September 10, 2015

APAM KENTANG COKLAT YANG GEBU


Berbalik pada apam.. salah satu kuih muih tradisi yang Sue suka. Kali ni bereksperimen menggunakan kentang rebus, coklat masakan putih dan coklat. Kita sedia maklum apa je penggunakan menggunakan kentang ianya pasti akan gebu dan lembut. 
Kalau menggunakan acuan yang comel lagi menggoda tapi Sue malas nak keluarkan yang comel-comel nak ambik mudah kukus guna loyang je. Rasa yang tak menghampakan dan yang pasti memang sedap!


APAM KENTANG COKLAT
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
60g mentega/marjerin
60ml santan pekat
60g coklat masakan putih- cincang halus

(B)
4 biji telur
120g gula kaster
100g kentang yang sudah dilenyek halus
1 sdt ovelette 1/2 sdt garam

(C)
80g tepung gandum- ayak halus
1 sdt baking powder

(D)
2 sdm coklat masakan yang sedah dicairkan + 1 sdmt serbuk koko

Cara
*Didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu*
1) Bahan (A)- cairkan mentega dalam periuk kaedah double boiler dan masukan coklat putih. Kuar hingga coklat cair dan tutup api. Alihkan mangkuk dari periuk dan masukan santan. Sebati dan ketepikan.
2) Pukul bahan (B) hingga kembang dan putih. Masukan bahan (C) dan pukul sebati (low speed).
3) Kemudian masukan bahan (A) tadi, kacau sebati dan bahagi 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan putih dan satu bahagian masukan bahan (D).
4) Sediakan loyang 7 inci segiempat dan lapik dengan kertas minyak. Tak payak digoles dengan mentega atau merjerin.
5) Kukus putih dahulu dalam 10-15 minit dan baru masukan adunana coklat dan kukus lagi 20-25 minit hinnga masak.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...