Semalam ke Japan hari ni ke Korea pula... Bibimbap dalam bahasa korea dan orang putih pula panggil mixed rice with veggies and meat. Teringin nak makan bibimbap semenjak balik dari malaysia jun lepas. Alhamdulillah craving satisfied walaupun hanya menggunakan asas sayur yang wajib. Manakala daging pula sue goreng sekejap sebab tekak tak lalu makan yang raw walaupun dah di merinate.
Resepi sue ambil dari youtube dari resepi famous chef Maangchi. Semua masakan chef ni memang terliur melihatnya. Kalau nak tengok cara beliau membuat bibimbap DISINI
Untuk resepi full DISINI
Menu makan malam sue ini saja dan ianya memang mengenyangkan walaupun tanpa nasi tapi sue makan bersama semangkuk kecil nasi. Kalau nak ikut full resepi banyak tu tapi sue kurangkan kuantiti dan cuma menggunakan sayur yang ada sahaja. Yang lain insyallah boleh cuba next time. Sini sue kongsi cara mudah menyediakannya untuk makan berdua.
BIBIMBAP - KOREAN MIXED RICE
By: Sue Norrman
Bahan-bahan
1 mangkuk kecil tauge - cuci bersih
1 ikat sayur bayam - buang akar dan cuci bersih dan toskan kemudian di perah menjadi macam bola - ketepikan.
1 batang lobak merah saiz sedang - potong kecil besar batang mancis
1 mangkuk kecil cili benggala (merah/ kuning) - potong panjang macam lobak merah
1/2 biji timun - buang sedikit empulur dan hiris jangan terlalu nipis
200g daging batang pinang - hiris nipis dan potong sebesar jari kecil
4 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sdm madu
Kicap cair secukupnya
Garam secukupnya
Bijan putih - sangai kuning
2 - 3 telur - goreng mata lembu
Minyak bijan secukupnya
Nasi putih secukupnya
Minyak secukupnya
Cara
*Tauge - rebus tauge dengan air secukupnya selama 20 minit dan tudungkan. Ketika merebus jangan di buka tudung dan biarkan ianya masak sampai tempoh yang dikehendaki. Setelah masak, cedok menggunakan penapis dan letak kedalam mangkuk dan biarkan sejuk. Kemudian ambil sedikit bawang putih tumbuk, sedikit minyak bijan dan sedikit garam. Gaul sebati dan ketepikan.
*Bayam - bayam yang dah di bentuk jadi bola di potong 2 inci. Masukkan 3/4 sdt kicap cair, 3/4 sdt minyak bijan, sedikit bawang putih dan bijan goreng. Gaul sebati dan ketepikan.
*Lobak merah - panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga layu sekejap dalam 1 minit dan tutup api dan letak dalam mangkuk.
*Cili benggala - panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga layu sekejap dalam 1 minit dan tutup api dan letak dalam mangkuk.
*Timun - panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga layu sekejap dan masukkan sedikit bawang putih dan gaul sebati. Tutup api dan letak dalam mangkuk.
*Daging - gaul sebati bersama 1 sdm madu, 3/4 sdm kicap cair, 1 sdt bawang putih tumbuk, 11/2 sdt minyak bijan. Perap selama 1/2 jam dan tumis sedikit dengan sedikit minyak sehingga bertukar warna dan tabur sedikit bijan goreng. Gaul sebati dan tutup api.
(resepi asal ianya tidak di tumis tapi sue tak suka so kita tumis sekejap)
>>Sediakan pinggan cebung kemudian letak nasi dan ratakan. Susun sayuran dan daging di keliling pinggan dan letak telur goreng di tengahnya. Tabur sedikit bijan dan sedia untuk di makan.
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan