ASSALAMUALAIKUM!!
Haaaa tu dia. Kita ke japan pula ye hahaha.. Berangan jap tapi nak samapi ke sana entah bilanya. Okonomiyaki!! nama nya enak di dengar dan sesedap resepi nya juga. makan ni pasti nak lagi dan kenyang nya mengalah makan nasi. rasanya sangat sedap dan EN pun suka. Japanese pancake tapi dengan taburan bonita flakes menjadikan ianya semakin enak.
Ini merupakan kali pertama SN cuba buat dan memang tak rugi memcuba. Memandangkan bahan bahan semua masih ada memang tak melepaskan peluang. Pada yang nak mencuba resepi masakan jepun boleh cuci mata ke dapur Hana's Family memang tak mengecewakan. Semua masakan jepun hana nampak sedap. Thanks ye Hana SN panjangkan resepi nya dan semoga hana sentiasa di rahmati dan di beri kesihatan yang sihat.
OKONOMIYAKI
By: Sue Norrman
C&P Hana's Blog
Bahan-bahan :
1/2 biji bawang besar hiris
1 biji telur
150g kobis potong halus (bukan cincang yer)
100g tepung gandum/tepung okonomiyaki
4-5 batang crabstick (boleh letak udang,sotong etc)
Segenggam udang kering putih/pink
150ml
stok dashi (jika tiada guna air biasa,tambahkan sedikit garam/kiub
ikan bilis)
Bahan taburan nori halus dan juga katsuoboshi (bonito
flakes/ikan panggang sagat)
Sos
okonomiyaki dan juga mayonis. Jika tiada sos okonomiyaki, boleh buat
sendrik campuran kicap pekat, kicap cair/worcestershire sauce.tp rasa
lari sket la..
Cara-cara:
satukan semua bahan kecuali sos dan bahan
tabur dan kacau sebati. Adunan bila dicampur jgn terlalu cair macam
lempeng mesia yer.. lihat seperti gamba bawah.. begitu kejadiannyer
seperti di restoran2 jepun.. boleh letak kepingan hirisan daging jika
suka..
Panaskan
sedikit minyak dalam kuali.. Masukkan bahan yang sudah di gaul. Biarkan
masak lebih kurang 8-10min.. Guna api kecil takut hangus.. Kemudian
terbalikkan..
bila dah masak, telangkupkan pinggan atas kuali dan terbalikkan.. sapu sos okonomiyaki.
picitkan pula sos mayonis, taburkan nori halus dan juga boneto flakes..
potong square dan bismillah..... jemput makan...
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan