Ogos 19, 2016

Donut yang sangat gebu dan lembut



ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Alhamdulillah kini sue kembali ke dapur setelah 4 hari bercuti dan keadaan yang kurang sihaat. Beginilah setip tahun kalau dah masuk musim sejuk memang akan selsema dan batuk tapi batuk dah reda cuma masih selsema sedikit. Nak makan pun tak lalu bila kepala pening dan asyik batuk. Hari ni baru rasa nak makan tapi segera teringat nak makan donut yang ada inti macam di jual di supermarket. Kita gagahi juga walaupun buat tak banyak mana pun. Cuma melansungkan hajat tekak tapi bila dan makan 3 biji dah mula lagi batuk. Sue terus minum jus lemon yang baru di perah letak 2 sudu makan madu alhamdulillah hilang rasa gatal.

Ok.. berbalik pada donut, sebenarnya ini resepi ekperimen sue cuma nak cuba buat menggunakan kaedah sponge doh kot2 menjadi lembut tanpa bread improver atau bahan pelebut yang lain. Pada mulanya sue berserah kalau tak menjadi ni kita makan je dan cuba lagi sehingga menjadi baru nak share resepi. Tapi bila dah di goreng ya allah cantik dan ring yang mahal tu nampak jelas sekali. Tekstur nya sangat gebu dan lembut. Ada yang sue buat untuk inti dan separuh sue buat yang biasa di salut gula dan tepung susu.

Sponge doh sue perap setengah jam dan bahan lain semuanya bahan basic. Yang penting uli kena sampai betul-betul elastik baru ianya gebu dan lembut. Inti sue guna epal jem, lingon jem dan krim kastad.  Nak cuba resepi tak? Insyallah ianya sangat lembut...


DONUT GEBU DAN LEMBUT
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
(Dapat dalam 10 biji) 

Sponge doh
3/4 sdm instant yis
50g tepung gandum
60g air sejuk (suhu bilik)
  
>>Uli bahan sponge doh sehingga sebati dan menjadi doh selama 5-6 minit dan rehatkan 30 minit. Tutup mangkuk dengan kain.


Main doh
(A)
250g tepung roti/ high protein
2 sdm tepung susu
1 1/2 sdm gula halus
1 sdt serbuk penaik
1/2 sdt garam halus
1 biji telur gred A atau B
Sponge doh
120ml (+-) air sejuk peti ais (boleh tambah lagi dalam 1-3 sdm kalau doh terlalu keras)

(B)
1 1/2 sdm mentega/ marjerin

(C)
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Untuk inti
Jem secukupnya - terpulang mengikut citarasa
Krim kastad
Gula halus
Tepung susu secukupnya
*Masukkan inti jem dan kastad ke dalam piping bag terlebih dahulu untuk memudahkan di pancit ke dalam donut.
*Gaul sebati gula dan tepung susu sedikit untuk donut biasa.




Cara
1) Satukan bahan A dan uli hingga kalis. 
2) Kemudian masukkan bahan B dan uli lagi sehingga elastik.
3) Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda dalam 45 minit - 1 jam bergantung pada suhu ruang.
4) Setelah cukup masa, tumbuk doh untuk membuang angin dan timbang doh mengikut saiz yang di kehendaki.
(sue timbang 50-55g)
5)  Bulatkan doh sehingga licin dan letak atas talam yang di tabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Rehatkan lagi selama 15 minit dan tekan sedikit permukaan doh terap di tengah doh tadi dengan penutup botol atau acuan biskut kecil yang bulat. Untuk donut berinti jangan di lubangkan tapi di giling sedikit supaya ianya lebar.
6) Setelah selesai rehatkan lagi sehingga doh  (jangan terlalu kembang) anggaran 30-35 minit sahaja.
7) Panaskan minyak secukupnya (minyak banyak) dengan suhu sederhana sehingga panas.
8) Masukkan 3 -4 biji sahaja untuk sekali goreng. Ketika memasukan donut jangan di kacau dan biarkan ianya naik dengan sendiri dan masak selama 45 saat ke 1 minit dan baru balik sebelah. Kaedah yang sama sehingga kuning dan angkat.
9) Goreng sehingga habis dan pastikan api jangan terlalu kecil atau besar. Suhu sederhana menjadikan donut ketika di goreng akan menjadi cantik dan mendapat 'RING' yang di idamkan hihihi.. (Maaf ye gurau je)
10) Biarkan suam dan salut dengan gula di campur sedikit tepung susu dan isi inti.

P/S:- Untuk memasukkan inti kedalam donut, ambil chopstik dan cucuk kedalam donut serta gerakkan sedikit bahagian dalam donut untuk mendapat ruang inti yang lebih. Pancit inti yang telah di masukkan kedalam piping bag terlebih dahulu.


INTI KRIM KASTAD
1 sdm tepung kastad
250ml susu segar
2-3 sdm gula pasir
Sedikit esen vanilla 

 *Kacau sebati dan masak atas api sederhana sehingga pekat. kalau terlalu pekat tambah lagi sedikit susu segar. Ianya bergantung pada kualiti tepung kastad*



SELAMAT MENCUBA!



KRAM


Catat Ulasan

"Selamat Hari Raya Maaf zahir & Batin"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...