September 02, 2015

BINGKA TELUR KASTAD


Tak keruan dibuatnya bila dalam kepala duk fikir nak makan bingka. Untuk melepas hajat Sue buat bingka telur je untuk minum petang kami. Resepi hasil ilham Sue sendiri dan bertahun menggunakan resepi yang sama untuk semua jenis bingka cuma kalau ada tambahan puree, ianya menjadi semakin sedap.
Resepi ni dah jauh merantau dan menjadi feveret keluarga kawan Sue di Turkmenistan. Tiap kali menggadakan apa-apa keramaian dan jamuan dia tetap membuat bingka dengan berbagai jenis perasa. Alhamdulillah dan syukur.. Sini Sue panjangkan lagi ilmu semoga memberi manfaat kepada semua teman-teman..


BINGKA TELUR KASTAD
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A) 
4 biji telur ayam 'A'
150g gula pasir

(B)
180g tepung gandum
50g tepung kastad 
1/2 tin kecil susu pekat manis (kalau tak nak manis kurangkan gula)

(C)
400ml santan pekat
200ml susu cair
100g mentega- cairkan
Pewarna kuning sedikit

(D) 
200ml air panas mendidih

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
1) Satukan bahan (A) dan kuar menggunakan senduk kayu sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) satu persatu dan kuar sebati.
3) Masukan bahan (C) dan sebatikan lagi dan akhir sekali masukan bahan (D). 
4) Sapu loyang 9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas mintak. Tuang adunan dan bakar selama 40-50 minit api bawah (bergantung pada oven masing-masing. Kalau nak lebih keperangan lebihkan lagi masa membakar). 10 minit terakhir guna api atas bawah sehingga permukaanya  keperangan.
5) Rehatkan sekejap dalam oven setelah masak baru keluarkan dan biarkan sejuk sepenuhnya.

*Adunan memang agak cair dan jangan tambah apa-apa tepung. Kalau di tambah tepung lagi ianya menjadi keras.*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

2 ulasan:

HomeKreation berkata...

Wah Along suka kuih cam tuk.... Nampak cantik sangat....mok kmk try kelak!

Sue Norrman berkata...

Kmk suka molah kuih org lamak lebih2 lagik bingka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...