Alhamdulillah.. Semalam bila tetamu datang Sue sajikan mexican bun panas untuk mereka. Bila dah tahu jam mereka sampai Sue siapkan doh dan menunggu bun naik.
Sejurus mereka datang Sue pun terus letak topping dan masuk oven.
Wallla.. Harum semerbak rumah dengan haruman kopi dan semua duk tanya. Bila dan siap Sue teruskan keluar dari oven hidang sekali dengan dulang tak sempat nak letak dalam pinggan. Masing-masing dan masuk dapur nak rasa. Sue cuma sempat ambil gambar LOL.
Syukur Alhamdulillah semua memuji sedap. Kita pun senyum bila mereka makan serta anak-anak mereka pun suka. Di Sweden memang tak ada jual bun begini di bakeri. Mungkin itu mereka rasa satu kelainan.
Insyallah kalau ada undangan Sue akan buat lagi dan letak filling.
MEXICAN BUN SEDAP
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
400g tepung roti@ High protein flour
60g gula halus
25g tepung susu
2 sdt instat yis
1/2 sdm leciten pumpable (wet) - boleh ganti dengan bread softener (skip kalau tak nak)
1 sdt monofresh - boleh ganti bread improver 1/3 sdt
1/2 sdt garam
(B)
*Timbang sama dalam satu bekas*
80g ais batu
90g air sejuk
1 biji telur B
(C)
30g butter oil substitute - kalau tak ada ganti butter biasa
Cara
1) Gaul sebati bahan (A) dalam bread maker atau mixer. Pastikan yis di letak terlebih dahulu sebelum tepung untuk menggelak ianya terkena garam dan roti tidak akan mengembang.
2) Set mesin pada setting doh dan bolehlah di on kan dan masuk bahan (B) sikit-sikit sehingga sebati dan terus masukan bahan (C).
3) Uli hingga elastik kurang lebih dalam 40 minit.
4) Bila doh dah siap rehatkan selama 30 minit sehingga naik 2 kali ganda. Keluarkan dari mesin/ mixer tumbuk untuk membuang angin.
5) Timbang setiap doh 40g. Sediakan dulang/loyang dan sapu shortening sedikit supaya tidak melekat bila membakar.
6) Sapu sedikit minyak pada tangan untuk memudahkan proses membulat doh dan supaya ianya tidak melekat pada tangan.
7) Letakan doh dalam dulang pembakar dan rehatkan lagi sehingga naik dalam 30 minit.
8) Bolehlah di letak topping atas bun masukan kedalam oven yang telah di panaskan pada suhu 190-200 degrees dan bakar 25 minit sehingga masak. Bergantung pada oven masing-masing.
MEXICAN BUN TOPPING
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
120 g mentega - lembutkan pada suhu bilik
90g gula icing
1 biji telur B - pukul hancur sahaja
1 sdm serbuk nescafe + 1/2 sdm milo - bancuh sedikit dengan air panas
110g tepung kek / gandum
30g tepung jagung
1/3 sdt serbuk kayu manis - kalau tidak suka boleh skip
Cara
1) Pukul memtega dan gula icing sehingga sebati sahaja.
2) Masukan telur dan kuar sebati. Di ikuti nescafe dan tepung. Sebatikan dan masukan kedalam piping beg.
3) Sejukan dalam petiais terlebih dahulu sebelum digunakan.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan