Julai 13, 2015

GRANOLA BARS TERBAIK


Nak intro sikit.. Rugi kalau tak buat. Untuk hidangan hari raya dan kudapan memang terbaik. Kanak-kanak pun suka. Resepi ni Sue dapat dari adik. Sabtu lepas Sue telefon mak di Kuching, biasalah dah nak raya banyak ceritanya. Tanya itu dan ini juga persiapan macamana kan. Berkesempatan bercakap dengan adik tu yang dapat resepi..hihihi. Dia dah buat siap-siap dari rumah sebelum terbang beraya d Kuching. Adik dan kakak Sue kalau raya memang ambil tempahan kek. Biasa kek lapis jadi tambatan di hati manakala adik Sue pula di jual dengan kawan-kawan pejabat ipar dia dan jiran. Dia duk d bangi so kalau musim perayaan memang dia busy memanjang buat kek lapis. Tahun ni dia tambah lagi satu tuk kawan-kawan yang pernah makan granola bars yang dia buat. Sini Sue panjangkan resepinya atas persetujuan adik. Alhamdulillah.. Rugi kalau tak mencuba. Boleh potong kecil dan nipiskan sedikit kalau tak nak tebal. Resepi yang ringkas dan bahan-bahan pun senang nak dapat. Lumayan juga hasilnya kalau kita buat nipis tapi Sue buat untuk setenhan adunan je. Insyallah habis nanti kita buat banyak. Resepi nya mai kita tengok..

GRANOLA BARS TERBAIK
Resepi: Norliza (Adik)
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
200g mentega
300g rolled oats - di goreng tanpa minyak hingga kekuningan
100g nestum
100g gula perang(brown sugar)
40g sliced almonds*
60g isi kuaci*
40g sliced nuts*
40g isi kuasi(labu)*
120g golden syrup
60g kismis hitam
Bijan putih dan hitam secukupnya

Caranya
1) Bakar sekejap yang bertanda (*) hingga kekuningan. Ketepikan.
2) Panaskan oven suhu 180C api atas bawah
3) Cairkan mentega, guna api kecil dan masukan rolled oats, kuar sebati.
4) Kemudian masukan bahan-bahan lain mengikut turutan satu persatu hingga habis kesemuanya dan sebati.
5) Masukan ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper, tekan-tekankan supaya padah dan rata.
6) Masukan ke dalam oven dan bakar kurang lebih dalam 15-20 minits. Jangan terlalu kuning takut pahit. Cukup bila kecoklatan dan keluarkan.(Bila dah cukup masak akan nampak kismis mengelembung) dan tekan padat lagi.
7) Biarkan suam baru di potong.
8) amasukan ke dalam bekas kedap udara.

P/s👉🏾 Jangan dipotong ketika masih panas kerana ianya akan hancur.

SELAMAT MENCUBA!



KRAM




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...