Jun 17, 2016

MANGO CHEESE MOUSSE... Sedap!!


Eksperiment cheese dan mango mousse sue menjadi.. Alhamdulillah.
Semalam sue buat pencuci mulut untuk berbuka dengan menggunakan resepi eksperiment. Tak sangka kejadian selepas disejukkan membuat hati kita berbunga-bunga. Tapi sue suka letak dalam cawan untuk sekali makan dan kalau ada budak lagi best kan letak dalam cawan kecil pasti mereka suka!! Resepi dengan kuantiti sikit tapi kalau nak buat banyak kena double kan bahan ye. In Sha Allah...


MANGO CHEESE MOUSSE
Resepi: Sue Norrman

Bahan Cheese Mousse
(A)
125g cream cheese - suhu bilik

(B) 
(double boiler)
1 kuning telur
80g gula kaster/ pasir
80ml susu segar

(C)
1 sdm serbuk gelatin halal campur dengan 3 sdm air dan kacau - letak dalam cawan kecil
(rendam dalam mangkuk berisi air panas untuk mengekal gelatin cair)

(D)
1 sdt jus lemon (kalau tak ada boleh guna lemon emulco sedikit)
125ml whipping krim(dairy) - pukul pekat


Cara
1) Pukul bahan A sehingga lembut. jangan sampai kembang dan ketepikan seketika.
2) Guna kaedah double boiler dan masak sehingga gula hancur.
3) Kemudian tuang kedalam bahan A tadi dan kacau sebati. Guna spatula sahaja.
4) Diikuti bahan C dan kacau cepat-cepat supaya gelatin tidak berketul. Pastikan ketika menuang gelatin ianya cair sepenuhnya.
5) Akhir sekali masukkan bahan D satu persatu, kaup balik sehingga sebati. Bolehlah di masukkan kedalm bekas kaca atau cawan kecil.
6) Sejukkan seketika dalam 20-30 minit sebelum melapis mango mousse diatasnya.
7) Bila dan mengeras, carik permukaan cheese dengan garpu dan lapis dengan mango mousse dan sejukkan lagi.


MANGO MOUSSE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
150g buah manga yang masak (kalau mangga harum manis lagi sedap)
1/2 sdm jus lemon

(B)
1/2 sdm serbuk gelatin halal campur 2 sdm air dan kacau - letak dalam cawan kecil
(rendam dalam mangkuk berisi air panas untuk mengekal gelatin cair)

(C)
80ml whipping krim(dairy)
1-2 sdm gula icing 
(Pukul kental terlebih dahulu)


Cara
1) Kisar bahan A sehingga menjadi puri dan pindahkan purio kedalam bekas lain.
2) Masukkan bahan B dan kacau cepat supaya gelatin tidak berketul.
3) Akhir sekali masukkan bahan C kaup balik sehingga sebati.
4) Masukkan kedalam piping bag dan bolehlah di pipe atas cheese mousse tadi.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...