September 10, 2015

PAI KENTANG DAN CHEESE


Pai ni Sue buat semalam untuk dinner. Versi pai yang boleh di pelbagai dan Sue masuk je apa yang masih dalam petiais termasuk cream cheese manakala pastry Sue memang menggunakan doh pastry DISINI. Untuk apa je berasakan filling yang tak manis Sue memang menggunakan pastry ni. Filling kita boleh buat apa je yang bersesuai dan mudah sebenarnya. Untuk memudahkan Sue sertakan sekali pastry dohnya tapi kali ni Sue buat setengah bahan pastry je.


PAI KENTANG CHEESE
Oleh: Sue Norrman

PASTRY
240g tepung gandum
1 sdt serbuk penaik@ baking powder
1/3 sdt garam
1 sdt icing sugar
50-70g mentega
100ml (+/-) susu segar (Sue guna buttermilk)*

Cara
1) Satukan bahan-bahan kecuali (*) hingga menjadi macam serbuk roti.
2) Kemudian masukan (*) tadi dan uli menjadi doh.
3) Terap bulat dan masukan ke dalam loyang(loose pan) 7- 8 inci. Kalau tak ade loose pan boleh guna loyang biasa dan letak dulu aluminium foil dalam nya supaya nanti bila pai dah masak dapat di angkat.
*Mesti terap sedang besar ya supaya dapat tinggi sekelilingnya*
4) Cucuk pastry dengan garpu supaya bila di bakar tidak mengelembung dan sejukan dalam 10 minit sementara membuat bahan inti.


INTI KENTANG DAN CHEESE
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan 
(Sukatan inti ni untuk setengah bahan pastry dan guna acuan 6 inci)
(A)
400g kentang- kupas, potong sedang nipis dan rebus 1/2 masak- toskan.
1 tin cendawan butang- hiris nipis

(B)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
100g daging cincang
11/2 sdt oregano kering
1/2 sdt daun parsley kering
1/3 sdt lada sulah
Sedikit serbuk paprika
Garam, gula dan stok ayam pekat secukup rasa
Minyak zaitun atau mentega/marjerin secukupnya 

(C)
150g krim cheese (Sue guna Philadelphia)
150g creme fraiche@ sour cream
150ml krim putar
2 biji telur 

Cara
*Panaskan oven pada suhu 170-180 degrees api bawah*
1) Tumis bahan (B)- bawang hingga kuning dan masukan daging cincang hingga bertukar warna. kemudian masukan bahan selebihnya dan rasa secukupnya. Tutup api dan ketepikan sekejap.
2) Satukan bahan (C) sebati dan masukan bahan (B) tadi. Kacau sebati dan diikuti bahan (A). sebatikan lagi dan rasakan secukupnya dan tuang dalam pastry tadi.
3) Bakar 30-40 minit, bergantung pada oven masing-masing dan 10-15 minit terakhir menggunakan api atas bawah. Bakar hingga masak.


SELAMAT MENCUBA!

 KRAM





Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...