Alhamdulillah.. menu raya haji yang simple dan tak pedas untuk tetamu kalau pedas takut mereka tidak dapat makan. Kali ni Sue buat kari campur daun limau purut dan daun kunyit ala rendang. Cuma kebihannya Sue menggunakan lebih serbuk kurma untuk memberi rasa yang lebih sedap. Manakala daging Sue buat masak hitam kerana mereka lebih suka masak hitam berbanding masakan lain DISINI.
KARI AYAM DAUN KUNYIT
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
1 ekor ayam anggaran 1kg lebih - potong, cuci dan toskan.
1-2 sdt serbuk kunyit
1 sdt garam
*Gaul sebati dan ketepikan*
(A)
1 biji bawang besar - hiris nipis
1 helai daun pandan - simpul
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bungan lawang
3 biji buah pelaga
5 biji cengkih
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan kisar
1 biji bawang bombay kecil
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
Paste
3 sdm serbuk kari ayam babas
6 sdm serbuk kurma babas
3 biji buah keras yang sudah di tumbuk halus
air secukupnya untuk membancuh
(B)
3-4 cawan santan pekat
5 sdm kerisik
4 lambar daun limau purut
Air asam asam, garam dan sediki gula melaka - secukup rasa
(C)
5 helai daun kunyit - hiris halus
Cara
1) Panaskan minyak dan masukan bahan (A). Tumis sehingga bawang layu dan masukan bahan kisar.
2) Tumis lagi sehingga bawang masak dan pecah minyak. kecilkan api.
3) Kemudian masukan paste dan biarkan sehingga kari betul-betul masak dan pecah minyak. Sentiasa di kuar takut kari hangus. Kalau terlalu kering boleh masukan sedikit air supaya kari tak hangit.
4) Bila kari dah masak masukan ayam dan kuar sebati. Tudung kuali dan renehkan sehingga ayam keluar air.
5) Masukan bahan (B) dan masak sehingga santan pekat dan secukup rasa. Akhir sekali bila santan dah pekat baru masukan bahan (C), kuar sebati dan tutup api.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan