Januari 08, 2019

PISANG GORENG RANGUP.





ASSALAMUALAIKUM!

Selamat pagi semua.. semoga sihatnya hendak di samping menjalankan tugas harian.
Seperti yang di janjikan SN akan usaha untuk entri sebanyak mungkin resepi yang KIV setahun lama dari masa ke semasa. Memandangkan sekarang SN cuma masak yang simple untuk diet sahaja. Maka nya untuk tahun ini kuranglah resepi untuk di cuba tapi Insyallah SN akan cuba buat yang terbaik.

Berbalik pada kesihatan, SN masih dalam pemantauan dan masih makan ubat tapi dos yang kuat. Mana tidak nya  ahad lepas SN kena  serang lagi,  Ya Allah tak terkata sakitnya..
Rasanya tidak ada apa yang salah di makan cuma sarapan sebiji telur, avocado dan air suam. 20 minit lepas tu perut dah memulas sampai ke hulu hati dengan teruk sekali. Rehat dalam tandas setengah jam berpeluh peluh sampai EN tak keruan. Selesai dari tandas balik ke ruang tv masih lagi sakit dan kali ini SN terpaksa sujud dah tak tahan sakit. Tanpa di sedar menangis semahunya. Bila En nampak SN dah teruk dia dah bersuara kena call ambulan tapi SN tak mahu tetap masih berdegil. 4 jenis ubat dah di makan masih tak jalan.

Akhirnya SN mengalah untuk ke emergency di mana EN dah telefon klinik untuk emergency. Walaupun berjalan terpaksa di pimpin tapi masih boleh berjalan. Bila sampai register apa semua terus masuk. Syukur Alhamdulillah dengan penerangan doktor yang amat jelas membuat SN menangis dan terharu. Di mana doktor menyarankan  untuk terus makan ubat selama 4 minggu dengan menambah dos yang lebih kuat. Mulanya doktor memberitahu lepas setengah jam rehat mereka akan membuat satu ujian di mana kamera akan di masukan ke dalam perut melalui mulut tapi SN tak mahu, serau rasanya. Tapi doktor cakap ini harus untuk kebaikan dan segala tanda tanya akan terjawab. Dalam pada masa yang sama SN di beri ubat untuk berehat selama setengah jam untuk pemantauan. Andai beransur surut sakitnya SN boleh balik tapi kalau tak ada perubahan terpaksa kamera di masukan. Allahu.. menagis tua di buatnya untuk membuat pilihan.

Alhamdulillah.. SN di benarkan balik tapi makan semua kena jaga. Insyaallah.. hingga ke hari ini SN cuma makan bubur dan makan yang mudah di hadam sahaja tapi keinginan nafsu menghantui betul. Bila rasa nak makan itu ini EN dah bersuara hahahaha.. baik juga kan ada yang masih sayang.

OK.. dah panjang lebar SN berceloteh, so SN nak kongsi kan resepi yang sangat mudah dan pasti menjadi kesukaan semua. Goreng pisang rangup versi SN sendiri. Kalau parti goreng pisang memang SN paling suka tak kira salutan nya rangup atau tidak. tapi kalau tepung nyan rangup itu satu nikmat kan? Resepi KIV dan selamat mencuba!


PISANG  GORENG RANGUP
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan

Pisang abu/ tanduk/ kapok secukupnya

Bancuhan tepung
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 sdm tepung kastad
1 biji telur gred B atau C
1/3 cawan air sejuk (peti ais)
2 sdt air kapur 
2 sdt gula pasir
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
2 sdt marjerin yang telah di cairkan

*Minyak secukupnya untuk menggoreng*

Cara:

1. Satukan  bahan untuk bancuhan tepung sehingga sebati.

2. Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga panas.

3. Belah 2 pisang atau terpulang mengikut citarasa sendiri dan celup/ golek dalam bancuhan tepung tadi.

4. Goreng sehingga kekuningan dan balik lagi sebelah sehingga keperangan juga dan garing.

5. Angkat dan toskan atas tisu dapur dan sedia untuk di nikmati.




SELAMAT MENCUBA!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...