Julai 13, 2015

FILLET IKAN DAN SOS TELUR BERKRIM


Alhamdulillah.. Lauk Iftar semalam #Ramadhan25. Masih sendirian dan berbuka ala kadar je. Rasanya lama juga tak masak nasi. Bila nak masak terfikir pulak nak makan yang lain. Masak yang simple dan tak banyak kerja. Nak makan banyak memang tak dapat bertambah. Kenyang air kot. Semalam Sue masak fillet ikan je. Rasanya ikan RÖDSPETTA tak de di tempat kita. Isinya sedap dan jenis ikan nipis. Memang sesuai untuk buat fillet. Kadang Sue guna ikan kod untuk fillet atau fish ball. Boleh ajer guna mana-mana ikan yang sesuai kan asalanya sedap. Resepi Sue simple je dan Sue tak goreng fillet nya sekadar masak dengan butter guna non stik. Kita boleh pelbagai kan sos nya kan tapi nafsu puasa ni memang nak makan semuanya. Kalau nak cuba cara mudah boleh lah mencuba.. Jommmm..

FILLET IKAN
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

(A)
3-4 keping ikan yang dah di potong jadi fillet
1sdm lemon jus
Garam dan lada secukupnya

(B)
1-2 biji telur - pukul hancur saja
120g tepung gandum
120g serbuk roti
Mentega secukupnya

Cara
1) Gaul sebati bahan A.
2) Letakan bahan B dalam mangkuk berasingan
3) Kemudian masukan ikan ke dalam tepung, sebatikan. Celup dalam telur pula,angkat dan masukan ke dalam serbuk roti tadi.
4) Ulang step yang sama sampai habis.
5) Panaskan pan dan masukan mentega. Biarkan cair dan masukan fillet tadi. Guna api kecil dan balik-balikkan hingga masak.
(Pastikan mentega cukup untuk menggoreng fillet)



SOS TELUR BERKRIM
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
4 biji telur - di rebus dan potong dadu kecil
11/2 sdm tepung gandum
200ml susu segar
200ml krim putar/double krim
3 biji bawang holland/bombay
2 sdm mentega
Garam, lada hitam kasar dan gula secukup rasa
Daun bawang secukupnya

Cara
1) Panaskan mentega dan tumis bawang hingga kuning. Taburkan tepung gandum dan kuar sebati.
2) Masukan susu dan perasa secukupnya. Bila dan mendidih baru masukan krim. Kuar sebati masukan telur.
3) Tabur daun bawang bila nak makan atau boleh masukan sekali dalam sos juga boleh tambah sayur sampingan atau salad.


SELAMAT MENCUBA!




KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...