gaul sebati sehingga suam dan terus letakan kedalam pie plate 9 inci.
4) Tekan dengan garpu sehinga rata.
5) Tabur strawberi diikuti gula dan serbuk kulit kayu manis.
6) Bakar selama 20-30 minit sehingga keperangan.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

November 20, 2015

EGG AND MUSHROOM PUFFS


Assalammualaikum.. lama tak update dan rindu nak nak entri tapi memandangkan kita sibuk packing. Cuma tinggal seminggu lagi barang-barang dah kena pindah. Hari ni Sue tak de kelas pagi so boleh lah mengadap pc kejap nanti jam 12 kena pergi sekolah lagi.
Alhamdulillah.. puffs ni Sue buat 3 hari lepas untuk fika@ minum petang dalam kelas. Atas permintaan kawan-kawan dan mereka collect duit kecuali kita sebab kita yang buat hihihi.. Filling sue letak telur rebus dan  sampingan lain dan mereka amat berpuas hati. Ada yang nak order tapi bukan tak sudi cuma kenkangan waktu yang tak mengizinkan. Insyallah bila dah pindah bolehlah start lagi beraksi di dapur.
Semua kawan-kawan termasuk cikgu bagi pujian, bkn nak angkat bakul ye kerana di tempat kami memang susah nak dapat jualan bakeri halal dan pelbagai aneka cuma bakeri yang biasa jual kek dan roti saja... tak lebih dari itu. Bila sue buat cikgu terharu kerana inilah pertama kali mereka makan puffs sebegini. Itu cerita 3 hari lepas dan cerita semalam sue pergi temu janji dengan Swedish Public Employment Service atau dalam swedish Arbetsförmedlingen. Kalau kita dah daftar dengan mereka. 
Memang akan dapat surat atau temu janji untuk perkembangan atau planning. Rasanya ni kali yang ke-4 sue jumpa mereka.
Kali ni dengan sokongan mereka, Insyallah tahun depan sue akan mula buat home bisnes dengan bantuan dari mereka. Sue dah di daftar mereka dalam list sokongan dan akan berjumpa dengan municipal dalam masa yang terdekat. Tak perlu risau kerana semua di buat oleh syarikat yang mereka lantik khas untuk perundingan. Doakan Sue ye semoga semuanya berjalan lancar dan ingin mengangkat nama Malaysia di perantauan. Sue fokus dengan Malaysian delight seperti yang mereka sarankan dan semuanya pengiklanan di bantu oleh syarikat yang diberi kepercayaan. Pasal syarikat ini di bayar oleh Swedish Public Employment Service. Terharu dengan layanan dari mereka yang terfikir samapai ke tahap sedemikian sekarang.
Emo pulak kita yoo.. Oklah nanti sue kongsi lagi ceritanya ye.. Untuk bahan-bahan sue tak proper sukatan cuma main campak je tapi ni Sue bagi sukatan untuk memudahkan ye.


EGG AND MUSHROOM PUFFS
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1-2 paket frozen puffs pastry (segiempat)
5 biji telur rebus -potong empat

(A) Sos putih
2 sdm marjerin/mentega
2 sdm tepung gandum
2-3 cawan stok ayam atau susu segar

(B) 
1 biji bawang besar - cincang 
200g daging cincang
1 tin besar cendawan butang - hiris
3 biji kentang - potong dadu kecil dan rebus 3/4 masak. Toskan
Minyak untuk menumis

(C)
2 sdm soso tiram
1 sdm lea & perrin sauce
1/2 sdt lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
1-2 sdt serbuk perasa
Sedikit oregano kering

(D)
Marjerin/ mentega cair secukupnya
Kuning telur untuk sapuan atar puffs

Cara
1) Bahan A- Cairkan mentega menggunakan api kecil dan masukan tepung gandum. Kuar sampai tepung cair dan masukan stok ayam atau susu. Kacau sehingga sebati dan tutup api, ketepikan.
2) Bahan B- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning. Kemudian masukan daging cincang dan tumis sehingga bertukar warna. Masukan bahan selebihan dan kacau sebati.
3) Masukan bahan C dan raskan secukupnya dan biarkan masak dalam 2-3 minit dan tuangkan bahan A(sos putih).
4) Kacau sebati bahan-bahan dan tutup api. Biarkan sejuk.
*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees*
5) Ambil pufffs pastry dan bolehlah dipotong ikut citaras sendiri dan masukan inti dan telur rebus. Tekan tepi pastry dengan garpu dan letak atas loyang yang telas di sapu minyak atau merjerin.
6) Buat sampai habis dan sapu sedikit mentega cair pada puffs dan sapu kuning telur lagi. 
7)Bakar menggunakan api bawah 30 minit sampai kuning dan 10 minit terakhir menggunakan api atas bawah. Bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



Oktober 02, 2015

PAI LABU SEDAP


Selamat pagi.. beginilah kalau tak ada sekolah lebih-lebih lagi sekarang cuaca dah sejuk. Perut memang sentiasa bergendang minta di isikan. Labu ni pemberian kawan Sue Filipino minggu lepas. Dia tanam sendiri dan benih dari Filipin. Isinya halus dan manis sekali. Banyak kali dah masak labu ni dari di panggang dan suami cakap bosan asyik labu je LOL.
Pai labu ni selalu Sue buat suatu ketika dulu dan menjadi kesukaan kami sekeluarga. Pastry nya Sue olah sendiri manakala filling Sue dapat dari kakak ipar. kami disini apa yang berkaitan dengan pai yang manis memang tak lari dengan vanilla krim. Sue kehabisan stok vanilla dan makan dengan jem HJORTONSYLT ni pun sedap. Jem yang teramat mahal dan cuma buahnya banyak terdapat di utara Sweden dengan cuaca yang sejuk.  Insyallah rasa yang tidak menghampakan dan boleh dijadikan jualan sampingan.


PAI LABU SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan pastry
170g mentega atau marjerin - cairkan
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/3 sdt garam

Cara
1) Satukan semua bahan dan terus masukan kedalam pie plate 9 inci( Sukatan memang untuk satu pai)
2) Kemudian tekan menggunakan jari sehingga menutupi keseluruhan plate. Ketepikan dahulu sebentar sementara membuat filling.
*Pastry doh ini tidak payah di sejukkan*


Inti labu
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
250 g labu yang sudah di kukus atau rebus - lenyek halus
150g gula perang@ brown sugar
3 biji telur B
80g tepung gandum
11/2 sdt serbuk kayu manis
150ml fresh cream@ whipping cream

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
1) Pukul gula perang  dan telur sehingga kembang.
2) Kemudian masukan tepung dan serbuk kayu manis. Kacau sebati dan masukkan labu.
3) Akhir sekali masukan krim dan kacau sebati lagi. Tuang dalam pastry dah dan sedia dan bakar selama 30-40 minit. 10 minit terakhir menggunakan api atas bawah dan bakar sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


September 10, 2015

PAI KENTANG DAN CHEESE


Pai ni Sue buat semalam untuk dinner. Versi pai yang boleh di pelbagai dan Sue masuk je apa yang masih dalam petiais termasuk cream cheese manakala pastry Sue memang menggunakan doh pastry DISINI. Untuk apa je berasakan filling yang tak manis Sue memang menggunakan pastry ni. Filling kita boleh buat apa je yang bersesuai dan mudah sebenarnya. Untuk memudahkan Sue sertakan sekali pastry dohnya tapi kali ni Sue buat setengah bahan pastry je.


PAI KENTANG CHEESE
Oleh: Sue Norrman

PASTRY
240g tepung gandum
1 sdt serbuk penaik@ baking powder
1/3 sdt garam
1 sdt icing sugar
50-70g mentega
100ml (+/-) susu segar (Sue guna buttermilk)*

Cara
1) Satukan bahan-bahan kecuali (*) hingga menjadi macam serbuk roti.
2) Kemudian masukan (*) tadi dan uli menjadi doh.
3) Terap bulat dan masukan ke dalam loyang(loose pan) 7- 8 inci. Kalau tak ade loose pan boleh guna loyang biasa dan letak dulu aluminium foil dalam nya supaya nanti bila pai dah masak dapat di angkat.
*Mesti terap sedang besar ya supaya dapat tinggi sekelilingnya*
4) Cucuk pastry dengan garpu supaya bila di bakar tidak mengelembung dan sejukan dalam 10 minit sementara membuat bahan inti.


INTI KENTANG DAN CHEESE
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan 
(Sukatan inti ni untuk setengah bahan pastry dan guna acuan 6 inci)
(A)
400g kentang- kupas, potong sedang nipis dan rebus 1/2 masak- toskan.
1 tin cendawan butang- hiris nipis

(B)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
100g daging cincang
11/2 sdt oregano kering
1/2 sdt daun parsley kering
1/3 sdt lada sulah
Sedikit serbuk paprika
Garam, gula dan stok ayam pekat secukup rasa
Minyak zaitun atau mentega/marjerin secukupnya 

(C)
150g krim cheese (Sue guna Philadelphia)
150g creme fraiche@ sour cream
150ml krim putar
2 biji telur 

Cara
*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees api bawah*
1) Tumis bahan (B)- bawang hingga kuning dan masukan daging cincang hingga bertukar warna. kemudian masukan bahan selebihnya dan rasa secukupnya. Tutup api dan ketepikan sekejap.
2) Satukan bahan (C) sebati dan masukan bahan (B) tadi. Kacau sebati dan diikuti bahan (A). sebatikan lagi dan rasakan secukupnya dan tuang dalam pastry tadi.
3) Bakar 30-40 minit, bergantung pada oven masing-masing dan 10-15 minit terakhir menggunakan api atas bawah. Bakar hingga masak.


SELAMAT MENCUBA!

 KRAM





Ogos 26, 2015

CLASSIC APPLE PIE YANG SEDAP



Alhamdulillah..  Semalam balik sekolah siap makan apa semua terus menyambung buat pie. Siang lagi dah siapkan jem dan pastry nya. Memang sedap dan harum jem nya semerbak dalam rumah bila dibakar. Juga pastrynya memang sedap!!! Tak sabar nya menunggu sejuk lahab je lah bila suam. rasanya lagi sedap bila makan suam-suam. Resepi Sue ambik dari majalah makanan Sweden dimana minggu buah apple dan plums. So banyak versi tapi Sue tertarik dengan pie hihi.. Ni kena translate bahasa so terpaksa guna cara yang mudah.


CLASSIC APPLE PIE 
Resepi: Majalah Sweden
Oleh: Sue Norrman


Bahan-bahan
DOH
240g tepung gandum
120g icing sugar
150g mentega- sejuk
1 biji telur + 1 kuning telur (gred B)
1 sdm air sejuk

Cara
1) Satukan tepung gandum dan icing sugar sehingga sebati.
2) Kemudian masukan mentega dan gaul sehingga menjadi macam serbuk roti.
3) Diikuti telur dan air. Uli sebati hingga menjadi doh.
4) Bulatkan ikut saiz yang dikehendaki dan balut dengan plastik foil dan sejukan 30 minit.
*Panaskan oven pada suhu 180 degreesapi atas bawah*
5) Bila dan cukup masa bolehlah di terap dan letak kedalam pie plate. Buat kesemua dan cucuk dengan garpu.
6) Bakar 5-10 minit sahaja dan keluarkan dari oven sehingga suam/sejuk sebelum dibakar lagi bersama apple jem.

APPLE JEM 
Oleh: Sue Norrman


Bahan-bahan
1 kg epal- buang kulit dan potong dadu
100ml air
200g gula kasar (+/-)
2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt serbuk buah pelaga
1 kuning telur*

Cara
1) Satukan kesemua kedalam periuk kecuali (*)dan gaul rata.
2) Guna api kecil masak hingga apple hancur dan menjadi jem sebati kurang lebih dalam 30 minit.
3) Biarkan suam/sejuk dan boleh digunakan.
4) Masukan jem kedalam pie pastry yang sudah siap tadi, Buat anyaman diatas atau ikut kreativiti sendiri.
5) Sapu dengan kuning telur dan bakar lagi pada suhu 180 degrees 20-25 minit sehingga masak.
6) keluarkan dari oven dan sediaa untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...