Jun 17, 2016

PAI FILO INTI DAGING BERKRIM


SELAMAT PAGI DAN SELAMAT MEMUNAI IBADAH PUASA..
Tak terasa 11 ramadhan sudah berlalu. menghitung hari untuk kita menyambut Syawal pula dan mungkin sekarang ada yang sudah sibuk menyediakan biskut buat tempahan dan sebagainya. Tapi sekali lagi pada tahun ini beraya di perantauan. Insyallah akan balik ke Malaysia untuk menyambut Aidil Adha. Semalam sue buat pai daging menggunakan filo pastry. Pernah pada tahun lepas sue buat tapi menggunakan acuan muffin DISINI . Kedua-duanya sedap bergantung pada inti sebenarnya. Dan untuk mendapatkan filo pastry amat senang sekali. Nak yang fresh di kedai arab semua ada tapi kalau frozen di supermarket biasa pun banyak. Sue lebih suka menggunakan filo pastry yang fresh sebab senang nak sapu butter dan tidak basah. So... untuk resepi jom!!


PAI FILO INTI DAGING BERKRIM
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
10-15 keping filo pastry (Sue guna saiz besar dan potong 2)
Mentega/ marjerin cair secukupnya atau boleh juga guna minyak masak

(A)
1/2 biji bawang besar - cincang
1 sdt lada hitam - tumbuk halus (jangan guna serbuk ye!)
1 sdt oregano kering
300g daging cincang

(B)
1 tin kecil cendawan butang - hiris nipis
1 mangkuk kecil kentang yang telah dimasak dan dipotong dadu kecil

(C)
1 cawan air sejuk
1 ketul kiub ayam/ lembu
Gula secukup rasa
Garam jika perlu

(D)
1/2 cawan krim putar (dairy)
2 sdm cream cheese

(E)
1/2 cawang kacang peas
Cheddar parut sedikit (kalau tak ada abaikan)

Cara
1) Tumis bahan A sehingga kuning.  Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati.
2) Masukkan bahan C dan kacau lagi sehingga mendidih menggunakan api sederhana dan rasa secukupnya.
3) Akhir sekali masukkan bahan D satu poersatu sehingga pekat dana sebati. Tutup api dan ketepikan sehingga suam.
4) Sediakan pai plate (terpulang pada saiz filo pastry) dan sapu dengan mentega atau minyak terlebih dahulu.
5) Ambil sekeping filo pastry sapu keseluruhan pastry dengan mentega atau minyak dan letak kedalam pai plate. Buat kesemua pastry dan atur letak pastry hendaklah mengelilingi permukaan pai plate supaya dapat dilipat atasnya.
6) Bila dan selesai masukkan inti serta taburkan bahan E dan sapu lagi mentega di hujung pastry dan bolehlah dilipat.
7) Bakar selama 25-30 minit pada suhu 160-170 api atas bawah bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan.
(kalau tidak perang pastry tidak menjadi ranggup)



SELAMAT MENCUBA!


KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...