Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Sweden. Kerinduan pada saat begini bersama keluarga terasa amat menyedihkan bagi kami yang merantau.
Semalam Sue buatkan lemang kukus untuk tetamu petang nanti juga beberapa biji pulut panggang dek kerana teringin nak makan pulut panggang. Untuk mencantikkan Sue guna press grill mesin je. Lemang kukus ni memang selalu Sue buat kalau kepingin nak makan malah ianya lebih mudah tak payah duk menunggu depan bara. Tapi biasanya selepas dikukus Sue masuk oven lagi untuk mengeringkan sahaja supaya bila dipotong cantik kejadiannya.
Rasanya juga sedap lebih-lebih lagi dimakan bersama rendang dan nasi himpit.
LEMANG KUKUS
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
3 cawan beras pulut - cuci dan rendam 4 jam (bergantung pada jenis beras pulut). Kemudian toskan.
(Sue cuma rendam 1 jam kerana menggunakan beras pulut susu siam. )
3 cawan santan pekat + 1 sdt gula dan garam secukupnya - masak sehingga pecah minyak.
3 helai daun pandan - simpul
Daun pisang secukupnya - layukan atas api supaya lembut dan senang bila digolong.
Aluminum foil
Cara
*Panaskan kukusan terlebih dahulu*
1) Sediakan loyang dan masukan beras pulut. Ratakan.
2) Tuang santan yang sudah dimasak tadi serta daun pandan. Sukatan santan mesti sama paras dengan beras. Jangan lebihkan santan nanti beras akan lembik bila sudah masak.
3) Kukus dalam 30 minit bergantung pada beras sehingga masak.
4) Bila dah masak keluarkan dan carik-carikan dan bairkan sejuk.
5) Kepal pulut mengikut saiz yang disukai dan letak atas daun pisang. Golongkan padat supaya daun pisang melekat. Hujung sebelah menyebelah buncu lipatkan dan golong lagi dengan aluminium foil.
6) Buat sampai habis dan kukuskan lagi dalam 20 minit dan kemudian bolehlah dimasukan ke oven . Bakar 20 minit pada suhu 180 degrees api atas bawah.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
2 ulasan:
Nampak sedap dan mudah disediakan..tq sharing
welcome.
Catat Ulasan