September 09, 2015

CREME BRULEE LEMAK BERKRIM


Semalam sebelum pergi sekolah sempat lagi buat brulee ni. Kiranya bila balik sekolah tinggal nak hanguskan gula dan makan sejuk-sejuk memang sedap. Resepi Sue dapat dari rancangan tv masakan setiap pagi, rasanya tahun lepas tapi masih tersimpan rapi dalam buku catatan harian. memang sedap lemak berkrim dan gula sue guna rårörsocker@ raw cane sugar dalam bahasa english. Resepi yang mudah tak banyak bahan dan yang pasti gerenti sedap!


CREME BRULEE LEMAK BERKRIM
Resepi: Tv Sweden
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
400ml krim putar
100ml susu segar
5 biji kuning telur gred A (Sue guna telur organic)
80g gula kaster
1/2 sdm esen vanilla (Sue guna vanilla pod)
Rårörsocker@ raw cane sugar secukupnya untuk caramelized


Cara
*Panaskan oven pada suhu 150 degrees*
1) Sediakan dulang pembakar yang tinggi dan letakan ramekins dalam 4-5biji bergantung pada saiz- ketepikan.
2) Satukan bahan-bahan semua sehingga gula larut sahaja.
3) Tuangkan adunan kedalam ramekins tadi sehingga habis dan mencukupi.
4) Masukan ke dalam oven dan tuang air panas kedalam dulang tadi dan bakar selama 11/2 -2 jam bergantung pada oven masing-masing.
5) Bila dah masak buka pintu oven sedikit dan biarkan suam baru keluarkan dan bolehlah di sejukkan kedalam peti sejuk.
6) Bila nak makan boleh lah tabur sedikit raw sugar dan guna torch untuk membuat caramel.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...